Wed. Dec 4th, 2024

KENA PATUK ANGSA | Emosi menerpa tatkala Mommy tengok Siakap Keli share di timeline facebook perihal itik angsa. Huh. Musuh ni! Mommy dengan angsa memang tak berkawan. Memang takmau kawan ngan dia! Huh!

Kisah ini masih segar di ingatan. Masa tu kecil lagi. Rasanya belum masuk sekolah rendah lagi. Setiap kali nak ke kedai runcit, semua orang yang stay di kampung tu akan melalui jalan tersebut. Itu sahaja jalan tar yang ada. Bukan salah jalan tu pun. Salah angsa tu la!! Mommy panggil juga itik ang! Orang Kedah memang panggil macam tu kot?

Jadi, setiap kali lalu di jalan tersebut, mata masing-masing akan berjaga-jaga takut angsa tersebut tetiba lari ke arah kita. Hoih.. Dia punya larian memang kalah Watson Nyambek! Menerpa laju tanpa apa-apa petanda!

Jadi, suatu hari tu, Mommy jalan dengan 2 orang kakak Mommy. Nak ke kedai runcit katanya. Memandangkan Mommy ni kecil lagi, ikut je la jalan terkedek-kedek ke kedai tu. Ketika dalam perjalanan pulang tu la, tetiba bunyi ang ang ang kuat gila!! Menerpa ke arah kami bertiga!

kena-patuk-angsa
Gambar Hiasan. Sumber: momo-mumu blog

PUK!! Mommy kena patuk! Kat kepala. Atas sikit dari dahi. Tak jelas sangat tapi masih ada parut.

Mana kakak-kakakku?

Depa punya lariiiii.. kalah Usain Bolt. Tinggal adik depa ni ha!! Sedih gila! Jahat gila! Semua ada la masa tu.

Balik je rumah, semua dah menggelabah tengok kepala Mommy berdarah-darah. Meraung la Mommy ni. Kecik lagi kan?

Bila ingat balik, kelakar je rasa. Tapi tu la, angsa memang musuh Mommy la. Sampai sekarang! Kahkahkah.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

13 thoughts on “KENA PATUK ANGSA”
  1. Ya… Setiap kali lalu berhampiran dengan Angsa memang menakutkan… Masa kecil2 dulu ada juga pengalaman kena kejar dengan angsa… 😉

    1. huhu. kejar pun rasanya macam nak putus nyawa dah kot. masa dia meluru tu, memang fikir ‘matilah aku’ je..

  2. memang la org dulu2 mcm aruah tok kami pon ada bela angsa sepasang.. keja depa dok hambat org .. lintang pukang lari . Memang kelakar la.. tapi xdak lg pengalaman sampai kena patuk HA HA HA ..

  3. Okey…ini sumpah kelakar..sambil baca sambil akak bayangkan macam mana YB kena kejar angsa…opppsss….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!