Fri. Oct 4th, 2024

DRAMA “KAU SUNDAEKU” – CARA MCDONALD’S MALAYSIA DEKATI BELIA UNTUK KUKUHKAN KEDUDUKAN SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN

drama kau sundaeku

McDonald’s Malaysia sentiasa ada inisiatif yang baik untuk rakyat Malaysia khususnya. Mommy sendiri pun dah terlibat dengan macam-macam program yang dijalankan oleh McD selama ini.

Terbaru, restoran makan segera terkemuka ini mengeluarkan satu siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” di Instagram Reels McDonalds Malaysia.

Siri mini drama ini bertujuan menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan.

Bagi Mommy yang menonton drama siri pendek ini, memang terasa juga la nak mohon kerja di Mekdi. Hehehe.. Kalau yang dari jauh, diberi hostel percuma. Untung sangat!

Jadi, adik-adik yang tengah cari pekerjaan tu, boleh la cuba.

PLATFORM MEDIA SOSIAL

Memang sekarang ni media sosial lah tempat paling cepat untuk sebarkan sebarang maklumat, tawaran pekerjaan, jualan dan sebagainya.

Jadi, McDonald’s Malaysia tidak ketinggalan dalam memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut.

McDonald’s Malaysia menggunakan platform media sosial iaitu Istagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang mencari pekerjaan.

Menurut Puan Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati.

KONSISTEN DIIKTIRAF SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia.

Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah :

  • Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
  • Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
  • Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
  • Diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015
  • Diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.

MEMPERSIAP BELIA MENEMPUH KERJAYA INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN

McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.

Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.

Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian.

Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

Drama Kau Sundaeku McDonalds

“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia.

Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

DRAMA KAU SUNDAEKU MCDONALD’S

Siri mini drama sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit.

Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.

Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

Jom sama-sama tonton drama sembilan episod ini di link di bawah :

Episod 1 Kau Sundaeku – Orang Baru di Mekdi
Nak kerja di Mekdi, kenalah pilih yang terbaik! Yang rumah sebelah Mekdi ke, dari negeri lain ke,semua dialu-alukan. Macam mana episod pertama “Kau Sundaeku”?

Episod 2 Kau Sundaeku – KL Aku Mai!
Nak kerja di Mekdi tapi jauh dari rumah? Jangan risau. Kami sediakan penginapan percuma!Macam
Sam, dari utara ke KL, demi mencari rezeki.

Episod 3 Kau Sundaeku – Hari Di Mekdi
Nampaknya Skuad Mekdi dah lengkap! Minggu pertama mereka pun bermula. Okay ke mereka kerja di bawah bimbingan pengurus?

Episod 4 Kau Sundaeku – Jauh Tapi Dekat
Untungnya kerja kat Mekdi sebab dah siap ada hostel. Tinggal bawa baju je!

Episod 5 Kau Sundaeku – No Pain, No Gain!
Alamak, konflik pertama dah muncul. Eh, kenapa pula dengan Aisyah?

Episod 6 Kau Sundaeku – Kamu Tidak Keseorangan
Kat Mekdi, bukan je dapat kerja tapi dapat keluarga! Makin hari makin rapat, sampai boleh je kongsikan masalah dengan kawan sekerja.

Episod 7 Kau Sundaeku – Kau Sundaeku
Dapat jumpa kawan yang baik ni memang rezeki. Macam Sam yang selalu tolong Aisyah masasusah.

Episod 8 Kau Sundaeku – Alamak, Macam Mana Ni? Apa yang penting? Kerjasama! Skuad Mekdi kali ni diuji pula dengan satu masalah.

Episod 9 Kau Sundaeku – Keluarga Mekdi
Sam dengan Aisyah macam ada apa-apa je tu. Naik pangkat dapat, cinta hati pun dapat! Apa pun, kerja keras dah nampak hasil.

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Atau ikuti mereka di :
● Instagram : @mcdonaldsmalaysia
● Facebook : @My.McDonalds

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!