Thu. Sep 19th, 2024

DAMAILAH DI SANA ADIKKU

“Aku la adik” – aku

“Hang kakcik, aku adik” – dia

Beza umur kami 8 tahun. Bergaduh tu sokmo dah.

Dia paling segak kalau bab kening dengan bulu mata. Lentik bulu mata tu kalah aku. Cisss!

Sentiasa pentingkan gaya. Fesyen serah kat dia. Segak sokmo lah. Perut tak pernah buncit.

Dari kecil, panggilan kami kepadanya adalah Doraemon. Sebab bulat comel macam Doraemon.

Nama tu melekat even di senarai nombor telefon bimbit.

Adik,

Pemergian adik sangat mengejut. Sangat! Sampai hari ini Kakcik rasa macam mimpi.

Allahuakbar!!

It’s ok dik.

Rehatlah. Dah lama adik kerja kuat.

Semua dah redha.

Mudah sangat urusan pengebumian adik. Cuaca pun cantik. Alhamdulillah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Al- Fatihah buat adik lelakiku, satu-satunya adik yang saya ada. Rehatlah dik. Allahuakbar.

(17.5.1992 – 17.8.2021)

Post ini bukan post ratapan.

Simpan buat kenangan.

Adik tahu tak, kakcik suruh semua orang sabar. Jangan nangis. Tapi, kakcik yang tak ikut arahan tu.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “DAMAILAH DI SANA ADIKKU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!