Fri. Apr 25th, 2025

TAK BERANI CAKAP LAST DAH! KINI BELA KUCING BSH!

BELA KUCING BSH

BELA KUCING BSH | Hahaha.. marah betul kawan-kawan bila bagitau ada baby ke 7 kali ini. Ye la, baru sangat adopt baby ke 6 baru-baru ini – Yumi the Oyen.

“Berapa kali last daaa”

“Tak nak caye dah kalau cakap last

Hahahaha.. Sori gaiss!

Rezeki datang bergolek. Mommy tak mampu nak menolak. Lagipun, memang teringin juga di hati untuk bela kucing berbaka nih. Yang sebelum ni semuanya kutip. Oh 3 ekor tak kutip, tapi orang bagi.

Paling best yang Daddy support pula untuk ambil kali ni. Mommy tahu yang dia sebenarnya impikan Maine Coon tapi bila dapat offer kucing BSH, eh suka pulak dia. Takde pula nak cakap ‘dah laa Mommy!’ Hahahaha.

Dia tahu, yang penat extranya Mommy. Tapi, satu famili sebenarnya bekerjasama dalam jaga kucing-kucing ni. Cuma bab² kotor, tahi, muntah semua, memang Mommy yang take over. Ala, takat ambil plastik poop kat jamban auto, yang buangnya Daddy juga. Hihi.

Hidung Mommy pun sebenarnya dah tepu kot. Handle tanpa mask pun takde hal.

Bangga bila Daddy puji Mommy rajin, mandikan, main dengan kucing², jaga bab kebersihan kucing, sebab tu agaknya Daddy biarkan saja. Eh ada juga geng untuk Mommy tau once semua dah ke sekolah dan kerja tau. Ada geng menyembang walaupun dorang hanya tau miau miau jer. Hahaha.

REZEKI BERGOLEK UNTUK BELA KUCING BSH

Masa tu Mommy baru lepas update gambar cover di Facebook. Ngam ada 6 ekor dah kucing, maksudnya Yumi la the last one. Eh latest sebetulnya hahaha.

Tetiba dapat komen

Ko ghaseeee????

Hish.. betul-betul bergolek rezeki datang nih. Dan sebenarnya ada juga cabaran sebelum betul-betul datang untuk ambil BSH ni.

Mommy terpaksa balik Kedah banyak hari juga lepas abah admitted to ICU, siap intubate semua. Risau sungguh masa tu. Mommy hold kejap. Balik dari Kedah, Mommy & Ariq pula tak sihat. Hmm.. Delay seminggu lagi.

Akhirnya, sampai juga masa untuk ambil.

HADIAH HARI IBU

Nak ambil pun, kena tengok timing Daddy busy atau tak. Kejar masa Daddy, kena tau juga tuan punya kucing busy atau tidak. Last minute, Daddy cakap dia habis kerja (Ahad 14/5 tu), boleh pergi ambil kucing.

Allahu!

Rushing pula. Dah la petang dah. Nak cari apa eh nak bagi kat tuan kucing. Ye la. Dia nak bagi kucing, Mommy pula kenal dia. Kalau tak kenal tu, xpe la. Haha. Memang tak sempat dah ni nak cari makanan kucing ke, pasir kucing ke dengan last minute macam tu. End up, Mommy bagi makanan je masa tu. Ye, tak semahal harga kucing tapi ikhlas nak bagi kan. Segan la walaupun dia cakap nak kasi free je kucing tu. Harap dia ikhlas la terima. Huhu. Sowiii FF!

NAMA PUN CONFUSE!

Part ni paling kritikal. Sebab sebelum ni walaupun struggle nak pilih nama, mesti end up akan ada nama final. Tapi kali ini tidak. Daddy & Mommy betul-betul tak sependapat hahaha. Daddy cakap dia tetap nak panggil Oppa. Mommy pula nak panggil Hero sebab dia je the only Hero among 6 girls. Lepas tu, Daddy juga cakap untuk official pergi klinik apa semua boleh la Hero tu, cuma dia tetap nak panggil Oppa.

Kalah Mommy yang lagi tengok banyak Kdrama dari dia. Grrrr.

Jadi, Mommy terpaksa snap gambar dengan 2 nama la kali ni.

NAK JAGA BSH MUDAH KE?

Mommy ada buat sedikit bacaan yang BSH ni ada macam-macam juga la perkara yang perlu dititikberatkan. Berdasarkan penilaian Mommy, mula-mula si Hero ni macam takut-takut sikit. Nak panggil dia pun, kena pancing dengan mainan dulu.

Mommy hanya kurungkan dia 2 malam, waktu siang memang biar je dia melepak ruang tamu. Sejenis tak sampai hati nak kurungkan. Lagipun Mommy tengok dia macam tak nak poop kat pasir dalam cage tu. Bila Mommy letak dia dalam bekas poop tu, boleh dia pergi makan pasir tu. Buat raso-raso ke Hero? *tepuk dahi.

Lepas tu, Mommy pantau dia sepanjang hari. Memang dia ni sejenis independent kot. Air, makanan semua dia cari sendiri. Tak perlu ajar. Cuma berak je, Mommy kena letak dalam jamban auto tu. Selepas beberapa kali ajar, baru pandai pergi masuk sendiri jamban auto tu.

Dari bacaan Mommy, karakter BSH tenang bila dah dewasa, tapi aktif masa muda remaja. Kena pantau juga sebab ada possibility obes. Ye ke? Kucing rumah Mommy rasanya semua dah gemuk lepas dimandulkan. Syok woo peluk.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “TAK BERANI CAKAP LAST DAH! KINI BELA KUCING BSH!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!