Sejak PKP dilaksanakan, sehinggalah sekarang PKPB, barulah Mommy berpeluang untuk bercuti sekejap. Dan Mommy memilih Pahang sebagai destinasi pertama untuk bercuti.
Kenapa Pahang?
Pahang merupakan negeri yang boleh dikatakan serba-serbi ada. Air terjun, sungai, pantai, laut, resort, tanah tinggi dan macam-macam lagi. Bagi Mommy, andai korang ingin memilih tempat bercuti, tak kisah lah untuk short getaway bersama keluarga atau aktiviti bersama rakan sekerja, Pahang patut jadi salah satu destinasi yang dipilih.
APA ADA DI BENTONG?
Selain Genting Highland dan Bukit Tinggi, yes, Janda Baik! Janda Baik di Bentong! Ya, itu selalu jadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Jadi, apa ada di Janda Baik? Mommy boleh katakan Janda Baik ada segalanya. Hiburan keluarga, tempat bersejarah, makanan tradisional, nature, adventure dan lawatan agricultural. Nah.. semua ada.
Janda Baik ada lebih dari 70 resort tau. Mommy pun baru tahu selepas diberi taklimat oleh komuniti kampung Janda Baik ketika Mommy berada di Chalet Mama Papa baru-baru ini. Kalau dibandingkan ketika mula dibuka kepada pelancong tahun 90-an dahulu, hanya ada 3 tempat penginapan sahaja.
1. CHALET MAMA PAPA
Berkesempatan untuk melawat Chalet Mama Papa. Kalau korang minat resort yang sungainya hanya bersebelahan bilik, Chalet Mama Papa memang terbaik. Untuk keluarga, yang ramai anak kecil, memang seronok lah kalau datang ke sini. Boleh lepak tepi sungai, makan-makan dan rehat sambil tenangkan fikiran.
Kalau yang suka beraktiviti, Chalet Mama Papa turut menawarkan aktiviti seperti archery, inhouse ATV (ditutup sementara sepanjang PKP), paintball dan yang paling menarik sekali adalah trekking ke Air Terjun Tampik (Tampik Waterfall).
Mommy pun cuba memanah di sini. : https://www.instagram.com/p/CC6V2cEJ7qp/
Kos untuk trekking ke Tampik Waterfall adalah cuma RM35 sekepala. Ia termasuk dengan kos permit. Andai korang rancang untuk tambah kos makanan sekali, pihak resort boleh uruskan juga.
Tampik Waterfall ini sebenarnya ada 7 tingkat, tetapi biasanya pelancong dibawa sehingga 5 tingkat sahaja. Barangkali untuk naik lagi 2 tingkat, pasti lebih mencabar. Anak-anak pun sesuai je kalau nak ke Tampik Waterfall tu. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit.
Alamat : Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang
Instagram : chalet_mamapapa
Hotline : 019-3688594
2. RADIANT RETREATS
Pada mulanya, Mommy cuma nampak tasik sahaja bila datang ke sini. As if macam Mommy nak buat aktiviti ‘farm tour’ pula. Ternyata, memang betul. Di sini memang ala-ala farm. Belum pasti apa sebenarnya yang ada di Radiant Retreats, kami memanjat tangga agak tinggi untuk sampai ke bangunan di atas tanah tinggi di situ. Terasa mengahnya kerana sudah lama tidak bersenam.
Radiant Team – Radiant consulting offers 16 training modules for companies and teams covering the core skills for business success.
Rupanya mereka adalah perancang acara / aktiviti. Jadi, antara aktiviti yang mereka tawarkan dalam pakej mereka adalah seperti aktiviti keluarga dan kawan-kawan, jungle trekking, river trekking, swimming, tubing, fishing, farm visits, orchard games, archery, paintball, atv dan macam-macam lagi.
Kami pun berpeluang melawat sekitar Radiant Retreat. Selesai melawat, kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang sangat sedap! “I love that kari!!” Banyak betul Mommy makan. Hahahah.
Boleh contact Radiant Retreats kalau nak mereka aturkan semua aktiviti-aktiviti ini.
Alamat : Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Laman web : https://radiant-retreats.com
Instagram : radiant_retreats
3. THE LAND BENTONG
Selain Chalet Mama Papa, ada satu lagi tempat yang mungkin ramai belum tahu iaitu The Land Bentong.
First impression Mommy adalah kawasan ini besar dan cantik. Dari pintu masuk lagi, dihiasi bunga-bunga tanda mereka sentiasa menyambut tetamu datang.
Jika anda berminat untuk menginap kawasan yang bersuasana kampung, atau ingin mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan yang sederhana, The Land Bentong ada segalanya.
Dihiasi tasik yang luas, dengan haiwan-haiwan seperti kambing, itik yang menceriakan suasana seperti di kampung, pasti mengundang ketenangan. Dan jangan risau, mereka patuh SOP, ok!
Oh ya, andai korang sukakan cabaran, The Land Bentong, dengan kerjasama bersama Green Ranger Malaysia, menyediakan pakej aktiviti menarik seperti waterfall trekking di Chamang Waterfall, bathing young elephant at Kuala Gandah Elephant Sanctuary, teambuilding dan sebagainya.
Kalau korang nak cuba stay di sini, cari sahaja di AirBNB dan Facebook The Land Bentong.
Facebook / Instagram : The Land Bentong
Instagram : Green Ranger Malaysia
**
Kalau korang nak baca lanjut lagi tentang tempat-tempat menarik di Pahang, boleh layari laman web :
Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel
Ok, Mommy akan sambung Part 2 di mana kami ke Raub pula. Apa yang ada di Raub ya? Mommy teruja sebab last Mommy datang ke Raub adalah 3 tahun lepas. Wahhhh.. Kat mana tu?
Banyak tempat menarik oiii.. Memamg nak sgt p janda baik ni
saya selalu ke bentong tapi tak pernah lagi sampai Lipis.
Menarik. Banyak aktiviti.
Rindu nak buat aktiviti semua tu lagi, lepak2 makan2, mandi2 haha. Next paprt plishh
Lawa lawanya chalet kat situ, best ni kalau bawak anak anak.
Bestnya tempat ni!! Boleh masuk list tempat nak pergi bercuti dengan famili nanti.