30/11/2023

Alhamdulillah.. 21 Januari 2017 (Sabtu) mencatat sejarah buat Mommy & family kerana berpeluang merasa perasaan seronok memiliki rumah sendiri. Rumah pertama kami. Alhamdulillah.. Syukur tak henti. Bila dah masuk tu, terus apply tips selepas dapat kunci rumah ni..

CABARAN

Buat permulaan tu ada la juga cabarannya. Booking rumah pada 13 September 2014 lagi. Pastu ada juga la dugaan beli rumah baru kan. Antaranya

1. Loan & insuran – ada sedikit masalah permulaan tu, here and there gitu.

2. Kiraan details dalam lawyer’s fee yang perlu diubah itu ini. Nasib baik ada pengalaman lama plus hasil tunjuk ajar kawan-kawan lawyer Mommy yang lain. Terharu sangat. Lawyer yang deal ni, Mommy nak tukar dulu. Tapi developer plak suruh tanggung kos yang ‘free’ kalau tukar lawyer. Dem!

3. Pending 1 tahun selepas sain Perjanjian Jual Beli . Masa tu ada masalah peralihan Menteri Besar Selangor dan semua tergendala sementara.

4. Doa termakbul selepas 1 tahun menunggu. Developer ni memang on time buat kerja. Permulaan progress payment bermula Mac 2016 sebagai bayaran pertama. Dan 6 bulan kemudian, kami dah kena bayar deposit air dan elektrik. Dugaan sangat nak menggali duit masa tu. Haha. Mujur Allah permudahkan.

5. Dah tiba masa untuk semua orang dah mula buat bayaran untuk VP pada Januari 2016 ni, tetiba Mommy dapat bill yang mengatakan ada Late Payment Interest (LPI) la pula. RM700+ gak tu. Mintak waive bla bla bla, dapat la RM200+. Lepas setel semua nanti, Mommy nak challenge balik la isu LPI ni.

Baca Juga :  PENYANYI ASAL GERUA & JANAM-JANAM [DILWALE] - ARIJIT SINGH

6. Actually ada rasa macam perasaan menyesal gak beli rumah sebab banyak kos terlibat. Tapi, baik menyesal tak beli dari menyesal beli kan? Moga dipermudahkan urusan. Siapa-siapa yang keluarkan duit epf untuk rumah tu, make sure guna untuk kemudahan masuk rumah ni. Tak la sesak sangat. Mommy pun guna epf je. Huhu.

DAPAT KUNCI

Appointment jam 1 petang. Tapi 1245 dah tercongok kat situ. Nampak tak teruja tu? Hahaha. Bukan apa, appointment melibatkan 10 penghuni sahaja setiap hari. Dan setiap penghuni kena on time sebab takut clash dengan time orang lain. Jadi, Mommy memang tak suka bab biarkan orang menunggu ke apa kan? Nervous lain macam. Itu yang tak bagi singgah makan dulu sebelum pergi. Hahahah.

MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..8

Tapi, disebabkan kami sampai awal, sempat la isi perut dulu. Hee. Kemudian, kami terus jumpa kontraktor/developer di bawah tu untuk collect keys. 1250 petang dapat dah. Hee. On time gitu. Deal dengan bukan melayu macam ni la. Kalau janji melayu, hmmm (ada kes). Hahahaha. Cakap general je ni, kang korang saman Mommy plak. Haha

MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..

Bilik ada 3. Toilet 2. Tak la besar sangat. Cukup la untuk kami 4 beranak. Inshaa Allah. Tapi, memang tinggi laa. Hahaha.

MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..1

Mula-mula gigil juga berdiri tepi balkoni. Mommy siap test kepala Ariq kat balkoni tu. Muat ke tak? Hahaha. Wey, risau kot. Dia memang tak muat, tapi takut silap haribulan, apa yang dia pegang, dia lempar ke luar tu ha. Dah la betul-betul mengadap jalan keluar rumah ni.

FACILITIES

Ini facilities yang Mommy dapat untuk rumah ni. Alhamdulillah.

MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..3

Anak-anak Mommy teruja dengan kolam renang. Tapi, percaya tak Mommy cakap, dorang teruja mandi sekali je. Lepas tu, bila nak ulang, dorang pastikan nak pakai baju kering je. Baru mau repeat mandi. Sejuk weh. Hahaha. Tingkat tu, angin kuat, pastu terlindung dari matahari. Memang sekejap je la.

MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..3

Bab gym, Mommy seronok on behalf daddy je. Harap dia lebih konsisten lepas ni. Swim pun dia nak jadikan rutin. Untungla boleh berenang. Mommy mampu berjalan dalam kolam je. Hahahaha..

Baca Juga :  DTOX CAR SERVICE : MAJOR CAR SERVICE DENGAN HARGA BERBALOI

Lain-lain facilities yang Mommy tengok, ada multipurpose hall yang sangat besar. Mungkin nanti boleh buat majlis kahwin anak. Haha..

PASANG LAMPU & KIPAS

Hari sama kami ambil kunci, kami terus ke CIMA Lighting kat Balakong tu. Plan asalnya nak ke Houses Lighting, Puchong sebab dengarnya murah berganda. Tapi, fikir dah kesuntukan masa, memandangkan kami dah nak pindah minggu depan, jadi shopping sini je lah.. Ahadnya (22 Januari 2017), terus upah technician untuk datang pasang.

MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..6

Sepatutnya tak boleh buat-buat kerja ni sampai lewat petang/malam. Tapi, sebab dah start pun petang, kena tabah la 3 kali guard datang. Hahahahaha… Nasib baik kerja siap.. 4 kipas, 11 lampu.. Fuh.. Itu pun sebenarnya ada lagi port yang kena pasang lampu, tapi kami belum beli. Tunggu lah kejap.

Next thing lepas ni ialah pasang grill dan sesi pindah randah. Moga semuanya berjalan lancar. Harap grill tu cantik seperti yang diminta. Nervous ni.. Inshaa Allah..

30 thoughts on “MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..

  1. Part balkoni mmg kepala x muat tapi anak pernah buang botol susu/mainan kebawah.. kena kereta orang kot.. lepas tu trus wrap balkoni tu dgn apa entah nama dia. sorry lupa..

    Sebab tu biasa beli rumah ni org ckp kena standby 20% sebenar nya. 10% depo + 10% extra fee/etc gitu. kalau nak selesa tapi ye la mana nak cekau kan..

    okay tak sabar juga nak merasa rumah baru sbb sebelum ni rumah subsale so plug letrik sume dah complete.. kena menabung dgn gigih la lps ni.

    Boleh usha sini laa untuk prepare new house pasni.. hehehhe… pls share more ye~~~

  2. Alhamdulillah, zaman sekarang bukan mudah nk dapat rumah. Kalau dh dpt,bersyukur. Ummi doakan Shehan dpt beli sebiji lagi 2018 alan datang. Amin

  3. Tahniah Shehan! Lawa rumah tu, banyak kemudahan tu best. Feeling dok rumah sendiri ni lain kan? Even kecil pun takpa, puas hati. Selamat deko deko rumah. Buat housewarming jemput ler aii hehehe

  4. tahniah yb…suka dengar….ingatlah selepas kabus berlalu pasti cerah kembali …..

    teringin gak nak beli rumah tapi memang belum mampu dari segi apa selalin dari mampu tengok dan mampu berangan ….soa2kanlah semoga satu hari nanti akak punya turn plak dapat beli kondo..eh eh

  5. Alhamdulilah shehan…barakaAllah…seronok baca celoteh shehan mengharungi liku-liku beli rumah…paling best part deko tu…cayalah…tahniah!

  6. Alhamdulillah, dah nak masuk rumah baru yer..memang teruja lah dah ada rumah sendiri..nak buat apa pun boleh…

  7. alhamdulillah… yeaayyy..! akhirnyaaaaaa.. hehehehehee.. tahniah YB, dah masuk rumah baru di tahun baru semangat baru dan insyaAllah bertambah rezeki baru lepas ni.. Aamiin.. 🙂

  8. Jangan sesekali menyesal membeli rumah. Rumah bukan liabiliti macam kereta. Memiliki rumah adalah satu daripada keperluan dan ia dituntut dalam Islam. 🙂
    – Makanan, Tempat Tinggal, Pakaian semua ini wajib bagi seorang umat Islam cari, dan memiliki sendiri … 🙂

    Tahniah sebab Shehan dah ada rumah sendiri.

  9. ya.. memang teruja masuk rumah sendiri..
    saya tunggu dari 2012, Alhamdulillah Ogos 2017 dah duduk..
    memang betul orang cakap penantian tu satu penyiksaan.. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!