Tue. Dec 3rd, 2024

PENGURUSAN MASA aka TIME MANAGEMENT

Assalamualaikum.

Bukan seorang yang tanya. Ramai. Hahaha.

How do u manage ur time?

WORKING
CHILDREN
FAMILY
COOKING
FACEBOOKING
BLOGGING
BUSINESS
Ini memang SANGAT MOMMY lah!!

Well.. Mommy rasa, semua mak2 dalam dunia nih memang dikurniakan kehebatan multitasking bukan?

Dalam sesuatu perkara, mak2 boleh berfikir lebih dari satu perkara, kan?
Kadang2 tu, tengah kemas dapur, pegi jap masuk bilik tido, sempat kemas2 pampers2 anak dulu dlm storage yang pagi2 td lupa nak susun. Haa.. Err.. Tu cm OCD jer. Hahaha.

ok. 1st of all, nak cte pasal mommy masa kat opis. Mommy punya kerja memang ada To-Do-List. Sebab Mommy pelupa. Hiii. Either save at phone, atau my Planner book.

So setiap minggu, Mommy senang list out kat boss keja2 Mommy yang dah buat & KIV gtu. Our boss pun memang nak weekly report. So selalunya Mommy plan ahead kerja2 Mommy. So far, kerja2 memang siap la tiap kali bos mintak. Insya Allah. Hiii

Keluarga. Ini memang gaban la busy kat rumah kan? Mommy anak 2 pun tunggang langgang. Letih x yah cakap. Tunggu letak kepala je kat bantal.. Sure siap leleh air liur dah. Miahahahah. Letih wei. Balik kerja, setel bab umah plak. Anak makan, anak berak, anak kencing kat toilet, anak baling buku2, anak sepah2 toys, anak tarik tali vacuum, anak masuk celah peti ais, anak gi ketuk2 belakang tv. Mak nak pitam! Hahaha. X masuk lagi nak mengempeng (menyusu badan). Sorang tengah menyusu, sorang lagi mintak nak makan. Kadang2 kita tengah makan, “Mommy..kakak nak susu boleh tak??” Nak on da spot. So, terbantut nak makan pun. Handphone kadang2 tu memang x dan tengok. So, nak tengok samada masa makan, masa mnyusukan anak atau masa dok dlm kereta time keluar. Tu kalau anak2 x mintak phone la. Hiii. Kadang2 wish nak jadi stay-at-home-mom. Aiyakkk.. Lagi manyak letih woooooo. Pagi smpai malam hadap dorang. Masak, kemas rumah, bagi makan, bagi mandi. Erk.. Pastu boring. Rasa nak keluar. Keluar gi makan roti canai pun jadi lah.. Huuuu. Hmm.. Memang x ssuai jd SAHM kot.

and the list goes on…

 never stop..

Masak. Ini masa mood rajin sahaja. Haha. Dulu anak start makan solid, excitednya melampau sket. Segala gadget nak kena ada. Haha. Semua2 tu telah buatkan Mommy rajin create page yang diberi nama Homemade Food For HDAE. Sampai sekaranglah Mommy manage this page. Masakan family sebenarnya Daddy yang lagi rajin. Maknye kalau masak cari yg simple abeh. Mak masak utk anak2 je. Hikhik. Xde mood btul. Kena ada dapo bes sket kot baru mood nak datang. Hahaha. Tunggu 2 tahun lagi.

 Social media.
Ada FB. Blog. Business lagi.

FB Pages

Bab Blog > Mommy’s Diary of Life
Bab Masak2 > Homemade Food For HDAE
Bab Business Supplement > VCO Catalyst
Bab Business Hiasan Rumah > Folk Art & Decoupage
Jom masak-masak dengan Mama > Ini Mama Mentua Mommy!
Page anak > HD
Jadi admin group lain:
Solid Food for My Baby 🙂
Semua ni bukannya dibuat sekaligus. Kalau nampak banyak tu, memang la banyak. Tapi, dibuat seloww-seloww gitu. So, now cuma tugas maintain jer. Hihi. Bila ada masa.
Blog
Ni dok tulis2 nih bila ada Idea datang. Kadang2, rujuk gambar kt fon dlu. Pastu draft dlu. Tapi, jarang la draft. Taip cepat2 jer.

Business
Ada je create IG untuk business2 Mommy, tapi ya rabbi malasnya nak ltk pic dlm IG. Last2 update dlm FB page je lah. Bisnes yang cakap tadi lah.

Bab Business Supplement > VCO Catalyst
Bab Business Hiasan Rumah > Folk Art & Decoupage
Support Mommy tau!! Please. Mommy tengah gigih kumpul duit untuk anak2. Huuu.
Yuran tadika mahal. Hiii

Pastu, mak2 dalam group Telegram la yang tanya. hahahaha. Yup. Mommy ada group Telegram gak. Utk HDAE punya page. Camne la Mommy manage time. Ermm. Susah nak jawab sebab semua tu kerja maintain sahaja. Buatnya satu persatu dan bukan sekaligus. Untuk page2 & group lah. Untuk keluarga tu, semua orang saya yakin dah terer manage diri kan? U as mother, memang Allah kurniakan skill multitask itu!

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!