Thu. Dec 5th, 2024

BUAT RAWATAN FISIO DI THE REHAB AND PHYSIOTHERAPY DI BSP, JENJAROM

BUAT RAWATAN FISIO DI THE REHAB AND PHYSIOTHERAPY DI BSP, JENJAROM

Kalau tak sakit leher satu hari, memang sujud syukur la. Tetapi, dah berapa hari asyik lenguh leher dan rasa sengal-sengal sakit leher yang berterusan. Bila ini terjadi, memang Mommy dah ready nak minta pakar fisioterapi datang ke rumah. Tapi, Mommy baru teringat yang Puan Atikah dah pun buka Pusat fisio sendiri iaitu The Rehab and Physiotherapy di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.

Memang tak selesa nak tidur jadinya. Stress sangat kadang tu. Walaupun minta suami urutkan, tetap rasa leher tak selesa. Ini mungkin disebabkan aktiviti harian yang mengadap laptop dalam tempoh yang lama. Selain dari itu, betis dan tapak kaki Mommy pun selalu sangat rasa sengal-sengal. Mula la rasa nak cepat marah. Hmm.

BUAT RAWATAN FISIO DI THE REHAB AND PHYSIOTHERAPY DI BSP, JENJAROM

APA ITU FISIOTERAPI?

Fisioterapi membawa maksud rawatan untuk mengembalikan semula fungsi-fungsi otot atau saraf yang terjejas melalui pelbagai terapi fizikal seperti senaman dan urutan. Korang tahu tak, ramai yang tersalah anggap tentang rawatan fisioterapi. Ia bukan dikhususkan hanya untuk atlet atau orang sakit sahaja. Malah, ada juga penyakit yang memerlukan rawatan fisioterapi.

Walaupun bersifat sementara dan dapat disembuhkan dengan ubat penahan sakit, namun beberapa jenis kesakitan atau pergerakan terhad mungkin memerlukan penilaian dan rawatan oleh ahli fisioterapi.

Ramai yang pandang ringan rawatan fisioterapi kerana tidak sedar keberkesanannya dalam memulihkan kesakitan jika dibandingkan dengan pengambilan ubatan atau pembedahan.

Fisioterapi juga memainkan peranan penting meningkatkan kesihatan serta mencegah penyakit terutama bagi golongan gaya hidup yang sibuk.

Fisioterapi boleh membantu menjadi lebih kuat dan fleksibel, mengurangkan kesakitan, meningkatkan kebebasan bergerak, mencegah potensi kecederaan dan membantu kekal aktif. Semua ini untuk memastikan kita dapat teruskan aktiviti harian pada tahap optimum.

Panjang lebar Mommy bagi faham ni haa..

KENAPA PERLU KE PUSAT THE REHAB AND PHYSIOTHERAPY

BUAT RAWATAN FISIO DI THE REHAB AND PHYSIOTHERAPY DI BSP, JENJAROM

Jujurnya Mommy bukan simply rujuk diri ke fisio tanpa apa-apa rawatan dari doktor. Mommy pernah buat MRI dan beberapa rawatan lain tapi gaya hidup yang aktif ni, memang buat badan ini perlu buat ‘maintenance’ selalu.

Kalau korang pernah ikuti Mommy di Facebook dan Blog ini, mesti perasan yang Mommy pernah menggunakan khidmat The Rehab and Physiotherapy beberapa kali. Ini sebab Mommy dah serasi dengan ‘tangan’ pakar Fisio ini iaitu Puan Atikah.

Dan Mommy buat pun sebab dah tak mampu tahan sakit dah. Huhu. Sebaiknya kalau dibuat ‘maintenance’ selalu, mungkin sakit Mommy akan berkurangan.

Cuma kali ini Mommy nak rasa pengalaman terima rawatan di The Rehab and Physiotherapy, BSP, jadi terus Mommy ajak Daddy ke sana. Alang-alang, boleh tengok masalah lengan Daddy sekali.

PERALATAN LEBIH BANYAK DAN LENGKAP

Sebab yang paling utama adalah peralatan lebih banyak boleh digunakan berbanding ketika dirawat di rumah. Boleh dikatakan kalau kat rumah ni, peralatan mudah alih untuk rawatan agak limited la juga kan?

Lagi pula alat yang digunakan untuk sakit leher dan kaki Mommy agak banyak kali ini termasuk ultrasound. Haaa… kalau kat rumah, tak kan la Puan Atikah nak angkut semua mesin tu sekali. Hehehe.

Mommy anggap tempoh rawatan ini sebagai me-time untuk datang ke sini dan dirawat selama sejam satu sesi.

