Salam semua. Ada nak ke mana-mana tak hujung minggu ini? Kalau tak kemana-mana, Mommy nak ajak korang ke Pameran Halal Terbesar Malaysia (MIHAS) yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), sabtu ini.
MIHAS
Sedikit info mengenai MIHAS :
Malaysia International Halal Showcase atau dikenali sebagai MIHAS merupakan sebuah ekspo perdagangan halal terbesar di dunia akan diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Dengan penyertaan melebihi 800 peserta pameran dari 40 negara, MIHAS edisi ke-15 ini dijangka akan menarik perhatian global. Pameran 4 hari yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 April ini menampilkan pelbagai jenis produk halal tempatan dan antarabangsa dari 7 sektor iaitu farmaseutikal, makanan & minuman, kewangan, pelancongan, e-dagang, logistik dan kosmetik.
MIHAS ini bukan sahaja merupakan platform terbaik dengan dagangan Halal, malah ia juga bakal memberi peluang kepada pengunjung seperti kita untuk mengetahui lebih jelas mengenai Industri Halal.
WOW!! ADA SKIN ANALYSIS PERCUMA LAH!!!
Betul. Tahukah korang, Cosmoderm pun turut terlibat dalam MIHAS ini.. Jadi sila datang ke booth mereka yang dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi sehingga 7 malam, sabtu ini 7 April di Booth 3700, Hall 11. Hari terakhir tu.. Jangan lepaskan peluang!
Tahun 2018 merupakan tahun kedua penyertaan Cosmoderm di dalam pameran MIHAS. Produk mereka pun Halal dan dah lama bertapak di Malaysia. Mommy sendiri pun memang pengguna setia Cosmoderm sejak 2016 lagi..
Best tau kalau datang ke Booth Cosmoderm.. Ada SAMPLE PRODUCT DAN SKIN ANALYSIS PERCUMA di sana, dan PEMBELIAN PRODUK DENGAN DISKAUN SEHINGGA 30%!! Woot! Woot!
Produk Cosmoderm yang Mommy teringin sangat nak miliki antaranya adalah :
Skincare Set Cosmoderm untuk kulit kering dan sensitif..
Set Travel Cosmoderm ni berbaloi sangat kalau beli ni..
Sunscreen atau foundation express yang wajib Mommy guna setiap hari..
Set Manjakani dengan wajah baharu ni, Mommy belum pernah cuba.. Best juga kalau dapat harga promosi kan?
Sesuai untuk remaja. Haaa..
Dan macam-macam lagi yang ada. Jadi kalau datang, korang akan dapat dengan harga promosi yang sangat berbaloi. Nak ke nak??? Jangan lupa ajak kawan, suami, isteri, makcik, pakcik semua ye???
TAK TAHU NAK KE MITEC?
MITEC mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama dan ianya terletak kira-kira 9km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 65km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Waze sahaja “Malaysia International Trade Exhibition Centre” (MITEC).
Pengunjung juga boleh memilih untuk menggunakan shuttle bus yang disediakan oleh pihak MIHAS di empat pick-up point yang berbeza (rujuk Instagram MIHAS) atau guna Grabcar dengan kod promosi GRABMIHAS18!
Jumpa di sana!
bestnyer kan.. ada diskaun lagi tu. Huhuhu. Nanti ina war warkan kepada kawan kawan lain yer
Alaaa… Terlepas date dah .. Tapi Cosmoderm memang selalu di cari. Walaupun bukan sales! Dah nama pengguna tegar. Tak payah tunggu sale pun beli gak. hehee
jauhnya nak pergi… rasa nak test juga … takde ke nk buat kt kluang hahaha