Kelebihan hampas kopi ini sebenarnya banyak tau. Lepas minum kopi kat rumah tu, jangan buang hampas kopi tu. Sayang! Jom Mommy kongsikan dengan korang manfaat dan kelebihan hampas kopi yang mungkin menjimatkan kos kita.
Mommy memang suka minum kopi, sebelum ini memang jenis instant sahaja, kini dah mula belajar guna mesin kopi. Masih terkial-kial nak buat latte art. Haha.

KELEBIHAN HAMPAS KOPI YANG KITA BOLEH CUBA LEPAS INI
Jasi, mulai hari ini, selepas minum kopi tu, bolehlah simpan hampas kopi tu untuk kegunaan seperti di bawah.
1. HILANGKAN BAU DI DALAM PETI SEJUK
Semua maklum peti sejuk ini kadang-kadang mempunyai bau kerana kita simpan pelbagai makanan di dalamnya.
Jadi, hampas kopi boleh digunakan untuk meneutralkan sebarang bau busuk di dalam peti.
2. MASALAH SINKI BERBAU
Kadang-kadang, ada satu bau yang datang dari saluran sinki. Annoying kan?
Di sini, hampas atau serbuk kopi boleh digunakan dengan cara menuangkannya ke dalam saluran sinki tersebut. Kemudian, jirus air panas ke dalamnya.
3. BAU HAMIS PADA TANGAN
Selesai siang ikan, ayam dan sebarang bahan mentah, pasti akan meninggalkan bau hamis pada tangan.
Macam mana nak hilangkan bau hamis di tangan itu? Mudah jer. Cuma gosokkan hampas kopi di tangan sebelum cuci dengan sabun.

4. KILATKAN KUALI DENGAN HAMPAS KOPI
Ini penemuan yang agak unik pada Mommy. Kuali yang sukar dibersihkan, boleh diselesaikan dengan cara menggosoknya dengan hampas kopi.
Tempekkan sedikit hampas kopi pada kawasan yang sukar dibersihkan, kemudian biar seketika. Sental seperti biasa menggunakan sabun sehingga bersih.
Wah.. tak sangka ini pun salah satu kelebihan hampas kopi kan?
5. BERSIHKAN MINYAK PADA TANGAN
Ketika memasak atau selesai mencuci pinggan mangkuk, tangan kita pasti melekit dengan minyak.
Cara termudah untuk memecahkan lemak minyak yang melekit di tangan adalah dengan cara menggosok-gosok hampas kopi. Ini pasti akan membersihkan tangan kita.
6. PEWANGI RUMAH
Dulu, Mommy menggunakan pewangi D*X* yang berbau kopi untuk mewangikan rumah. Namun, pewangi ini memang cepat habis.
Jadi, jika ingin jimat, cuma letakkan serbuk kopi di dalam satu bekas, dan biarkan ia di kawasan dapur dan ruang tamu.
By the way, lately Mommy dah tak mampu nak tahan bau serbuk kopi. Nasib baik masih boleh minum kopi. Huhu.
7. BAJA TANAMAN
Ini pun dikira jimat kos. Hampas kopi boleh digunakan sebagai baja tanaman kerana ia mempunyai nutrisi seperti kalsium, nitrogen dan kromium.
8. PERABOT KAYU SEPERTI BAHARU
Kelebihan hampas kopi yang lain adalah untuk kembalikan kecantikan perabot kayu yang kelihatan kusam.
Cuma gosok hampas kopi di permukaan perabot dengan lembut dan lap semula menggunakan kain lembap. Ia juga boleh hilangkan kesan calar pada kayu.
Banyak kan kelebihan hampas kopi ini. Jadi, jangan terus buang ye selepas ini. Memang jimat!
Mommy pun dah start kumpul hampas kopi selepas selesai menggunakan mesin kopi Petrus yang Mommy beli kat Shopee. Hihi.
betul ke ni? boleh try buat..
sy slalu buat untuk dalam sinki tu..
menarik. apapun i’m coffee lover ..bestnya bau cofee.
perkongsian bermanfaat ni.. dari buang syg… tq sharing..