Fri. Jun 20th, 2025

COSMODERM BB CREAM OK TAK?? | ASAS PENTING SEBELUM BERSOLEK

COSMODERM BB CREAM OK TAK??? | Untuk korang yang suka merias wajah, pastinya tahu apa kepentingan asas sebelum mekap kan? Ke korang nak Mommy share langkah asas tu? Ok lah. Mommy kongsi sikit apa yang Mommy amalkan setiap hari, di waktu pagi dan malam. Haaaa.. Kalau sayang kulit, wajib rajin!

PENJAGAAN WAJAH DI SIANG HARI

Step 1 – Mencuci wajah dengan pencuci sesuai mengikut kulit. Mommy gunakan pencuci wajah khas untuk kulit kombinasi.

Step 2 – Penggunaan toner adalah wajib, terutamanya untuk orang kulit berminyak. Toner membantu menutup pori selepas mencuci, juga membantu sekatakan warna kulit.

Step 3 – Pelembap atau krim siang digunakan sebelum guna apa-apa pelindung matahari (sunscreen).

Step 4 – Sunscreen. Rupanya kan.. SUNSCREEN sangat penting ! Tahukah korang, jeragat mudah ada di wajah disebabkan kita abaikan penggunaan SUNSCREEN! Gulp!! Siapa di sini yang abaikan juga penggunaan sunscreen tu?

COSMODERM BB CREAM 3

Oh ya.. korang jangan lupa juga amalkan penggunaan Vitamin E Moisturising Mask 2 kali seminggu dalam rutin langkah asas penjagaan wajah ini yer..

MOMMY GUNA KAEDAH PALING BIJAK – COSMODERM BB CREAM SEBAGAI SENJATA!!

Cosmoderm BB Cream pilihan Mommy untuk bertindak sebagai perisai Mommy di kala Mommy perlukan perlindungan daripada sinaran matahari, dan dalam masa yang sama menjaga kulit Mommy, serta menjimatkan masa Mommy untuk mekap!!

Wahhhh. Sampai macam tu sekali ke BB Cream Cosmoderm yang Mommy pilih tu? Sabar dulu.. Mommy akan cerita satu persatu, kenapa Mommy pilih Cosmoderm BB Cream ini.

COSMODERM BB CREAM 2

KENAPA MOMMY PILIH COSMODERM BB CREAM ini?

  • Mempunyai fungsi 5 Dalam 1 iaitu sebagai Pelembap + Bedak Asas + Tabir Suria + Kawal Minyak + Anti-Jerawat! Haaaa untung kan?
  • Mudah diguna untuk asas mekap atau kemasan tanpa mekap.
    • Sedar tak sedar, dah sebulan Mommy gunakan Cosmoderm BB Cream sebagai alas bedak/foundation Mommy juga tau. Dah jimat masa tak perlu apply foundation lain dah.
  • SPF 35 PA+++ bantu menghalang selaran matahari dan pigmentasi berpunca dari sinaran UVB dan UVA.
    • Tahukah korang? Ada 2 jenis sinaran UV, iaitu UVA & UVB.
      • UVA adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kita seperti, jeragat, kedutan, penuaan, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
      • UVB pula adalah sinaran UV yang tidak menembusi lapisan kulit. Ia hanya menyerang lapisan kulit luar sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn).
      • Oleh sebab itu, kita perlu melindungi kulit dengan memakai sunblock atau bb cream yang mengandungi SPF.
  • Mengandungi 4 kandungan utama iaitu Rose E Oil, Kigelia, Jojoba Oil and Glutathione yang berfungsi melembabkan dan menganjalkan kulit.
  • Produk skincare yang HALAL dan SELAMAT buat Mommy yakin untuk tambah produk Cosmoderm dari hari ke hari. Tamaknya! Hahaha..
  • 2 saiz berbeza iaitu tiub besar dan kecil (trial) yang sesuai untuk dibawa ketika bercuti. Penting woo!
COSMODERM BB CREAM 6
Produk yang bagus perlu dihebah.. #ILOVECOSMODERM

CARA GUNA BB CREAM COSMODERM

Fuhhh.. Serius senang apply. Guna jari pun boleh!! Yang penting, tahan lama! Ini sangat bagus dan menjimatkan masa Mommy!! Kalau korang nak guna BB Cream ni, kemudian nak letak bedak tabur pun cantik. Kalau tak nak letak pun tiada masalah.

