Dah banyak kali dia mengadu yang mata dia kurang nampak tulisan dalam kelas.
Mommy anggap mungkin sebab meja jauh dari white board, sebab tu jadi kurang nampak.
Namun, selepas setahun buat Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), Mommy boleh rasa yang risiko rabun akan bertambah jika tidak dijaga. Masakan tidak, setiap hari mata memandang gajet.
Nak slow down gajet tu boleh jer, tapi takkan nak biar tanpa buat apa-apa?
Sebagai ibu bapa, apa lagi yang kita mampu buat selain mencari protection?
EYE PRO VISION, SUNGEI WANG
Teringat di kedai spek viral Malaysia favourite Mommy, Eye Pro Vision memang ada optometrist and optician yang boleh periksa mata Hannah.
Tak salah nak check dulu. Kalau teruk, kita boleh la terus ke pakar mata pula kan?
Jadi, kami buat keputusan, memandangkan nak pusing KL naik MRT, kita pergi Sungei Wang sahajalah. Oh ya. Masa ni masih belum declare PKP yer. Hujung bulan Mac.
Kami naik MRT Stadium Kajang dan turun di Stesen Bukit Bintang. Tips, korang ikut pintu C. Terus sampai pintu Sungei Wang Plaza tu.
Best part, kedai spek yang kami selalu pergi tu level G. Tak payah nak naik tangga dah dari pintu tadi.Terus cari Lot G111, nampak tulisan kuning Eye Pro Eye Pro Vision, ok betul dah.

Jangan risau. Kedai ni patuh SOP. Dan kami terus masuk selepas scan Mysejahtera dan buat pemeriksaan mata tanpa perlu berlengah.

Bila confirm ada sedikit silau dan rabun, memang kami dinasihatkan kena biasakan pakai spek juga lah.
Dari getting worst.
PELBAGAI PILIHAN BINGKAI CERMIN MATA KANAK-KANAK
So nak pilih bingkai, banyak pula choice. Dah la murah. Starting RM65 sahaja.
Ariq pun sempat juga nak cuba tu. Hehe.. No adik. Please jaga mata!

Since Hannah berisiko banyak masa depan gadget, kami add on Alpha Blue 420 Lens untuk elak silau.
Lagipun Alpha Blue 420 Lens ini
- Kalis calar dan kalis air
- Tahan lasak dan tidak mudah pecah
- Tiada silau
- 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu menembusi spek korang
- Harga berpatutan dan mampu milik
Cuma perlu tambah RM60 dari harga spek RM65. TOTAL cuma RM125 sahaja! Sangat mampu milik!!
Kalau anak mengadu kurang nampak dalam kelas ke, atau korang sendiri uji samada anak boleh baca tulisan dari jauh atau tidak, pergi lah periksa mata anak tu.
Puas hati dapat layanan staf dan bos sendiri, Mr William Chai. (016-3771304)
Kalau korang nak buat spek, Mommy memang suggest 100% untuk datang sini. Go guyss!
EYE PRO VISIONGROUND FLOOR
G111, SUNGEI WANG PLAZA
JALAN BUKIT BINTANG
55100 KUALA LUMPUR