Kedai Spek Viral | Setiap tahun, Daddy akan buat spek baru. Tahun lepas, dia ada buat spek berdekatan dengan rumah. Dan harganya memang mahal untuk FRAME sahaja (branded katanya). Plus, tak dapat nak pergi ke mana-mana sebab kes Covid lah. 2020 memang stay at home sahaja. Terpaksalah!
Tetapi, tahun ni Mommy dah suruh Daddy get ready untuk buat spek baru di kedai spek sg wang yang pernah kami buat sebelum ni, di Sungei Wang Plaza. Lebih murah. Nak branded pun boleh, dijamin murah dari biasa.
KEDAI SPEK VIRAL
Kalau korang nak cari kedai spek di KL, Mommy sarankan korang ke kedai ini.
EYE PRO VISION, SUNGEI WANG KL
Berada di tingkat Ground Floor, korang boleh cari Lot G111. Paling penting, korang masuk je, cari Mr William. Kalau ada, korang berada di kedai yang betul. Totally recommended by Mommy!
Cara nak ke sini pun mudah. Samada naik kereta, parking di basement Sg Wang juga, atau naik MRT. Sangat mudah! Musim begini, sebaiknya naik kereta lah. Parking pun bukannya susah.
PELBAGAI PILIHAN DENGAN HARGA SERENDAH RM65
Yes. Memang banyak pilihan bingkai di sini. Sampai rambang mata jadinya.
Banyak kan? Design semuanya up-to-date dan funky belaka. Korang pilih je nak jenis mana. Dari sekecil ngam-ngam saiz mata korang, sehinggalah penuh kelopak mata haaa. Siap boleh cover eyebag mata korang, kalau nak.
Selain design yang cantik, sesetengah spek juga tahan lasak. Kalau korang dah tak tahu mana yang nak pilih, korang boleh tanya jer kat Mr William. Sesuaikan dengan gaya lifestyle masing-masing.
PATUTLAH VIRAL!
Harganya memang murah. Bermula RM65 sahaja gais! Untuk bingkai dan cermin multicoated. Harga ini apply kepada semua jenis ‘power’ sehingga 400. Wah.. Boleh tukar spek tiap-tiap bulan kot?
ALPHA BLUE 420 LENS
Daddy pernah buat spek di sini 3 tahun lepas, dan pilihan kami semestinya dengan kanta Alpha Blue 420.
Apa kelebihan Alpha Blue 420 Lens ini?
- Kalis calar
- Tahan lasak
- Kalis air
- Tidak mudah pecah
- Tiada silau langsung
- 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu menembusi kaca mata korang
- Harga berpatutan dan mampu milik
Ia sesuai untuk siapa?
- Silau malam
- Selalu menggunakan smartphone, laptop, komputer
- Perlukan 100% perlindungan daripada sinar biru dan ultra ungu (UV420)
BERAPA HARGA KESELURUHAN?
Masih mampu milik gais. Harga yang seperti Mommy cakap awal-awal tadi kan RM65. Korang perlu tambah RM60 sahaja menjadikan total hanya RM125 untuk memiliki spek yang berkanta Alpha Blue 420 ini. Harga ini masih maintain dari Mommy pertama kali datang 3 tahun lepas. Bagus kan?
Mommy rasa macam kena buat untuk Mommy juga la. Kerap sangat silau sekarang. Dah la 24 jam hadap laptop dan fon!
NAK BUAT SPEK, DATANG KE EYE PRO VISION SG WANG INI
Kalau orang tanya Mommy, memang ini sahaja kedai spek viral yang Mommy sarankan. Kalau korang pergi, jangan lupa cari Mr William (016-3771304) dulu tau. Takut salah kedai pulak kang.
Ini alamatnya : EYE PRO VISION , G111, SUNGEI WANG PLAZA, JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR
Jom tukar spek!
Baru je pergi semalam dan sangat berbaloi..10/10 recommended
Ini kali kedua i pergi ke kedai cermin mata ini, servis memang tip top.
Kalau buat yg ade transition n power tggi pon murah tak?
aah masih mampu milik.