Thu. Feb 6th, 2025

ADSO – CUKUPLAH EMPAT

Kalau nak tahu, yang no 3 datang tanpa dirancang. Ini sebenarnya sebab Mommy frust tak dapat yang diimpikan dalam masa terdekat.

Baca : Adel pintu rezeki Mommy lagi?

Dari awal, impian Mommy hanyalah kucing warna putih & kelabu. Tapi, rezeki kucing pertama, Mya bukanlah warna pilihan. Tapi, sayang Mommy terhadap dia tidak dapat disangkal. Dari umur sebulan kami bela, mestilah sayang kan?

Baca : Barang yang perlu beli untuk pertama kali bela kucing

Lepas beberapa minggu jaga Mya, kami adopt pula kucing putih. Ini memang Mommy aim dan all out cari di group Cat Adoption. Rezeki Mommy memang dapat yang betul-betul putih melepak. Baik dan sekarang dah siap dimandulkan pun oleh Mommy. Nak tahu penjagaan kucing mandul ke? Nanti Mommy share lagi.

Baca : Akhirnya dapat kucing putih.

Pencarian kucing kelabu tidak pernah berhenti. Beberapa kali Mommy cuba post dalam beberapa group kucing. Yang jenis baka elok semestinya dijual. Mommy tak prefer yang perlu beli. Biarlah Mommy jaga yang biasa-biasa, yang sudi tuan kucing berikan secara percuma. Tak mampu nak beli mahal-mahal pun ya.

Selepas beberapa post, ada yang sudi nak berikan warna kelabu dan hitam. Jatuh cinta terus. Namun, mungkin bukan rezeki, sebab kucing-kucing tu berada di Kedah, agak sukar untuk bawa mereka ke sini.

Kucing-kucing?

Ya, asalnya Mommy nak adopt 2 ekor terus. Hitam dan kelabu. Memang comel sangat-sangat. Daddy minta sabar dulu dan jika ada rezeki, pasti akan ada. Pilih yang dekat-dekat, dia onz saja.

REZEKI TAK SALAH ALAMAT

Nak dikatakan rezeki tak pernah salah alamat, Mommy terbuka request message di Facebook. Susah betul lah FB messenger ni. Kerap kali Mommy terlupa untuk check di bahagian tu. Akhirnya Mommy terpandang satu message.

Rupanya sudah seminggu mesej tersebut. Mencuba nasib untuk bertanyakan samada masih ada lagi atau tidak. Lepas diberi gambar, Mommy dah tak tenang duduk. Hahahaha. Rupanya, si kelabu ini hanya di Cheras. 20 minit sahaja jaraknya.

Erm..

“Dedi, boleh tak kita pick up malam ni juga?” Cubaan Mommy sejurus selepas mesej tamat.

“Seriuslah? Tak nak tunggu esok?”

“Tak sabar dah. Hihihihi”

Being dedi yang super sporting tu kan, memang dia ikut je la. Hiiii.. Memang malam tadi juga Mommy pickup. Oh ya, btw tuan kucing just minta Mommy cover cost pettaxi RM100 sebelum ni. Ok la dari Mommy perlu balik ke Kedah yang jauh lagi banyak kos.

@myapilot_mya

♥️

♬ suono originale – This is my life…

ADSO

Nama dah ada tau. Nama tu sebenarnya nama kucing kelabu jenis BSH di dalam drama siri Outlander. Dan nama ni memang Mommy reserve untuk MYA clan. Mya, Yuki, & Adso. Adel datang dulu jadi letak A juga. Hiii.

adso

Cuma dari malam tadi hingga pagi ni Adso ada sedikit muntah dan cirit birit. Risau juga la Mommy pun. Erm. Hari ni Mommy cuba juga kaedah ayam rebus. Gigih tau.

Btw, memang kejap sangat dia mesra dengan 3 adik beradik yang lain. Memang awesome betul. Hari ni dah main-main macam dah lama kenal. Alhamdulillah. Laju. Beza dengan yang lain, 3 hari juga baru ngam.

Hari ini juga Mommy mandikan Adso sebab kes kerap cirit tu dan dia ada kutu. Adeh. Risau betul berjangkit.

Gambar berbeza lighting. Warna asal adalah kelabu, bukan hitam.

Harap-harap, Adso cepat la sihat. Korang pun doakan ya.

Orang tanya cukup dah ke?

A’ah cukup lah 4. Banyak dah kos dan tenaga nih. Hahahahaha.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

3 thoughts on “ADSO – CUKUPLAH EMPAT”
  1. Memang kos besar bila pelihara kucing. Sekor 2 tak nampak sangat, 3 keatas baru lah nampak belanja besar. Pernah dulu pelihara kucing, RM 500 untuk 2 minggu. Entahlah, sebab makanan dan pasir kucing mahal ke apa silapnya. Huhuhu.

    Tapi dari sudut rezeki, alhamdulillah. Memang laju masuk. Wallahualam, asbab kerezekian kucing ni. Moga she sekeluarga juga rezeki lancar hendaknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!