Thu. Sep 19th, 2024

SITISM : LIRIK LAGU ALBUM SITISM – DATO’ SRI SITI NURHALIZA

SITISM

SITISM | Terjatuh hati kali pertama dengar lagu-lagu dari album SITISM, album terbaharu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. CTDK memilih tarikh 30 Jun 2023 untuk melancarkan album terbaharu secara digital (8 buah lagu) terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal.

SITISM

Sitism adalah hasil daripada gabungan namanya dan imbuhan “ism”, yang merujuk kepada istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama yang melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album.

Album penuh dijangka berada di pasaran pada awal Ogos nanti.

TAJUK LAGU ALBUM SITISM

  1. Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw)
  2. Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza)
  3. Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi)
  4. Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik)
  5. Romansa Kita (Sharon Paul/Rozisangdewi)
  6. Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya)
  7. Menjaga Cintamu -OST Anwar, The Untold Story (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara)
  8. Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King)

SITISM ℗ 2023 Universal Music Sdn Bhd & Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd

Ada yang dah pernah dengar? Korang minat yang mana satu? Mommy asyik ulang-ulang je dengar semua lagu Tokti hari ni.

Pre-save

SITISM

LIRIK LAGU MENYAPA DUNIA

Kala itu aku tak pernah sangka
Mampu menyapa dunia luas
Dalam peluk nada² cinta
Dan kalimah dalam syairku

Berzaman zaman aku melewati
Tak pernah kamu mengasingkan aku
Betapa cintamu sangat besar
Anugerah dalam hidupku

*Sebabmu aku ada disini
Hati dan jiwa terus bernyanyi
Mewakili segala perasaan
Tertuang dalam nyanyianku

*Keranamu aku masih disini
Dicinta dan aku pun mencinta
Terima kasih yang tak terkira
Ku berjanji akan terus bernyanyi

Haa… Mmm..
Haaa..

Ulang *

Terima kasih yang tak terkira
Ku berjanji akan terus bernyanyi

LIRIK LAGU TANPA DIRI-MU

Hari demi hari, aku sendiri
Mengenangkan semua nikmat yang telah kau beri
Segalanya indah tiada duka nestapa
Namun jiwaku kian resah

Hari demi hari, aku sendiri
Melihatku berubah menyepi mengasing diri
Tiada lagi senyum, gelak tawa
Ke mana kau hilang?

* Tanpa diri-Mu, hilang segala cahyaku
Lengkap bersama redha-Mu
Yang selalu ada disampingku

Cari, aku cari, tiada jejak
Setiap saat aku mencari tanpa berhenti
Berganti bulan, bintang berselam matahari
Walau kugagal, kucuba

Gembira rasanya hatiku ini
Pabila kumenerima tulus kasih dari-Mu
Ingin kuterus sujud kepadanya
Tak sanggup jauh berjauh lagi

Ulang *

Berjumpa kita pastinya
Dalam kesyahduan doa
Menghapus segala khilaf hidupku
Mendakap riang baru
Bahagia diredha-Mu
Bahagia di mana jua
Suka dan duka, ada Mu bersama
Ada selamanya

LIRIK LAGU SEHEBAT MATAHARI

Tak kau sesali semua tertulis
Yakinlah ini kisah hidupmu
Membawa dikau terbang
Tinggi jauh dan bangkit semula

* Mengalah tidak, tak jua menyerah
Inilah takdir, hebatnya terzahir
Bisik pujangga jadilah bak matahari
Bersinar meski sendiri

Ujian hidup datangnya menduga
Pasti kuredha, tabah menerima
Seperti pantai luas
Teguh kukuh menahan gelombang

Ulang *

(Mengalah tidak, oh) Mengalah tidak
(Menyerah tidak, ey) Menyerah tidak, ey
(Meski sendiri, bersinar bak matahari)
(Mengalah tidak, oh) Mengalah tidak
(Menyerah tidak, ey) Menyerah tidak, ey
(Meski sendiri, bersinar bak matahari)
Bak matahari
(Mengalah tidak, oh)
(Menyerah tidak, ey) Menyerah pun tidak
(Meski sendiri) Bersinar bak matahari

LIRIK LAGU GANTI ft NAO ZUMAR

Takkan mudah untuk engkau mencari ganti
Takkan jumpa yang seperti ini
Telah kau cemari hati yang berbunga
Tukar arah, ku bertukar warna, yeah

Semua kuberi tiada makna
Emas diganti suasa menjadi, oh, pilihanmu
Yang dikejar, semua kau lupa
Rupanya mainan bagimu