KATIL KHAS UNTUK PESAKIT STROK

Untuk pesakit strok khususnya, ada disediakan katil khas di sini. Jadi, kalau ada yang nak bawa pesakit strok, memang sini selesa la. Ada juga alatan senaman khas yang disediakan di sini. Semuanya akan dibantu oleh pakar fisio sepanjang rawatan.

Namun, jika ada yang ingin meneruskan rawatan fisio ke rumah atas faktor pergerakan atau pengangkutan, korang perlu berbincang dengan Puan Atikah sendiri.

KOS RAWATAN TIDAK TERLALU MAHAL

Mommy nak rasa sendiri adakah rawatan di pusat fisio ini sama atau berlainan seperti yang Mommy pernah lalui di pusat fisio yang lain. Jujur Mommy memang tak suka rawatan fisio yang langsung takde sentuhan urutan. Sedangkan kos rawatan ‘boleh tahan’. Beza tau dengan Puan Atikah ni. Harga standard, tapi kepuasan dan kelegaan cepat itu yang kita nak.

RUANG RAWATAN SELESA

Macam yang korang tengok di sini, katil rawatan dan ruang yang diperuntukkan memang luas dan selesa. Mommy harap lepas ni ada lagu-lagu ala-ala di spa dipasang di sini nanti. Haaa.. terlena pulak masa dirawat. Hahahah.

BUAT RAWATAN FISIO DI THE REHAB AND PHYSIOTHERAPY DI BSP, JENJAROM

Sebenarnya tak sempat nak tertidur pun, sebab menahan sakit dirawat. Huu.

BUAT RAWATAN FISIO DI THE REHAB AND PHYSIOTHERAPY DI BSP, JENJAROM

LEBIH FOKUS KERANA RAWATAN MENGIKUT TEMPAHAN

Mommy cadangkan korang tempah dulu masa dan hari yang korang boleh commit untuk datang. Kalau walk in, risau pula kan kalau ramai? Bila korang dah tempah awal-awal, jadi masa tu terfokus untuk korang sahaja tanpa perlu menunggu.

SERVIS YANG DISEDIAKAN DI THE REHAB & PHYSIOTHERAPY

Pesakit yang bagaimana boleh dapatkan servis di sini? Nah Mommy kongsi di sini :

SERVIS YANG DISEDIAKAN DI THE REHAB & PHYSIOTHERAPY

Antaranya adalah Manual Therapy, Scoliosis, Occupational Therapy, Stroke, Slip Disk, Sport Rehab dan macam-macam lagi. Jadi, kalau korang ada sakit yang memerlukan fisioterapi, sila lah datang ke sini.

RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK MOMMY

Ini antara rawatan yang Mommy terima hari tu. Fokus utama adalah leher dan tapak kaki Mommy.

  1. Manual therapy – Upper trapezius and quadratus labrum, calf muscles
  2. Combo therapy : untuk upper trapezius muscle, tujuan untuk trigger point release
  3. Ultrasound combo therapy for Plantar Fasciitis (weh ini best!!)
  4. Heat therapy : Paraspinal muscle

Memang relax betul satu body mommy lepas tu tau. Serius. Gambar tak banyak sebab macam kurang proper pula nak tunjuk di sini hehe..

RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK DADDY

Mommy ada request Puan Atikah untuk diagnos masalah lengan Daddy yang selalu sakit. Daddy risau ia adalah Carpal Tunnel. Namun selepas buat beberapa test, ia bukan Carpal Tunnel.

Namun, lebih kepada De Quervain Tenosynovitis yang memerlukan Daddy further check up di hospital. Untuk fisio memang kurang sesuai selagi masalah ini belum ‘selesai’. Puan Atikah memang menekankan yang Daddy wajib ke hospital lepas ni.

Rawatan yang Daddy terima pada hari tersebut adalah untuk mengurangkan sedikit kesakitan yang ditanggung iaitu

  1. Combo therapy for left hand
  2. Manual therapy
  3. Ice therapy
  4. Heat therapy

Buat masa sekarang, Daddy tahan sakit dengan memakai splint untuk stop pergerakan ibu jari dalam tempoh sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari.

MAKLUMAT LANJUT TEMPAHAN RAWATAN

Mommy memang 100% recommend untuk korang atau keluarga atau sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan fisio untuk datang ke sini sebab Mommy jamin totally lain dari biasa. Ramai tak kawan-kawan Mommy yang dah cuba sendiri serta bawa ahli keluarga mereka yang sakit bersetuju di sini memang terbaik.

Untuk tempahan rawatan, korang boleh hubungi atau WA 011 55532903 / emel – info@therehabphysiomy.com

Waktu operasi : Isnin hingga Sabtu 9am to 6 pm

Alamat : The Rehab & Physiotherapy, No 24 G Jalan SP 5 / Pusat Perdagangan BSP, Bandar Saujana Putra, Jenjarom.

Ikuti mereka di :

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!