TAHNIAH PU SYED JUARA PENCETUS UMMAH
Malam tadi merupakan episod akhir Pencetus Ummah di mana 4 peserta akhir masing-masing sangat hebat dan bersemangat dalam persembahan mereka. Serius. Mommy seronok sangat bila dengar, sedih ada, tergelak-gelak ada, kagum ada. Ya Allah. Hebat-hebat betul anak2 muda ini.
BIODATA PU SYED

PU Syed
Nama: Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak
Asal: Kuantan,Pahang
Umur: 33 tahun
Guru dari Kuantan itu berjaya mengenepikan tiga peserta lain iaitu PU Taha, PU Zaid dan PU Amin. Sepanjang rancangan Pencetus Ummah ini juga, Mommy dengar beliau telah 5 kali menerima hadiah khas Pencetus Ummah Pilihan Sinar hasil dari undian pendengar sinar fm. Fuh. Hebatnya.

Sebagai juara Pencetus Ummah, PU Syed menerima wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh mudir Pencetus Ummah Musim ketiga, Ustaz Kazim Elias dan Fuad Mat Ali, Pengurus Saluran Astro Oasis.
Mimbar Akhir Pencetus Ummah yang disiarkan secara langsung di Astro Oasis dan dihoskan oleh Ustaz Haji Zulkifli Hamat dan Shamsul Ghau Ghau. Terbaik!!
Tahniah lagi sekali. Teruskan dakwahmu.
Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Tahniah PU syed
Alhamdulillah..
alhamdulillah terima kasih puan.. ( pu syed)
Alhamdulillah. Tahniah PU. Terima kasih sudi jejak blog saya..