LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU | Fuh.. Episod pertama pun dah buat Mommy leleh meleleh air hidung haaaa. Srott Srott. Adui. Cerita sedih la pula.. Siapa yang tak kenal penulis novel Siti Rosmizah Semail. Penulis novel (juga seorang peguam), yang novelnya sangat terkesan di hati.
Mommy bukan pengumpul novel, tapi novel SR yang pertama Mommy baca ialah novel Rindu Awak Separuh Nyawa. Punya lah terkesan dengan jalan ceritanya, Mommy sampai sesak nafas sebab terlalu sedih. Menghayati betul. Hahaha.. Serius, kalau korang baca novel ini, korang akan faham maksud Mommy. Penuh emosi!!
Ok berbalik kepada Megadrama Lafazkan Kalimah Cintamu yang baru jer bermula jam 10 malam tadi, setiap Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria, dah buat Mommy melekat la pula depan tv. Aduh. Dah la Astro free 2 bulan jer. Hahaha..
SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yang disisih bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar, Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya, namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa, Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, ditambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka, pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyayangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang, namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih daripada bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
MEGA DRAMA LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
- JUMLAH EPISOD : 32 episod
- TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2018
- WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
- SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
- PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah Semail
- PENULIS SKRIP : Rozie Rashid , PGRs Team, Ainaa Hanez
- PENGARAH : Along Kamaludin
- TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON
- Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
- Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
- Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
- Adriana Adnan sebagai Farhana
- Farez Ridzwan sebagai Azrul
- Imam Shah sebagai Shafiq
- Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
- Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena
- Erissa Puteri sebagai Tengku Natasha
- Nur Qistina Raisah sebagai Tengku Aqilah
- Anne Abdullah sebagai Mak Kiah
- Adibah Noor sebagai Kak Kembong
- Nazia Mustafar sebagai Tuti
- Azhar Sulaiman sebagai Tengku Hashim
Wowowowow. Gempak jer. Disebabkan Mommy percaya novel-novel SR memang best, Mommy tak sabar nak layan drama ni. Oh buat pelakon utama Farid Kamil, moga urusan anda dipermudahkan. Bertabahlah..