Assalamualaikum.
Akhirnya selepas 3 hari kat Pantai Hospital Ampang, kakak Hannah Damia dibenarkan pulang oleh Dr Thana semalam (18022014). Oh ya.. Dr Thana memang the best paed yang Mommy pernah jumpa. Seriously! Kalau x, sure dok pusing2 antara KPJ & Pusrawi selagi x jumpa the best paed. Alhamdulillah kami dipertemukan. HD pn ngam dgn Dr Thana nih. Ingat nak ambil gambar jugak la one day dgn Dr Thana nih. Hehehhee. Korang leh request for Dr Thana in case kalau anak2 admit kt Pantai Hosp Ampang nih (landmark MPAJ)
Nampak muka hepi boleh discaj nih?
Alhamdulillah..
Memandangkan blog ni glemer sebentar semalam pasal POST MOMMY SUKA DUKA nih, meh ler Mommy nak cerita sket bagi kome sume insaf & BERSANGKA BAIK dengan Mommy. Ye la. Dok nasihat sana sini, tp kome dok SANGKA TAK BAIK dengan Mommy. Jentik kang!
Mommy baru sebut sket je pasal ANAK MOMMY KENA STOP MAKAN MADU QASEH JUNIOR sebab JADI PANAS DALAM, MATA BERTAHI & MELARAT KE DEMAM PANAS.
Baru sebut sket je. Kome dah melenting. Nak marah Mommy “ntah2 salah cara makan”, etc.
Ayayai..
Meh Mommy melenting sekali:
sebab pertama: selamber badak paste kat kome punya group discussion about ‘apa yg Mommy HDAE ckp pasal QJ kome’.
sebab kedua: kome x nampak cerita pasal suka & sedih Mommy kat dalam cerita tu, kome x doa pn buat mak abah Mommy & anak2 Mommy selebihnya concern pasal produk anda.
sebab ketiga: kome suh Mommy husnuzon walhal kome pn x sangka baik KENAPA MOMMY BAGITAU ANAK MOMMY X BOLEH TERUSKAN MAKAN MADU QJ TU..
Nampak x word TERUSKAN????
Sebab.. ini adalah kali kedua atau botol kedua Mommy amek utk anak2 Mommy. Eh, kalau x support, Mommy x beli pun la.
KENAPA MOMMY BELI??
Sebab ini USAHA MOMMY. IKHTIAR MOMMY. Allah MEMANG MAHA PENYEMBUH. So, YAKINLAH dengan word Insha Allah tu. Salah satu usaha Mommy utk bagi anak2 Mommy sihat sambil menyokong produk orang Islam & apply Sunnah kan???? but, opkos makanan sunnah is makanan yang halalan toyyiban. xde lak mention JENIS2 WAJIB MAKANAN sunnah tu. Cumanya makanan2 tu sering dimakan oleh Nabi kita. Itu yang Mommy faham la… Nak argue word Mommy nih plak? Cer tnya ustaz kome la..
CERITA SEBENAR
Ye la.. apa yang Mommy cerita kat entry POST MOMMY SUKA DUKA ni cerita sebenar lah.. Cuaca? Admit sekarang nih cuaca panas. Tapi, kome ke yang hadap anak2 Mommy? Yang rasa “dedar2 & suam2 tapi x demam” anak Mommy selama nih? Kome ke??? X kan???
Mommy yang rasa. Masa 1st bottle, Mommy konsisten. Boleh kata hari2 Mommy curah kat sarapan dorang. Curah kat sudu la. Tengok arahan tu. Arahan ada tulis kat botol tu. So, ikut la.. Pastu letak kat food dorang. Masa kehabisan botol pertama, Mommy nak guna madu asli plak. tapi x bes bila Mommy makan sendiri. Panas. Takut nak bagi anak. Terus order plak untuk botol kedua. Sebab katanya sesuai untuk budak2. Yes, memang terbukti sesuai untuk kanak2. Cumanya, reaction kat anak Mommy ialah sentiasa suam2 badan tanpa Mommy sedari punca.
