Fri. Oct 4th, 2024

PENGALAMAN DI TRANSFORMERS ONE MOVIE LAUNCHING DI AEON MALL BUKIT TINGGI – WAJIB TONTON 12 SEPTEMBER INI

Transformers One Movie Launching

Transformers One Movie Launching | Semalam, Mommy berkesempatan join Transformers One Movie Launching kat Aeon Mall Bukit Tinggi, dan memang betul-betul best! Kalau korang peminat setia Transformers, roadshow ini adalah satu event yang korang tak patut lepaskan. Mommy nak share sikit pengalaman sepanjang event ni.

Transformers One Movie Launching.15

PENDAFTARAN DAN TIKET MOVIE SCREENING

Mula-mula, bila sampai je kat Centre Court Aeon Mall Bukit Tinggi, Mommy terus pergi daftar. Untuk yang hadir, kami dapat tiket wayang eksklusif untuk movie screening yang akan berlangsung lepas semua acara launching selesai.

Best kan? Dapat tengok dulu sebelum orang lain, sebab movie ni hanya akan keluar di panggung pada 12 September 2024. Oh ya, siap dapat free cash voucher juga untuk makanan dan minuman di panggung wayang nanti. Di situ juga ada beberapa item yang boleh korang shopping!

ROBOT TRANSFORMERS GERGASI – OOTD

Lepas daftar, Mommy jalan-jalan sikit kat area event. Kat sini ada robot Transformers bersaiz besar yang memang eye-catching! Untuk korang yang kaki OOTD, ini memang port bergambar yang paling ngam. Mommy tak lepaskan peluang untuk snap beberapa gambar sebab design dia memang wow, rasa macam berdiri sebelah Optimus Prime yang sebenar. Kalau korang datang dengan family, especially yang ada anak-anak, diorang mesti suka.

Jangan lupa post gambar korang berserta #TransformersOneAtAeonMall dan tag Aeon Mall Malaysia di platform sosial media korang tau.

GAME KERETA YANG BOLEH TRANSFORM JADI ROBOT – FUN ACTIVITY

Satu lagi bahagian yang menarik ialah section game. Kat sini korang boleh cuba main kereta yang boleh di transform jadi robot. Serius fun! Game ni interaktif dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau korang datang bawa keluarga, confirm anak-anak korang akan seronok habis.

Suasana kat situ pun santai je, so korang boleh chill sambil explore semua yang ada. Tapi ada terma dan syarat ye nak main ni. Korang kena tanya staff di situ.

MOVIE LAUNCHING & PERSEMBAHAN TARIAN

Acara utama dia tentulah launching Transformers One. Lepas ucapan dan pelancaran rasmi, ada juga persembahan tarian yang memeriahkan lagi event ni. Suasana memang meriah, dengan ramai peminat Transformers yang hadir. Semua orang excited, especially sebab tak sabar nak tengok movie.

WIN-A-CRUISE TRIP

Ada juga peraduan menarik – Win-A-Cruise Trip. Kalau korang berminat, korang hanya perlu belanja RM40 dan setiap minggu, mereka akan umumkan pemenang yang bertuah untuk trip cruise. Exciting, kan?

MOVIE SCREENING DI TGV CINEMAS

Lepas persembahan, kami semua dibawa ke TGV Cinemas untuk tengok Transformers One. Serius, movie ni memang best! Aksi yang gempak, visual yang mantap, dan plot yang penuh kejutan. Barulah tahu asal usul Transformers bila tengok movie ini tau. Lagi best, Mommy dapat tengok sebelum orang lain, jadi korang memang kena tunggu 12 September nanti untuk rasai sendiri pengalaman tengok filem ni di layar besar. Kalau korang peminat Transformers, ini movie yang wajib tengok.

Secara keseluruhannya, Movie Launching Transformers One di Aeon Mall Bukit Tinggi ni memang tak mengecewakan. Dari aktiviti menarik, robot bersaiz besar, hingga ke movie screening eksklusif, semua tu buat pengalaman Mommy jadi sangat berbaloi.

So, korang jangan lupa save the date 12 September untuk tengok Transformers One di pawagam. Trust me, movie ni penuh aksi dan pasti buat korang teruja!

Next Transformers One Roadshow di Aeon Mall Bandaraya Melaka

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “PENGALAMAN DI TRANSFORMERS ONE MOVIE LAUNCHING DI AEON MALL BUKIT TINGGI – WAJIB TONTON 12 SEPTEMBER INI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!