Thu. Dec 12th, 2024

LANGKAH2 MENCEGAH GIGI SENSITIF

Gigi sensitif bermakna gigi akan terasa sakit dan ngilu apabila mengambil makanan yang sangat sejuk, panas, manis dan masam. Bagaimanapun, kesakitan ini hanya beberapa saat saja dan apabila punca rangsangan dialihkan, kesakitan akan hilang.


Masalah ini juga boleh disebabkan peningkatan penggunaan bahan pemutih gigi (untuk tujuan kosmetik) dan kekerapan menjalani rawatan pembersihan gigi. Bagi wanita, perubahan kitaran hormon terutama ketika hamil, juga boleh menyebabkan mereka lebih mudah mengalami penyakit gusi dan gigi sensitif. 

LANGKAH2 MENCEGAH
  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman ringan serta berasid. 
  • Minum menggunakan straw yang dihala ke belakang mulut bagi mengurangkan minuman daripada terkena gigi. 
  • Jangan kemam jeruk, buah-buahan masam atau gula-gula. Lebih baik elak mengambil makanan dalam kumpulan ini. 
  • Bersihkan gigi (berus gigi) atau sekurang-kurangnya berkumur dengan air setiap kali selepas makan untuk mencairkan gula atau asid dalam mulut. 
  • Sesetengah cecair kumur mempunyai pH rendah. Ia juga boleh menipiskan lapisan enamel. Justeru, pilih cecair kumur yang dikhususkan untuk gigi sensitif. 
  • Gunakan berus gigi yang lembut. 
  • Belajar memberus gigi dengan cara betul bagi mengelak kerosakan gigi dan gusi. 
  • Jangan mencungkil sisa makanan yang terlekat di celah gigi selepas makan. Ia membuatkan masalah anda bertambah buruk. Cara terbaik untuk mengeluarkan sisa makanan dalam mulut ialah dengan memberus gigi. 
  • Individu yang mengetap gigi ketika tidur disaran memakai pelindung gigi (sarung gigi bagi mengelakkan berlakunya penipisan lapisan enamel). 
Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah ada masalah ini, jangan bimbang kerana kini ada kaedah baru dan mudah untuk mengatasi masalah anda. Ubat gigi Sensodyne Repair and Protect yang mengandungi NovaMin, suatu formula unik yang berakarumbikan teknologi dicipta untuk membantu merangsang penjanaan semula tulang.

SUMBER: HMETRO

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!