Hahaha.. Entah la. Patutlah ramai cakap pasti nanti bertambah. Sekali, memang betul.
Mommy dah ada 3 ekor kucing dah kat rumah. Terbaru, si Adel. Baru umur 2 bulan.
Tapi percayalah, warna idaman Mommy belum dapat lagi tau. Warna kelabu!!! Haih risaunya kalau orang tu ubah fikiran. Sebab mesej dah lama tak berbalas. Mungkin juga bukan rezeki Mommy kot.
Dalam keadaan risau dan tertunggu-tunggu, Allah hadirkan seekor makhluk tuhan yang comel dan sangat mengugat hati. Mommy yang masa tu baru je nak jamah makan tengahari, terus tak tenang.
Mata ini asyik tercari-cari mana ibunya, adakah dia keseorangan?
Mommy yang dah tak tertahan hati ini, terus tanya dengan orang kedai, milik siapakah makhluk tuhan yang kenit tetapi comel itu? Katanya stray cat. Aisehhhh.. Terus usha Dedi. Dedi kata no Ikea kalau ambil masa tu. Aiyakk! Ye la. Tak kan nak bawa ke Ikea?
Jadi, selesai makan, kami bergerak ke destinasi yang dirancang. Hannah tiada ketika kami ke Ikea masa ini, sebab terlibat dengan kem pemimpin muda. Hari Ahad baru balik. Masa kejadian ini pula hari Sabtu. Saja nak treat Ariq yang rindukan kakak. Bawa dia ke tempat yang dia suka. Percaya tak dia suka Ikea? Haaa.. Mommy lagi la suka!
Otw back, Mommy yang dah tak tenang hati dari awal tu, suarakan kat Dedi untuk lalu ke kawasan restoran tadi. Bicara Mommy, jika ada rezeki kita, kita bawa balik. Mommy redha kalau tiada.
Sumpah. Ini yang dinamakan LOVE AT A FIRST SIGHT. Sampai kemaruk jadinya.
Being Dedi yang sporting, memang gigih la dia bawa semula ke kawasan restoran tu walaupun jalan memang lain. Hiii. Mekasih Dedi. Bila sampai, Mommy tengok memang dah tutup la kedai makan tu. Erm..
Mommy suruh Dedi drive ke belakang, dalam hati ni berkobar-kobar sambil doa jika ini rezeki aku Ya Allah, kabulkan lah. Memang ternampak seorang makcik sedang basuh pinggan.
Sembang sikit-sikit dan Mommy minta dia pergi cari kucing kecil tu. Gigih la makcik tu ke depan semula. Syukur! Korang!! Memang ini rezeki Mommy!!! Si dia tengah tidur keseorangan.
Apa yang dia makan satu hari ni? Adakah dia puasa? Fikir tu sahaja pun buat hati ni sebak. Haaa.. Mak kucing memang hati tisu kot. Taip ni pun sebak. Eh drama ye Mommy!! Hahaha. Serius gais. Jap, nak ambil tisu. Air mata dan air hidung dah leleh.
@myapilot_mya I just can’t. Hati terpaut bila pertama kali terpandang. Nampak macam kelaparan. Tanya orang sekeliling, memang kucing terbiar. Terus bawa balik 😢😢 So cute!! Nama? Adel ♥️ #babyAdel #Adel #cat #catsoftiktok ♬ original sound – YB
Dedi rakam muka teruja Mommy bila puas hati dapat pegang si comel ni. Haha. Terus ajak Dedi cari food untuk dia. Well again, Tq Dedi sebab bagi duit. Mommy rela kaut tahi hahaha.
Sampai je kat rumah, Mommy minta Dedi setelkan cage dan pasir semua dulu. Letak kat yard, while Mommy kena uruskan bab kutu yang pasti ada. Risau terjangkit kat Mya & Yuki pula. Maka, ketiduran lah si kecik ni dalam cage buat sementara waktu.
Mommy namakan dia Adel. Ok dah jadi MYA clan dah semuanya. MYA – Mya, Yuki, Adel. Hehehe.
Esoknya tu, hari Ahad, bawa dia ke Vet untuk treat cirit birit. Mungkin body dia terkejut terima food (kibbles). Biasa makan entah apa-apa kat luar agaknya. Sedih. Ubat cacing dan kutu pun diletakkan sekali. Mya pun cirit birit juga tapi berlaku sebelum Adel datang lagi. Sensitif betul perut. Hmmm.
Balik tu, Mommy macam biasa, buat photoshoot dulu. Ini hasilnya. Hehehe..
Mommy mohon kalian yang baca entri ini, dapat doakan kesihatan anak-anak kucing ini di bawah jagaan kami. Doa kami murah rezeki juga ya. Inshaa Allah.