30/11/2023
TABUNG HAJI BENARKAN PINDAH WANG SIMPANAN KE AKAUN BANK PENCARUM SAHAJA

Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2023, TH membenarkan pemindahan wang daripada akaun simpanan TH ke akaun bank sendiri sahaja bagi mengekang kes penipuan dalam talian.

TH meneruskan usaha untuk memperkukuh keselamatan perkhidmatan digitalnya dengan menambah baik kawalan teknologi demi keselesaan dan keselamatan urusan kewangan pendeposit.

Pendeposit juga hanya boleh mengaktifkan kad ATM dengan akaun TABUNG HAJI menerusi mesin ATM dan bukan melalui perkhidmatan perbankan dalam talian bank-bank rakan strategik TH.

Langkah ini merupakan satu daripada usaha TH dalam memastikan para pendeposit tidak terjerat dalam perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau scammer kerana TH memandang serius terhadap penipuan yang berlaku melibatkan pendeposit melalui perbankan Internet bank-bank rakan strategik TH.

Menurut Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamad Ameen Abdul Wahab,

“TH sentiasa cakna dan prihatin akan keselamatan urusan para pendeposit. Justeru, TH akan terus berusaha untuk memperkasakan lagi perkhidmatan digital TH demi keselesaan para pendeposit”

TH juga sentiasa melakukan kemas kini dan memperketat kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan bagi memastikan semua transaksi yang dilakukan oleh pendeposit adalah selamat.

TABUNG HAJI

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi TH, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi Pusat Panggilan TH (THCC) menerusi talian 03-6207 1919 bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang perkhidmatan lain yang ditawarkan — BERNAMA

Baca : Daftar Haji guna akaun KWSP

IBADAH QURBAN DI TANAH SUCI

Masih sempat lagi kiranya anda berminat untuk membuat ibadah Qurban di Tanah Suci. Peluang ini dibuka kepada semua yang berminat untuk melakukan ibadah qurban. Hanya RM900 sahaja, apa tunggu lagi?

Baca Juga :  BUDAK 7 TAHUN MENJADI HAMBA ABDI AYAH - SUNTIK DADAH!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!