Thu. Dec 12th, 2024
MANUSIA secara lumrahnya tidak terlepas daripada berhutang sama ada sikit atau banyak.

Dengan sebab itu, Islam menggariskan peraturan tertentu mengenai hutang, antaranya
(1) setiap hutang perlu dibayar
(2) keutamaan untuk memberi hutang kepada mereka yang memerlukan
(3) tidak dibenarkan mengambil keuntungan daripada hutang itu seperti mengenakan riba atau faedah. Ini kerana ia berkait dengan mengambil kesempatan atas kesusahan dan keperluan orang lain dan
(4) memberi peluang kepada penangguhan pembayaran hutang apabila tidak mampu atau ada keperluan mendesak.
soalan: ‘terdapat kebimbangan dalam hati saya kerana saya masih terasa seperti belum menjelaskan hutang kepada seseorang. Orang itu juga tidak meminta-minta hutangnya menyebabkan saya terlupa untuk membayarnya.’
Sebenarnya anda sudah menunaikan tanggungjawab anda apabila berhutang dengan membayar balik hutang itu. Bagaimanapun, anda masih beranggapan hutang anda masih belum terbayar kepada seseorang yang anda anggap tidak suka meminta-minta.
Apa yang perlu anda lakukan ialah terus berhubung dan bertanya perkara itu dengannya. Penjelasan beliau sudah tentu menenangkan hati anda.
Selain itu, perlu diingat dalam Islam kita sudah diminta supaya setiap hutang perlu ditulis dan mempunyai dua saksi (lihat al-Quran, Surah al-Baqarah (2): 282).
Ini bertujuan supaya hutang dapat dijelaskan sedapat mungkin tanpa ada alasan seperti tidak ingat dan sebagainya.
SUMBER: SINI
Mommy: Selamat Beramal

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!