Takkan lagi ku beri muka
Telah cukup ku berbicara
Tiada lagi peluang kedua
Kisah kita berakhir di sini saja

* Takkan mudah untuk engkau mencari ganti
Takkan jumpa yang seperti ini
Kau cemari hati yang berbunga
Bukan aku, kau yang rugi

Ulang *

Masa kita dah berlalu
Kita hakis rasa, kau juga yang terburu-buru
Habis semua kesal di dalam hati
Tak ada cara untuk aku melupakanmu

Lihat apa yang berlaku
Semua kernamu, kononnya kau dah berubah
Jangan pura-pura keliru, buat tak tahu
Kau fikirku tak nampak?
Kena jaga hatiku dan bukan hatimu
Kerana kau berhak bahagia
Kini kutahu kau lebih berharga

Akan kupergi jauh dan takkan berhenti
Akan kuhapuskan segala, oh, memori
Emosi kau sakiti ini dan lali denganmu
Tak kuulangi lagi

Ulang *

SITISM

LIRIK LAGU ROMANSA KITA

Kamu yang dulu mengejar mimpi
Kini menakluki hati
Tercipta romansa kita bertulis puisi
Ku terpanah dengan cinta

* Di siniku berlagu dan bahasa sukmaku
Mengharap nanti kau fahami
Semestakan menjawabnya
Kau jalan pulangku

* Pelangi menjelmalah
Saat hujan meneduh
Seteduh wajah kasih dia
Menjadi belahan jiwa
Selama nafas
Ada

Ho-oh, ho-oh, ho-oh
Mengharap tulusmu begitu jua
Begitu jua

Tercipta romansa kita bertulis puisi
Ku terpanah dengan cinta, oh

Ulang *

LIRIK LAGU TERATAS

Deraian hujan malam
Terjaga sendirian
Teringat dirimu kasih, oh

Terasa kehadiran
Di mercu singgah sana
Namamu telah mekar dihatiku
Hanyalah kau tiada ganti
Hingga nafas terhenti
Teragung selamanya
Teguhkanlah janji kasih

Terasa kehadiran
Di mercu singgah sana
Namamu telah mekar dihatiku

Terkadang kita jatuh
Kau basuh semua luka
Leraikan cebis resah
Hanya senyumanmu
Hanya dakapanmu

Aku cinta kepadamu
Lebih dari kau tahu
Teratas dan terindah
Semoga akhirnya abadi di sana
Abadi di sana, cinta

LIRIK LAGU MENJAGA CINTAMU (OST ANWAR, THE UNTOLD STORY)

Matahari kan terang benderang
Langit takkan lagi bergelantung kelam
Yakinilah jalan boleh panjang
Namun kita kan selalu bersama

Tak siang tak malam
Tak putus doaku
Mengiringi langkahmu ke manapun jua

* Sayang, cintamu kan selalu kujaga
Indah seperti sedia kala
Janjiku tak satu pun rasa berubah
Kukan setia menjaga cintamu
Sayang, bergeming aku di sini
Diam, menjaga setiap rasa
Semua kulakukan dengan ikhlas
Tulus murni penuh cinta
Menjaga cintamu

Kasihku, takkan ada yang mengusik cinta kita
Sampai kapan pun
Kasih, waktu takkan memudarkan cinta kita
Ku menjaganya

Ulang *

LIRIK LAGU MAGIS

Dari mata terbawanya rasa dicinta
Terhembus singgah dalam lena
Sungguhku rasakannya
Bagaikan mimpi melayar menjalin cinta

* Tersingkap segala bila ku sedar
Tanpa disangka
Ku dimagis cinta
Kan bahagia selamanya

** Aku hanya mahu cinta dan dirindu 
Oleh sang pujangga yang dipuja setiap masa
Bagai tanah yang dibaja tumbuh mekar cinta
Padamu kekasih

Ku beri segala jikaku punya satu dunia

Renung-renung bicara rindumu padaku 
Seperti benar-benar cinta
Tidak hanya berkata
Lalu membuatkku rasa didalam syurga

Ulang *

Ulang ** (2X)

Ku beri segala jikaku punya satu dunia

PENDAPAT MOMMY

Sebagai peminat tokti dari dulu hingga kini, Mommy bagi 10 bintang untuk semua lagu dalam album Sitism ini. Kan best kalau ada kaset macam zaman dulu. Walkman dah ada nih. Hehe.

Baca :INSPIRASI lagu khas untuk Siti Nurhaliza

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!