Unboxing Petrus PE3606 | Mommy sebenarnya dah setahun lebih aim mesin kopi. Sejak dah complete dapur impian. Dan bila Mommy buat research deco coffee station, Mommy dah pasang angan-angan nak tema macam mana.
Semestinya tak lari dari warna cerah. Sepanjang Mommy survey, Mommy ada aim 1 jenis ni. Sangat vintage style. Tapi bila tengok harga, telan air liur je mampu.

Lawa kan?
Sejenis Mommy, bila dah berkenan tu, memang habis semua channel Mommy buat research. Youtube, Shopee, Lazada.
Susahnyaa! Nak jumpa yang betul-betul Mommy minat dan harga yang mampu milik.
Bila dah berkenan, mahal sangat pula. Haduih.
Nak cantik, tapi nak murah! Bukan kedekut, tapi kita kena lah bijak! Haha.
AKHIRNYAA..
Cari lagi yang ala-ala vintage, akhirnya Mommy jumpa juga Coffee Machine brand Petrus.
6.6 menjadi punca. Harga jadi lebih murah dari dalam cart. Sampai jam 1.30 pagi, Mommy masih berbelah bahagi nak beli atau tidak.
Akhirnya Daddy bersuara! Beli je lah!
Haaa terus! Ekekeke. Nak approval ke camna nih? Sebab asyik fikir fikir fikir, bila nak beli nya? Bila dah Daddy cakap macam tu, terus jadi malas fikir banyak dah!
Teruja betul!

Sengaja Mommy tutup harga sebab nak suruh korang search sendiri. Haha. Harga dah naik beb! Tapi mereka ada voucher diskaun tu. Jangan lupa untuk guna.
UNBOXING PETRUS PE3606
Selepas 8 hari bersabar, akhirnya parcel tiba.
Mommy dah sengih sampai telinga dah. Daddy geleng-geleng je kepala dengan perangai wife dia nih.
Terus plan unboxing video.
Happy teruk gaiss! Impian sekian lama jadi kenyataan!
Mommy minat kopi ke? Tak! Tak minat pun. Yang minum setiap pagi tu, terpaksa jer. Setiap pagi tu wajib minum tu memang terpaksa lah minum kopi!
Duh.. sebab minat la beli. Dan ini pula benda yang dah lama teringin.
Bezanya kopi Mommy tu, tidaklah seperti kopi di kedai-kedai femes luar sana. Janji kopi kan?
Benda boleh belajar.

COFFEE STATION
Mommy just letak sahaja dahulu di meja Ikea ini. Akhirnya berguna juga meja ini. Almost nak letgo tau. Haha.





Lepas ni boleh la susun atur betul-betul ikut tema yang Mommy rancang.
Kopi, Daddy dah tolong beli dah hari ni. Jadi, malam ni boleh la belajar guna. Nanti lah Mommy review. Nama pun baru nak berjinak-jinak. Haha.
cantiknya…betul2 vintage tu. best la ada mesin kopi sendiri
racun-racun… kena beli ni, macam barang baik punya, kena ada setiap rumah
Berbaloi beli ni kalau memang Coffee Lover – setip hari minum kopi. kalau tak minum kopi selalu, better beli je kopi kat luar. hhihi.
Btw, your coffee maker is really nice. Awesome!