Wed. Sep 18th, 2024

TETIBA ADA SEEKOR LAGI – WELCOME YUKI THE CAT!

TAMBAH KUCING PELIHARAAN | Orang kata, bila dah bela kucing, memang akan bertambah la bilangan kucing tu.

Ikutkan Mommy risau juga sebab bila bertambah kucing, maksudnya akan bertambahlah komitmen.

Dan perkara ni buat Mommy hold niat untuk bela lebih dari seekor. Kononnya nak Mya sebagai anak tunggal. Hehe.

Baca : Checklist barang kucing

Perkara ini berubah selepas Mommy bawa Mya ke vaksin semalam (27032022), untuk vaksin pertama. Mommy terkejut dengan sikap agresif Mya bila diberi ubat. Mommy selalu jer bagi supplemen, tetapi kenapa kali ini marah sanngat si Mya nih bila doktor pegang mulutnya.

Secara tiba-tiba Mya jadi garang dan anti-social! Menjerit sampai 1 klinik dengar. Haha. Adoila Mya.

Daddy yang kat luar bilik rawatan pun terkejut. Jadi, doktor pesan, carilah teman untuk Mya. Untuk diajar bersosial dan tidak terlalu garang nanti.

DITURUTI!!!

Tetiba macam trend tiktok pula kan? Haha. Petang tu juga Mommy try cari fb group yang menawarkan cat adoption secara percuma. Bila Mommy post ciri-ciri kucing yang Mommy nak, ada yang berfikiran kenapa nak pilih warna dan umur.

Hmm..

Macam mana ya nak cakap?

Mommy seorang yang memilih. Tak kisah la apa pun. Mesti nak yang cantik dan sedap mata memandang. Sebab bukan orang lain yang nak jaga, Mommy juga. Dan warna putih adalah pilihan Mommy sebab sebelum ini pun memang Mommy nak putih. Tapi, bengal yang Mommy dapat adalah grey. Bukannya benda boleh decide warna kan masa tu? Jadi, impian Mommy diteruskan dalam pencarian ini.

Dan dalam banyak-banyak post, ada Mommy ternampak gambar 4 ekor kucing. Salah satunya memang all white.

Dan kalau ikut gambar ni macam masih baby. Jadi Mommy tak fikir panjang la untuk pergi pick up walaupun rumah ownernya di Saujana Utama, Sg Buloh. Namun, owner ada inform umur 4-5 bulan, cuma Mommy yang tak pernah bela kucing, memang tak dapat nak agak la saiz macam mana. Dan ternyata bila sampai, memang agak besar dan tua dari Mya.

Cuma, risau juga masa tu dengan penerimaan Mya di rumah. Hmmm.. Namun, cinta pandang pertama itu benar. Mommy terpandang mata biru dan bulunya itu. Fuh..

Surprising this cat macam tahu orang nak ambil dia. Tenang je dia bila Mommy & Daddy cuba dukung. Dan bakal berpisah dengan 3 ekor adik beradiknya. Bye abang kakak adik.

Mommy dan Daddy berdua je masa datang pick up. Dan kami cuba mencari kedai pet terdekat masa tu untuk mandikan kucing ini terlebih dahulu sebelum balik rumah. Sampai ke TTDI mencari. Namun semua dah tutup. Sedih.

Jadi tawakkal saja bawa balik ke rumah. Lagipun, Mommy tengok kucing ini memang bersih walaupun stay dalam sangkar. Sebab tuannya selalu juga bawa keluar masuk rumah. Selalu groom. Alhamdulillah.

MYA HISSING!

Itu penerimaan pertama Mya lepas Daddy keluarkan dari carrier. ‘Immediate threat’ bagi seekor kucing bila mereka mula mendengus. Bezanya Mya tak sampai level memukul. Syukur juga sebab kucing baru ini terus cuba mendekati dan mencium Mya tanpa rasa nak gaduh. Hee.

Mungkin dalam masa yang sama, Mya tak sedap badan sebab demam kena cucuk. Baru nak bermanja sebab sakit, tetiba stress ada kawan baru dalam family ini.

Siang hari ni (280320220), Mya memang bawa diri gaiss.. Siap tidur depan toilet. Merajuk barangkali. Sedih hati Mommy. Demam dah tiada. Alhamdulillah.

WELCOME YUKI

Ingatkan mudah nak jadikan Yuki sebagai model kedua Mommy selepas Mya. Tidak ya! Pecah peluh dibuatnya. Sehingga akhirnya Mommy dapat tips yang dia suka batang pokok hahaa.

Mommy keep on doa yang mereka akan cepat berbaik dalam tempoh terdekat ini. Kalau tak, setiap masa tengok Mya garang. Ada sahabat Phopers inform suruh guna syampu yang sama untuk elak bau berbeza. Terus Mommy mandikan both of them hari ini.

Mudah sikit mandikan Yuki, mungkin sebab terbiasa dengan grooming. Tapi, Mya? Still nak lari. Hahaha.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!