Duta Kids Republic 2023 yang pertama, Memperkasa Kanak-Kanak untuk Mencipta Masa Depan – Pencarian Brand Ambassador Kids Republic 2023 sudah berakhir. Majlis ini turut melancarkan feature terbaru iaitu “Very Important Parents (VIP) Club” pada aplikasi iAEON.
Seramai 24 finalis beraksi di IOI City Mall Putrajaya, untuk pentas terakhir pencarian ini dalam 2 kategori iaitu :
Kategori A – 5 hingga 8 tahun
1. Muhammad Yusha Harris Bin Muhd Yuzri Nizal
2. Ahmad Yezriq Bin Ahmad Yazran
3. Qaiser Zafran Bin Azizulhakeem
4. Kourosh El Rayyan Bin Ramin Toutian Esfahani
5. Zayn Nayl Bin Muhamad Faiz
6. Airis Amanda Binti Mohd Norhafizi
7. So Jesslyn
8. Priesshah A/P Hariintran
9. Alina Baig Bt Mirza Mumtaz Baig
10. Airis Haura Nur Inara Binti Mohd Zulazman
11. Emma Sophia Dzulfadli Husni
12. Evareyhana Binti Kamaruzzaman
13. Audree Elena Binti Shahrizan Effedey
14. Naira Alisha Binti Mohammad Aimil Fariz
Kategori B – 9 hingga 12 tahun
1. Muhammad Reezqi Rayqal bin Ahmad Naim
2. Awang Naqiff Akmal bin Awang Bakri
3. Jayden Ooi Chun Eng
4. Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
5. Tuan Muhammad Adam Reezqie bin Tuan Mohd Asmawi
6. Ammar Hazim bin Ahmad Nazam Hilmi
7. Koh Jee Yen
8. Joshiyta A/P Jeyasudhan
9. Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah
10. Wan Nur Zara Damia Bt Wan Abdul Halim
Pertandingan akhir ini dimulakan dengan peragaan finalis selepas diperkenalkan nama dan umur masing-masing melalui rakaman video yang ditayangkan. Masing-masing dengan gaya dan lagak masing-masing memang mencuit hati Mommy.
Mommy bayangkan andai masa kini, anak-anak Mommy terlibat, pasti Mommy turut bangga. Bukan senang nak terpilih.
Baca : Cafe Markisa Melaka yang menarik
“KIDS WHO CREATE FUTURE” BOX UNTUK PENENTUAN KELAYAKAN DUTA KIDS REPUBLIC 2023
Majlis dimulakan dengan penglibatan finalis untuk memilih salah satu nombor di kotak “Kids Who Create Future”, di mana setiap kotak ini mempunyai hadiah mainan misteri dan soalan secara rawak untuk menentukan kelayakan mereka untuk terpilih sebagai AEON Duta Kids Republic 2023.
Seronok Mommy tengok reaksi dan jawapan masing-masing selepas ditanya soalan rawak yang diberikan. Ada yang beraksi dan tunjuk gaya dan kelebihan masing-masing seperti ber’posing’ dan lakonan.
Kagum betul bila Mommy tengok pengacara Azura Zainal yang sangat hebat mengendalikan anak-anak ini di majlis. Bukan senang nak tackle emosi masing-masing.
PANEL JURI KIDS REPUBLIC AMBASSADOR SEARCH
Panel juri untuk AEON Kids Republic Ambassador Search terdiri daripada juri profesional yang mempunyai banyak pengalaman dan kepakaran dan menjadikan carian lebih menarik dan berdaya saing.
Mereka adalah Prichelle Lim, Partnership Manager for Singapore and Manager of theasianparent, Gillian Hung (Mama G), Fashion Icon and International Consultant; Designer and Founder of MMAG, and Advisor of Malaysian Official Designers Association (MODA) dan Ruzaidi Zaman, Store Manager of AEON Putrajaya.
PEMENANG DUTA KIDS REPUBLIC MENGIKUT KATEGORI
2 pemenang telah terpilih mengikut kategori selepas berjaya melalui beberapa cabaran di pentas akhir ini.
Kategori A
- Muhammad Yusha Harris Bin Muhd Yuzri Nizal
- Naira Alisha Binti Mohammad Aimil Fariz
Kategori B
- Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
- Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah
DUTA PERTAMA KIDS REPUBLIC 2023
Dan adik Puteri Aisya terpilih sebagai pemenang Grand Prize dan sekaligus bergelar Duta Pertama Jenama Kids Republic.
Mommy dah agak dari awal kemunculan adik Puteri ini dengan kelainan yang dibawa. Sentiasa tersenyum dan jawapan yang dilontarkan juga sangat meyakinkan.
Mommy pasti, ibu bapanya sangat bertanggungjawab dalam melatih adik Puteri ini. Dan kelebihan anak ini adalah keyakinan. Bukan senang tau nak ada high confidence dan bukan sejenis stage fright ini. Tahniah juga buat ibu bapa anak-anak ini.
VERY IMPORTANT PARENTS (VIP) CLUB
Majlis ini turut melancarkan ciri terbaru “Very Important Parents (VIP) Club” pada aplikasi iAEON, khusus untuk ibu bapa yang memilih AEON sebagai destinasi keluarga mereka. Pelbagai manfaat, keistimewaan yang boleh diperolehi melalui VIP Club ini.
Perasmian ini disempurnakan oleh Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan Dan Pemasaran di AEON Group.
Tahniah buat semua pemenang dan yang terlibat.
Baca : Pernah beli kasut sekolah di AEON juga.
Adik puteri tu mmg layak menang kan. Konfiden sungguh
dari awal dia bg mini love kat juri pun dah agak dah hahaha.. pandai dia ambil hati. mcm ni yg kita mahu. pegi mana2 pun pandai ssuaikan diri
Tahniah adik2 yang menang..bagus diaprang konfiden berul