Thu. Dec 5th, 2024

ANTRODIA DAN EURYCOZIN UNTUK TINGKATKAN TENAGA

ANTRODIA DAN EURYCOZIN UNTUK TINGKATKAN TENAGA

Antrodia dan Eurycozin | Hai korang! Hari ini, Mommy nak kongsikan tentang dua superfood untuk tingkatkan tenaga yang tengah viral sejak akhir-akhir ini : GKB Antrodia dan GKB Eurycozin, produk dari GK Bio International Sdn. Bhd. Kalau korang pun tengah cari cara untuk kekal sihat dan bertenaga, baca sampai habis, okey?

ANTRODIA DAN EURYCOZIN

APA ITU GKB ANTRODIA DAN GKB EURYCOZIN? 

Okey, first thing first. Mesti ada yang tertanya-tanya, “Apa benda ni?” Jangan risau, Mommy akan terangkan dengan mudah.

GKB ANTRODIA

ANTRODIA DAN EURYCOZIN

Antrodia ni dah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk bantu jaga kesihatan hati, tingkatkan sistem imun badan dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Kira macam superfood la ni! Antrodia membantu dalam mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas dalam badan. 

KEBAIKAN ANTRODIA

Setiap kapsul mengandungi 450mg Mycellium Antrodia Cinnamomea Extract Powder yang dapat memberi beberapa kebaikan: 

  1. Menyokong Kesihatan Hati
  2. Meningkatkan Sistem Imun 
  3. Sumber Antioksidan yang Kuat 
  4. Mengurangkan Keletihan dan Meningkatkan Tenaga 
  5. Menstabilkan Tekanan Darah dan Kolesterol 
  6. Sokongan untuk Detoksifikasi Badan 

Antrodia cinnamomea yang digunakan dalam produk ini dihasilkan dengan teknologi penapaian cecair yang dipatenkan, untuk memastikan sebatian bioaktif sangat terpelihara dan tiada sisa terhasil. Sangat berkesan!

GKB EURYCOZIN

ANTRODIA DAN EURYCOZIN

Eurycozin pula adalah suplemen yang diformulasikan dengan ekstrak Eurycoma longifolia, lebih dikenali sebagai Tongkat Ali.

Yang ni famous dalam kalangan lelaki sebab dikatakan boleh tingkatkan tenaga, daya tahan, dan kesihatan seksual. Eurycozin berfungsi dengan meningkatkan tahap testosteron dalam badan, yang boleh membantu dalam meningkatkan tenaga fizikal dan mental. 

KEBAIKAN EURYCOZIN 

Berikut adalah beberapa kebaikan GKB Eurycozin: 

  1. Meningkatkan Tenaga dan Stamina 
  2. Monyokong Kesihatan Reproduktif Lelaki 
  3. Mengurangkan Tekanan dan Meningkatkan Mood 
  4. Menyokong Kesihatan Otot dan Tulang 
  5. Meningkatkan Fokus 

HALAL DAN LULUS KKM

Apabila memilih suplemen kesihatan, dua perkara yang sangat penting adalah status halal dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berita baiknya, Antrodia dan Eurycozin memenuhi kedua-dua syarat ini.

CARA NAK AMBIL

Nak jaga kesihatan dengan GKB Antrodia dan GKB Eurycozin senang je. Ambil ikut arahan pada botol. Biasanya, satu atau dua kapsul sehari dah cukup. Korang boleh ambil selepas makan. Tapi ingat, ikut arahan penggunaan ya, jangan lebih-lebih pulak!

INFO LANJUT 

Boleh lawati farmasi-farmasi ni dan consult dengan pharmacists tentang produk-produk GKB: 

  • Whole Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons
  • Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
  • Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
  • Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
  • Perak: HTM Pharmacy
  • East Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
  • Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
  • Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
  • Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy

Laman web & media sosial

So, Antrodia dan Eurycozin ni memang boleh jadi tambahan yang bagus untuk gaya hidup sihat korang. Dengan segala manfaat dia, siapa yang tak nak cuba, kan? Kalau korang nak rasa lebih bertenaga, jaga kesihatan hati, dan kurang stress, maybe it’s time to give these a try! 

Stay healthy, everyone!

p/s : Mommy perlukan supplemen untuk kekal aktif bercamping.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!