Sun. Sep 28th, 2025
KAD GANJARAN WOW KAKATOO.8

Restoran Kakatoo Lancar Kad WOW | Mommy nak share pengalaman masa pergi ke Restoran Kakatoo sempena ulang tahun ke-12 baru-baru ini. Specialnya kali ni, mereka lancarkan Kad Ganjaran WOW (WOW Rewards Card) sekali dengan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama beberapa pihak strategik iaitu antara LJP Kitchen Sdn Bhd dengan MCI Capital Sdn Bhd, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad (KOSPETA) dan Koperasi Pekerja-Pekerja DBKL (KPPDBKL).

Mommy suka bila tengok restoran bukan sekadar celebrate ulang tahun, tapi siap fikir untuk bagi lebih value & penghargaan kepada pelanggan setia. Memang betul-betul WOW! Restoran Kakatoo pun memang terkenal dengan hidangan autentik Nyonya yang sentiasa dapat sambutan daripada pelanggan tempatan dan juga pelancong luar negara.

KAD GANJARAN WOW – RM100 DAPAT NILAI RM500

Inilah highlight utama hari tu. Bayangkan dengan RM100 sahaja, korang akan dapat:
✨ RM150 kredit tunai
✨ RM350 baucar makanan
➡️ Total RM500 nilai ganjaran!

Kad ni boleh digunakan di semua 13 cawangan Restoran Kakatoo sekitar Lembah Klang:

✨ Quill City Mall
✨ Sunway Pyramid
✨ IOI City Mall
✨ IOI Mall Puchong
✨ Berjaya Times Square
✨ Sungei Wang Plaza
✨ Aeon Maluri Cheras
✨ NU Empire Subang
✨ NU Sentral
✨ The Starling
✨ Tamarind Square
✨ Ativo Plaza

Yang lagi best, sebanyak 30,000 keping Kad Ganjaran WOW akan dikeluarkan untuk fasa pertama. So siapa cepat, dia dapat!

SIAPA BOLEH GUNA KAD INI?

Kad Ganjaran WOW ini bukan untuk pelanggan biasa sahaja. Ia turut ditawarkan kepada:

  • Ahli koperasi
  • Student IPTA/IPTS
  • Badan korporat
  • Orang awam

Malah, kad ni memang sesuai dijadikan hadiah penghargaan, bukan saja dari majikan kepada pekerja, tapi juga oleh badan berkanun, agensi kerajaan, persatuan, dan syarikat swasta. Senang cerita, kad ni bagi manfaat berganda untuk semua kategori pengguna.

MoU STRATEGIK – BESARKAN LAGI ARAH TUJU KAKATOO

Selain kerjasama dengan koperasi, MoU kali ini turut melibatkan institusi pengajian tinggi (IPTA/IPTS). Maksudnya, lagi ramai golongan muda & student akan dapat akses kepada manfaat kad ni.

Masa pelancaran tu, Mommy tengok sendiri majlis tandatangan MoU yang melibatkan:

  • Dato’ Cannis Chan (Pengarah Urusan MCI Capital)
  • Dato’ Dr. Adnan bin Mat (Pengerusi KOSPETA)
  • Mr. Subramani A/L Supiah (Pengerusi KPPDBKL – ada wakil)
  • Dato’ Paduka Seri Hasnizal Hj. Hassan sebagai saksi

Lagi menarik, diumumkan juga suntikan dana RM20 juta daripada MCI Capital untuk bantu kembangkan Restoran Kakatoo ke seluruh Malaysia. Lepas ni bukan orang KL je boleh merasa, orang luar KL pun bakal dapat nikmati signature dish Nyonya Kakatoo.

ROADSHOW KAD GANJARAN WOW

Kalau korang nak grab kad ni dengan lebih mudah, boleh terus ke roadshow Kakatoo. Selain kad, ada juga extra perks & surprises menanti.

Lokasi & Tarikh Roadshow:

  • 2–3 Sept: Quill City Mall (11am–4.30pm)
  • 4–5 Sept: Berjaya Times Square (11am–4.30pm)
  • 6–7 Sept: Sunway Pyramid (2pm–8pm)
  • 9–10 Sept: NU Sentral (11am–4.30pm)
  • 11–12 Sept: NU Empire (11am–4.30pm)
  • 13–14 Sept: IOI City Mall (2pm–8pm)

CARA DAPATKAN KAD GANJARAN WOW

Untuk pembelian pukal (badan berkanun, persatuan, pertubuhan, atau individu), korang boleh:
Layari laman web rasmi Restoran Kakatoo dan Laman Facebook Kakatoo Malaysia, atau terus ke restoran untuk elak penipuan.

PENDAPAT MOMMY

Mommy rasa pelancaran ni memang kena dengan nama dia – WOW. Dari harga kad, nilai yang ditawarkan, sampai strategi besar Kakatoo nak kembangkan restoran, semuanya nampak tersusun.

Dengan hanya RM100, korang boleh dapat nilai sehingga RM500 dan manfaat berganda. Bagi Mommy, kad ni memang sesuai kalau korang suka makan kat luar, nak berjimat tapi dalam masa sama nak rasa hidangan premium.

Jadi, kalau korang nak cuba Kad Ganjaran WOW, boleh terus pergi ke roadshow atau singgah di mana-mana cawangan Kakatoo. Mommy confirm korang pun akan kata “WOW!” bila dah guna kad ni.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!