Jadi suri rumah memang penat. Setiap pagi macam lari marathon – bangun, kemas, urus anak, suami tanya mana stokin, baju belum lipat tapi dah masuk waktu nak masak tengah hari. Eh bab masak ni kadang Mommy skip. Kadang jer Mommy masak sebab dah boring makan luar. Itupun goreng telur ahhaha.

Tapi… ada satu gaya hidup yang Mommy baru-baru ni jumpa, nama dia “soft life”. Bukan untuk orang kaya sahaja. Ia untuk semua yang nak hidup lebih tenang, lembut, tak terburu-buru. Dan ya, suri rumah macam Mommy pun boleh nikmati hidup macam ni.
7 CARA ‘SOFT LIFE’ UNTUK SURI RUMAH
Jom Mommy kongsikan 7 cara simple yang Mommy sendiri cuba untuk hidup dengan lebih ‘lembut’.
1. Mulakan pagi dengan 10 minit untuk diri sendiri
Sebelum anak-anak bangun, Mommy akan bangun lebih awal sikit. Duduk di dapur dengan secawan air supplemen prebiotik, walaupun cuma 10 minit, tapi ia bagi Mommy tenaga mental untuk hadapi sehari.
Tip Mommy: Jangan terus capai telefon. Tarik nafas, tengok langit, ucap “Alhamdulillah”.
2. Buat rutin skincare simple, tapi konsisten
Walaupun Mommy di rumah je, rutin pagi dan malam tu jadi “me-time” Mommy. Cuma cuci muka, toner/lotion, moisturizer dan sunscreen dah cukup. Sapu sambil senyum depan cermin, rasa macam diraikan diri sendiri.
Contoh rutin Mommy:
– Cuci muka (pakai yang gentle je) – Hada Labo (merah untuk aging)
– Pakai toner/ lotion yang sejuk – Hada Labo
– Moisturizer – Hada Labo
– Sunscreen, wajib walaupun kat rumah – Beauty of Joseun
3. Guna jadual kemas rumah supaya tak penat setiap hari
Mommy pernah stress sebab rasa macam kena buat semua sekaligus – mop, lipat baju, kemas dapur, vacuum. Lenguh giler badan jadinya. Tapi bila buat jadual simple, hidup jadi lebih teratur.
Jadual Mommy:
– Isnin: Kemas ruang tamu
– Selasa: Urus baju (lipat)
– Rabu: Cuti kemas (me-time!)
– Khamis: Kemas dapur
– Jumaat: Bilik anak
– Sabtu/Ahad: Lepak dengan family
4. Rehat itu bukan malas, itu pelaburan emosi
Ada hari Mommy baring sekejap lepas lipat baju. Tutup mata 15 minit. Bukan tidur pun, tapi tenangkan diri. Tak perlu rasa bersalah.
Mommy selalu ingat: “Kalau bateri kita kosong, macam mana nak cas orang lain?”
5. Cari hobi mini yang boleh buat masa anak tidur
Masa anak nap / buat hal sendiri, Mommy suka buat product shoot atau edit video unboxing. Rasa puas hati bila ada sesuatu yang “Mommy punya”, bukan untuk orang lain.
Contoh hobi mudah:
– Tanam pokok dalam pasu. Mommy bela kaktus. Confirm tak mati hehe.
6. Buang barang yang tak perlu, buang rasa serabut
Rumah penuh barang, hati rasa berat. Mommy belajar setiap hari buang satu benda – stokin lama, mainan rosak, tupperware tak ada penutup.
Bila visual tenang, otak pun tak berkejar sangat.
7. Raikan kemenangan kecil hari-hari
Hari ni anak tidur awal, Mommy sempat mandi lama. Atau Mommy berjaya jalani aktiviti harian tanpa marah-marah. Itu semua ‘small wins’! Mommy tulis satu dua benda dalam nota phone, dan baca balik bila rasa sedih. Trust me, ia bantu pulihkan semangat.
Jadi suri rumah memang mencabar, tapi Mommy tak perlu suffer hari-hari. Hidup lebih lembut, lebih tenang, dan penuh sayang untuk diri sendiri bukan satu kemewahan – itu satu keperluan. Mommy layak rasa bahagia, walaupun dalam baju tidur dan dapur tengah berselerak.