COSMODERM BB CREAM 4

Mommy suka sangat BB Cream kali ini sebab teksturnya yang ringan dan tidak melekit. Ia tidak menghasilkan minyak berlebihan sebaliknya bertindak balas dengan minyak wajah secara natural, dan hasilnya mekap Mommy nampak lebih flawless. Bertahan dari siang sehingga malam!! Buat apa nak sembang kosong. Betul ni..

COSMODERM BB CREAM 9

Percayalah yang ia sangat ringan di muka, dan korang tak perlu risau ‘crack’ kerana tiada istilah tersebut. Mommy pilih code Beige kerana ia sesuai untuk warna kulit Mommy.

HARGA BB CREAM COSMODERM

Selain menjimatkan masa untuk korang mekap, ia juga menjimatkan kos belanja bab kosmetik korang juga. Harganya cuma RM33.90. Murah sangat. Dah la boleh jadi alas mekap, dalam masa yang sama ia menjaga dan merawat kulit. Bukankah itu yang kita mahu?????

JENIS BB CREAM

Cosmoderm BB Cream ada tiga tona warna untuk korang pilih, iaitu :

  • Nude (tiada warna – sesuai untuk lelaki dan wanita) untuk tampak semulajadi
  • Natural Pink/ Putih Merah untuk kulit cerah; dan
  • Natural Beige/ Kuning Langsat untuk kulit kuning langsat/medium seperti Mommy.

Untuk jenis kulit pula, boleh dibezakan antara warna tube iaitu :

  • Kuning mengandungi Vitamin E sesuai untuk kulit normal dan kering
  • Hijau mengandungi minyak Tea Tree untuk kulit berminyak
COSMODERM BB CREAM 8

Baru-baru ini, Mommy ke Bangi Wonderland bersama anak-anak. Dan kali ini Mommy dah bersedia terlebih dahulu untuk pakaikan BB Cream (code Nude) untuk mengelakkan muka mereka terbakar teruk kali ini.

COSMODERM BB CREAM 7

Cuaca panas tetap gelapkan kulit mereka tapi yang bestnya kali ni, dah tidak mengelupas kulit. Tidak lagi terbakar sampai sakit-sakit bila disentuh. Ya Allah syukur dah jumpa produk sesuai untuk mereka. Korang pun digalakkan guna BB Cream Nude ini untuk anak-anak korang.. Dan jangan lupa amalkan pelembap Vitamin E (Vitamin E Cream) dari Cosmoderm juga..

KAT MANA NAK BELI?

Korang boleh dapatkan BB Cream Cosmoderm ini dari laman web www.cosmoderm.com.my. Atau melalui farmasi-farmasi terpilih seperti Guardian, Watson, Caring, Aeon Wellness dan banyak lagi.

Jangan lupa follow Facebook Cosmoderm dan Instagram Cosmoderm untuk info dan maklumat terkini mengenai produk Cosmoderm. Selamat mencuba!

P/S : UNTUK PENJAGAAN WAKTU MALAM, MOMMY AKAN KONGSI DI LAIN ENTRI. TUNGGU!!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

16 thoughts on “COSMODERM BB CREAM OK TAK?? | ASAS PENTING SEBELUM BERSOLEK”
  1. Kak nina pun wajib sapu BB Cream sebelum keluar rumah.
    Paling suka BB Cream Cosmoderm. Kak nina pakai nude jer. Nanti nak try yg pink tu lak..

  2. Saya nk tnya, bb cream cosmoderm ni perlu dicuci dgn makeup remover ke kalau nk amek wudhu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!