Bila terjadinya kes TAHI MATA tersebut, Mommy dapat agak ini kes panas dalam. Cuaca? Memang la cuaca panas. Bila kita tambah lak makan yang tu, bertambah ler hotnya. Tapi, jangan lupa.. Mommy ada page masakan Homemade. Mommy sentiasa kaji apa perlu makan untuk balance panas sejuk. Jadi, apa punca sebenarnya?? Wallahualam. Jadi, Mommy x menuduh kat sini, tapi MOMMY BUAT LANGKAH SEPATUTNYA. IAITU STOP DAHULU.
“kome tau x kaedah 4 days wait rule utk mencuba satu2 makanan & alahan kalau kita bercakap pasal baby food??”
xtau sila gugel!!!
Cuma, alahan begini x dpt dikesan oleh Mommy & ini buatkan Mommy ralat.
Magiknya lepas stop.. 3 hari je demam beliau.. opkos disamping ubatan & kawalan pemakanan.
Dannnnnnnn.. Mommy nih x giveup. Untuk boostkan antibodi lah kiranya, Mommy bagi AE try semula QJ hari Isnin (17022014). Kesan? Petang tu Mommy pegi ambil, rasa badan dedar2 balik. Erm.. Dengan cepatnya ke? Semua nih hanya Allah yang tau la kan? Terpulang pada anda nak tafsir sendiri apa yang Mommy fikir. So, Mommy nak STOP DULU makan QJ nih..
HEALING CRISIS
“mak Mommy slalu ckp, nk mkn apa2 jns supplemen pn, sure ada tindak balas. Tindak balas tu mcm healing crisis la. kita mkn lagi utk lawan. tp, xkn la Mommy nak ‘lawan’ lagi smpai 2 botol pn x ok2? hikhik”
TESTIMONI
Bukan nak cakap SEMUA budak TIDAK BOLEH MAKAN QASEH JUNIOR. Ini dah macam nak menyekat bisnes orang. Tapi, beberapa orang PM Mommy selepas Mommy cerita tentang POST MOMMY SUKA DUKA semalam. Berkongsi cerita yang lebih kurang sama pengalamannya. Nama pn pengalaman.. Ini adalah anak2 kami. Kami yang lalui pengalaman yang kebetulannya SAMA.
NASIHAT
Terimalah fakta yang bukan semua produk sesuai dengan badan kita.
Kalau mak2 dalam pantang & lepas pantang pn macam2 kena jaga sebab x smua badan sama, so samalah anak2 kita pn. Penerimaan badan nih x sama. Jangan mudah melatah jika orang x suka produk kita. Terima. Dan perbaiki mutu anda. Pasti ramai orang gembira.
Mommy jual VCO Catalyst, Mommy sentiasa info kalau2 sape yang ada reaction , in which memang tersangatlah jarang jadi, so pihak syarikat akan kaji & ternyata ada yang memang x boleh makan Minyak Kelapa Dara. So, bukan semua orang ok unless MENGALAMINYA SENDIRI.
Mommy x suka Shaklee, tapi ramai je sahabat Mommy yang makan & rasa OK. Mommy xle Shaklee Alfalfa tu sebab AE ada history anemia. Agen yang bagus akan cerita & terima dengan positif yang kita x boleh ambil produk beliau. Kita xnak, ramai lagi yang nak kan???
Positif minda kalian.
Positif terima kritikan.
Rezeki ada di mana2..
***********************************
Macam hari ni.. 2 rezeki Mommy dapat
3 CHEQUE PRUDENTIAL BSN (Elaun Wad)
Dikala berduka sampai kena potong gaji dek UL (unpaid leave) masa gaji Ariq Emir masuk wad dlu.. ada ganjarannya. Alhamdulillah. Rezeki datang semula. 3 keping cheque lagi. Siapa nak kalau duduk wad free2 apa pn x dpt? Untungnya kalau korang amek Pru BSN. Mcm aku amek yg ada saving sekali. Wpon x mahal cm org lain..sekali dpt elaun wad sebab tpksa stay kat wad, kenyang gak lah.. alhamdulillah. Good job kak @makbed_romanoff +Makbed Journal yg sentiasa bg servis tiptop. X rugi korang kontek dia. Nak faham pn mudah dgn Kak Liza nih.. THORbaik!!!
Dan yang KEDUA
congrats on winning our Instagram contest! Great pictures you have
Is it possible to collect your winning KidZania ticket at our boutique either in KLCC or Sunway Pyramid? This is because our winning tickets are stationed there.
REZEKI.. ALHAMDULILLAH
my blog..my life
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir