03/12/2023
NAK BUAT CERMIN MATA ANAK-ANAK? SILA DATANG KE EYE PRO VISION, SUNGEI WANG

Bila nampak anak macam terkedip-kedip mata bila pandang sesuatu perkataan dari jauh, bila pegang gadget pun macam tu, sila lah ambil perhatian. Masalah rabun memang kerap terjadi kepada kanak-kanak sekarang apatah lagi kalau setiap hari memang sentiasa dengan gadget. Jangan berlengah lagi untuk ambil tindakan, apatah lagi mereka perlu ke sekolah dan fokus di dalam kelas.

Hannah pernah mengadu yang dia kurang nampak. Dan kami pernah buatkan cermin mata sekali untuk dia masa tu. Dan lama kelamaan, dia terbiasa tanpa spek pula. Dan masalah rupanya timbul kembali apabila diperiksa baru-baru ini, ‘power’nya makin naik.

Baca ini juga : Hannah perlu pakai cermin mata

Maunya tak naik kalau dah hari-hari mengadap komputer. Hmmmm..

Dan dalam kelas pula, Mommy risau bila dia di meja belakang. Sudah pasti masalah ini berulang seperti ketika di sekolah rendah. Hannah dah sekolah menengah sekarang dan perlu lebih fokus, perkara ini tidak boleh dibiarkan lagi.

Ternyata, tindakan kami tepat. Memang makin rabun rupanya anakku.

BUKAN HANNAH JER, ARIQ PUN!

Nahhhh.. bila diperiksa, Ariq rupanya lebih rabun dari Hannah. Allahu.. Macam mana dia dalam kelas sebelum ini. Mommy syak, matanya makin rabun sejak PKP lah. Gadget setiap hari. Hmmm..

Terus kami decide untuk buat spek kat Ariq juga.

CARA PILIH CERMIN MATA UNTUK ANAK-ANAK

Nak pilih cermin mata untuk kanak-kanak ni penting ya. Silap haribulan, kalau tak selesa, penglihatan mereka mungkin makin terjejas. Nah Mommy kongsi tips cara pilih cermin mata untuk anak-anak.

Baca Juga :  KE PADANG BESAR KITA!!

1. Pilih bingkai yang sesuai

Nak pilih bingkai penting tau. Kenali anak masing-masing. Kalau yang jenis melasak tu, memang kena cari yang jenis fleksibel.

Banyak kan pilihan? Serendah RM65 jer tau..

Untuk Hannah yang dah remaja, Mommy biar dia pilih yang dia rasa cantik dan sesuai dengan wajah dia. Lagipun, remaja perempuan kan suka yang jenis cantik-cantik. Lagipun bingkai cermin mata di kedai Eye Pro Vision yang Mommy datang ni bermula dengan harga RM65 sahaja.

Untuk Ariq, memang kena jenis fleksibel. Ariq memang pandai jaga barang dia, cuma takut juga kalau tetiba dekat sekolah tu, ada yang ‘rajin’ nak tolong kacau spek dia. Hahah. Kelas special kan. Semua kena take into account.

2. Pilihan sendiri

Mommy memang biar mereka pilih sendiri design yang mereka suka. Mommy ada tunjukkan beberapa jenis dan minta mereka cuba pakai. Lagipun, terlalu banyak sangat design yang ada sampai Mommy sendiri pun confuse sudah.

Jadi, lepas mereka pilih sendiri pilih, kita sebagai ibu bapa pun kena juga pastikan yang design pilihan mereka sesuai dan tak pelik-pelik. So far, pilihan mereka ok.

3. Pilih kanta yang tepat

Memandangkan budak-budak zaman sekarang ni memang terdedah dengan gadget, kami decide untuk add on Alpha Blue 420 Lens untuk elak silau.

Boleh baca juga : Kedai Cermin Mata Murah dan Viral di Sungei Wang

Lagipun Alpha Blue 420 Lens ini

  • Kalis calar dan kalis air
  • Tahan lasak dan tidak mudah pecah
  • Tiada silau
  • 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu menembusi spek korang
  • Harga berpatutan dan mampu milik
  • Cuma perlu tambah RM60 dari harga spek RM65. TOTAL cuma RM125 sahaja.

4. Pilih kedai yang jujur dan menjimatkan

Mommy memang akan ke EYE PRO VISION, di Lot G111 (Ground Floor), Sungei Wang Plaza kalau nak beli spek Daddy. Jadi, untuk anak-anak pun, Mommy memang pilih di sini atas faktor kualiti cermin mata dan penjimatan.

Layanan yang diberi staf dan bos sendiri, Mr William Chai (016-3771304) memang terbaik la. Walau dalam sibuk, mereka sempat layan setiap orang yang datang.

Baca Juga :  BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT??

Kalau korang nak buat spek, Mommy memang suggest 100% untuk datang sini. Boleh datang dengan public transport juga. Mudah!

EYE PRO VISION

GROUND FLOOR

G111, SUNGEI WANG PLAZA

JALAN BUKIT BINTANG

55100 KUALA LUMPUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!