TEAM BUILDING DAN FAMILY DAY DI AGROFAMSTAY, MELAKA | Kalau anda tercari-cari lokasi sesuai untuk adakan team building atau family day activities, Mommy sarankan anda cuba di Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech di Durian Tunggal, Melaka ini.
TEAM BUILDING DAN FAMILY DAY DI AGROFAMSTAY
Kenapa? Biar Mommy tunjukkan sebab-sebab anda perlu memilih tempat ini.
PELBAGAI PILIHAN JENIS BILIK MENGIKUT BAJET
Resort ini menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti Challet 10 bedded, D’Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded, River View 6 bedded, River View 2 bedded, dan yang paling besar ialah Villa 14 bedded. Sangat sesuai untuk buat Family Day secara besar-besaran di sini.
Contoh-contoh penginapan yang Mommy tengok sepanjang Mommy menginap di sini.



HARGA BILIK
Ini bilik yang Mommy stay iaitu di D’Lodge 6 bedded.
Pandangan luar
Pandangan dalam
Haa. Bilik Mommy tu, ada 4 katil bujang, 1 katil queen, 2 bilik air. Boleh la nak main aci sembunyi atau kejar mengejar di dalam tu. Hihi.
D’Lodge ini bersebelahan rumah kasut atau bilik karaoke ini. Bilik karaoke ini kalau nak guna, ia boleh ditempah mengikut jam.
Kenapa awak comel sangat wahai kasut?
Pandangan dalam bilik karaoke (sumber gambar)
KAWASAN RIADAH YANG MENARIK
KOLAM RENANG
Kolam renang yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Cucian dilakukan setiap hari oleh pihak Agrofarm.
PET FARM
Ada kandang kambing.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI DALAM AGROSTAY
BILIK MEETING/SEMINAR
Bilik seminar ini boleh memuatkan hampir 20 hingga 40 orang setiap masa.

DEWAN MAKAN
Kawasan dewan makan yang agak terpinggir jauh ni seperti memberikan satu ketenangan. Dah la berhadapan pula dengan ‘rumah warna warni’ yang Mommy tunjukkan mula2 sekali. Indah saujana mata memandang gitu.
SURAU TERAPUNG
Surau Teratai atau surau terapung ini boleh digunakan sebagai tempat beribadah beramai-ramai atau mengadakan ceramah. Kemudahan termasuk sistem PA, mikrofon, sejadah dan Al -Quran. Surau adalah untuk kegunaan orang Islam sahaja.
MAJLIS PERKAHWINAN
Anda juga boleh memilih resort ini sebagai tempat untuk diadakan majlis perkahwinan. Kos sewaan tempat perlulah diajukan kepada pihak pengurusan sendiri.
PERASAAN MOMMY
Sepanjang 2 hari 1 malam tinggal di sini, apa yang Mommy rasa ialah ketenangan. Bagus juga coverage line telefon tidak terlalu bagus, jadi privasi bersama keluarga tu lebih bermakna. Wifi memang disediakan, tapi tidak terlalu kuat. Tindakan yang agak bijak jika memerlukan ketenangan tanpa gangguan ‘media sosial’ sedia ada. Itu pendapat Mommy la. Kalau tak, asyik nak scroll dan scroll dan scroll aje telefon tu. Kan? Kawasan yang memang bersih, susah Mommy nak jumpa sebutir sampah pun, tanda kecekapan pihak Agrofarm. Cuma 1 komen Mommy, toilet di dalam bilik agak kuat bunyinya ketika flush. Anak2 Mommy terkejut jaga tapi lepas tu sambung balik tidur. Small matter for me. Lagi satu, ketika Mommy di sini sejak 2 hingga 3 Januari 2016 yang lalu, lalat agak banyak. Mungkin musimnya. Jangan expect kesempurnaan di segala sudut ye kawan2. Just enjoy the moment, u takkan stress. Bagi Mommy lagi, kalau nak adakan percutian kat sini lagi, Mommy takkan menolak peluang tersebut. Enjoy!!
PERTANYAAN/TEMPAHAN
Hubungi:
Encik Bari (Pengurus) – 012-2118246
ALAMAT
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka
WEBSITE
MEDIA SOSIAL
FACEBOOK – https://www.facebook.com/agrofarmstay/
INSTAGRAM – https://instagram.com/agrofarmstay/