Sat. Dec 7th, 2024

IDEA DEKO BALKONI KECIL UNTUK RUMAH JENIS APARTMENT / KONDO / FLAT

IDEA DEKO BALKONI KECIL UNTUK RUMAH JENIS APARTMENT / KONDO / FLAT

Helo gais. Lama tak menaip haa.. Padat sungguh rasanya aktiviti akhir-akhir ini sejak sebelum PKP lagi. Sampai tahap deactivate kejap lah facebook tu.

Memandangkan sekarang ada projek besar hehe, sambil memantau projek tersebut, Mommy juga ambil peluang cuti PKP ini untuk deko rumah atau lebih spesifik, balkoni.

Selain bahagian dalam rumah, balkoni turut menjadi tumpuan Mommy untuk dihias. Memandangkan balkoni rumah Mommy ini tidaklah seluas mana, Mommy rancang untuk deko seringkas mungkin.

Dan untuk pengetahuan korang, Mommy bukan beli semua item hiasan sekaligus tau. Beli sikit-sikit ikut kemampuan.

Susun Atur Taman Mini di Balkoni rumah saya.

Rumah atas langit ni, macam ni sahajalah semampunya.

#tamanataslangitYB

FAQ :

1. Tak tempias hujan ke? Ya, sikit tapi cepat kering sebab panas terik.

2. Pasu tak jatuh ke kalau angin kuat? Boleh jatuh kalau tak buat protection. Mommy ikat bawah pasu (lubang dan rak)

3. Beli mana kayu2 tu? Ikea jer. 1 set ada 9 keping. Kalau memanjang begini, 2 set. (RM79 kot 1 set)

4. Batu putih tu beli mana? Boleh beli kat kedai jubin kalau nak. Sebungkus 20kg cuma RM20. Jenuh tabur. Sesekali boleh kaut & basuh untuk elak lumut.

5. Tak sakit ke batu rekfleksologi? Sakit gak jenis ni tapi kejap je. Kedai jubin jual gak.

6. Net hitam beli mana? Kat nurseri ada jual. Sebab kalau korang perasan, nurseri pun cover pokok dorang dari panas direct.

7. Rak beli mana? Lerberg Ikea je. Kecil dan besar. Selain letak pokok, saya guna rak gini untuk susun atur barang dalam rumah juga. Pelbagai fungsi. Harga dalam RM69.

8. Pokok beli mana? Nurseri ada, orang jual ada. Kumpul sikit-sikit.

9. Pasu Ikea dan Eco pun ada.

10. Frame kena drill kat wall. Beli frame kat Eco ja.

11. Balkoni dikunci. Anak2 keluar pun dipantau oleh kami, ibu bapa tercinta. Anak-anak mmg tak usik batu or rak or pokok. Kena explain dan remind. Alhamdulillah dengar kata.

Tu je kot.

Follow : www.instagram.com/myapilot

Dan kalau yang kenal Mommy, Mommy sejenis cepat bosan. Jadi, latest, Mommy tambah lagi pokok. Beli pokok viral tu ha. Rancangnya nak letak sepanjang balkoni.

Belum sempat pecah-pecahkan lagi ke pasu-pasu kecil.

Ini pula hasil lepas kemas pokok-pokok yang mati semua tu.. Ubah pasu dan segala yang perlu.

Ada pokok-pokok ini, luar dan dalam rumah, memang membahagiakan buat Mommy yang work from home ini.

Ini pula Yellow Palm yang Mommy letak dalam rumah. Mommy usung jap ke balkoni untuk dia kena cahaya matahari.

Sian dia layu dah sebab jauh dari cahaya. Hehehe. Besar kan? Beli kat Ikea dah lama dah.

Pastu terbaru, Mommy tambah lagi pokok. Dah tak tahu mana lagi nak letak. Otak fikir tempat tak cukup, tapi tangan masih ambil berpasu-pasu. Masalah donia betul.

Pastu mula la dapat soalan cepumas lagi, “ini rumah ke hutan simpanan?” Kahkah.

Ada yang cakap pokok viral tu boleh tapis udara. Tak la korang. Hahah..

Kalau korang nak beli penapis udara yang betul, macam Cuckoo D Model ni, meh PM Mommy jer.. www.wasap.my/60123498262. Atau korang boleh juga tengok instagram @ybshehan.cuckoo.

Kompem udara bersih dan segar. Hehehe. Rumah atas banyak habuk oiiii..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

8 thoughts on “IDEA DEKO BALKONI KECIL UNTUK RUMAH JENIS APARTMENT / KONDO / FLAT”
  1. Cantiknyaa, boleh tahu tak keluasan lebar balkoni tu berapa kaki. Hehe, tgh mencari idea juga ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!