Fri. Jan 17th, 2025

AZAN : LAFAZ, CARA JAWAB DAN DOA SELEPAS AZAN

azan

Azan adalah panggilan suci yang dikumandangkan di seluruh dunia Islam mengajak umat Islam untuk berdoa. Ia adalah lambang keagungan Islam dan mengingatkan kita akan kewajipan kita sebagai hamba Allah.

Di sini Mommy ingin kongsi pengertian, lafaz, cara jawab, doa dan perkara-perkara yang berkaitan.

MAKSUD AZAN

Azan adalah panggilan atau seruan untuk melaksanakan solat yang dilakukan oleh seorang muadzin (pelaung) atau bilal dari atas menara masjid atau tempat yang tinggi. Secara harfiah ia bermaksud “seruan” atau “panggilan”.

Manakala dari segi istilah pula bermaksud satu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.

Ia tidak boleh dilaungkan oleh perempuan.

PERKARA SUNAT DILAKUKAN SEBELUM LAUNGKAN AZAN

KELEBIHAN

Ia merupakan

  • panggilan suci yang menggetarkan hati.
  • bergema di langit-langit masjid.
  • mengajak umat Muslim untuk mendekatkan diri kepada Allah.
  • Setiap kalimat memiliki makna mendalam.
  • membangkitkan semangat dan kekhusyukan.
  • panggilan untuk meninggalkan dunia dan beribadah.
  • mengajarkan kita disiplin dalam menjalankan ibadah.
  • membangkitkan keinginan untuk bersujud kepada Allah.
  • mengajarkan kita untuk bersyukur atas nikmat Islam.

BILA PERLU

  • Solat Fardhu
  • Ditimpa Musibah
  • Keluar Bermusafir

Baca : Cara Solat Jenazah Lelaki

KALIMAH

azan
Kalimah ini dilaungkan oleh muazzin untuk semua waktu solat kecuali bagi solat subuh

KALIMAH AZAN WAKTU SUBUH

azan

HUKUM

Hukum menjawab adalah sunat yang dituntut (Sunat Muakkad).

Ketika dilaungkan, kita sebagai umat Islam disarankan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan tanda hormat.

CARA JAWAB

Cara menjawab dengan betul adalah dengan mengulangi setiap kalimat. Setelah muadzin mengucapkan setiap kalimat, kita dapat mengulanginya dengan suara yang lebih pelan.

Contohnya, selepas muadzin mengucapkan “Allahu Akbar Allahu Akbar” (Allah Maha Besar), kita mengulanginya Allahu Akbar Allahu Akbar, dengan suara yang lebih pelan, KECUALI KALIMAH DI BAWAH :

untuk :

azan

perlu dijawab :

azan

untuk :

azan

jawapannya :

azan

kalimah dalam solat subuh :

azan

perlu jawab :

azan

Baca Lagi : Cara Solat Taubat

DOA SELEPAS AZAN

Maksud : Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Walaupun membaca doa selepas azan adalah amalan sunat diamalkan, namun manfaat amalan doa ini sangat besar. Moga perkongsian artikel ini memberi manfaat kepada pembaca.

Baca : Kebaikan Sedekah Subuh

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “AZAN : LAFAZ, CARA JAWAB DAN DOA SELEPAS AZAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!