Mommy nak cerita pengalaman Mommy yang sangat-sangat best baru-baru ni. Mommy join satu workshop kecantikan eksklusif, Art of Beauty Workshop powered by Shiseido dekat Glam Beautique AEON Mid Valley. Jujur Mommy cakap, walaupun workshop ni 3 jam je, rasa macam seharian sebab seronok sangat! Betul² “Me Time” lah kata orang.

Workshop ni dikendalikan oleh Mr Alan Lim, Shiseido Malaysia’s Education Manager, makeup artist yang bukan saja berpengalaman, tapi sangat humble dan sabar layan semua soalan kami. Mommy suka bila ada orang yang bukan sekadar ajar, tapi buat kita rasa yakin untuk cuba. Dress code kami masa tu adalah Red, Black & White.

APA ITU GLAM BEAUTIQUE AEON?
Kalau korang belum pernah masuk Glam Beautique, meh Mommy explain sikit. Glam Beautique ni ialah department kecantikan yang terletak di AEON terpilih. Antara outlet yang ada Glam Beautique ni ialah:
- AEON Mid Valley
- AEON Bukit Tinggi
- AEON IOI City Mall, Putrajaya
Ya. 3 Aeon tu sahaja buat masa sekarang. Ahh, senang sebab AEON IOI City Mall tu dekat dengan Mommy!! Tempat ni memang cantik dan elegan. Ada ruang interaktif untuk kita cuba produk, ada promosi eksklusif dan paling penting, staff dia semua friendly gila!
KENAPA MOMMY SUKA GLAM BEAUTIQUE?

- Pilihan Produk Yang Luas – Dari skincare, makeup, haircare sampai ke perfume. Ada jenama tempatan & antarabangsa.
- Layanan Personal – Bila masuk je, staff akan layan kita dengan penuh perhatian. Siap suggest produk ikut jenis kulit kita.
- Promosi Menarik & Produk Eksklusif – Banyak produk limited edition & value set yang hanya ada dekat sini.
- Ruang Cantik & Selesa – Mommy suka vibe dia. Tenang & classy.
Dan kalau korang ahli AEON, lagi best sebab dapat point & rewards tambahan.
MOMMY BUAT APA MASA WORKSHOP DI GLAM BEAUTIQUE?
Okay back to workshop! Mommy sampai tepat jam 1.30 petang dan terus disambut dengan senyuman manis dari team AEON & Shiseido. Ruang workshop dia dihias cantik dan of course ada goodie bag.

Mula-mula kami diberi cleansing water sebab Mommy datang dengan makeup on. Then, kami diajar step-by-step cara penjagaan kulit ikut urutan yang betul.
Oh sungguh janggal rasanya bila datang bermakeup, tetiba kena buang di tengah² mall. Tapi kita terima cabaran itu. Lagipun mekap Mommy bukan tebal pun hahaha.


Antara produk yang Mommy guna masa tu:

1. Shiseido Refreshing Cleansing Water
Disebabkan Mommy datang dengan makeup, ini benda pertama yang Mommy pakai masa cleansing step. Teksturnya ringan macam air, tapi bersih betul – hilang semua makeup termasuk foundation dan lipstick. Tak pedih mata langsung dan tak buat kulit rasa tegang. Sesuai sangat kalau nak cepat tapi masih nak kulit bersih.

2. Shiseido Eudermine Activating Essence
Lepas cuci muka, Mommy guna essence ni — dia cair macam toner tapi power! Bila sapu dekat muka, terus rasa kulit lembap dan segar. Mommy rasa essence ni bantu produk lain serap dengan lebih baik. Bonus: bau dia calming sangat.

3. Shiseido Ultimune Power Infusing Serum (NEW)
Ini yang viral tu — versi baru tau! Mommy memang pernah dengar nama serum ni tapi bila try sendiri baru faham kenapa ramai suka. Rasa kulit “kenyang” lepas sapu, licin dan glowing. Mommy paling suka sebab dia serap cepat, tak melekit. Dan Mommy gabungkan dengan foundation untuk efek ‘rahsia’.

4. Shiseido Vital Perfection Uplifting and Firming Eye Cream
Eye cream ni ringan tapi sangat moisturizing. Mommy dap-dap bawah mata, terus nampak cerah sikit. Tak panas, tak pedih, dan sesuai untuk Mommy yang selalu kurang tidur.

5. Shiseido Vital Perfection LiftDefine Radiance Serum
Ni serum anti-aging untuk firm dan lift muka. Mommy pakai dekat kawasan pipi dan jawline — wow, dia rasa macam ada ‘grip’ lembut lepas sapu. Mommy tak expect, tapi kulit terus rasa lebih kemas. Best gila tekstur dia!

6. Shiseido Vital Perfection Uplifting And Firming Advanced Cream Soft
Sebagai moisturiser, ini memang juara. Mommy pakai lepas serum, dan kulit jadi super lembut & lembap. Rasa dia macam peluk kulit dari luar, lepas tu ada finish yang tak terlalu dewy. Kalau Mommy nak pakai siang pun tak risau sebab dia tak berat.
7. Shiseido Perfect Sun Protector Lotion SPF 50+
Wajib pakai sunscreen! Yang ni Mommy suka sebab dia ringan, tak tinggalkan white cast, dan boleh blend dengan makeup tanpa ‘beratkan’ muka. Mommy rasa sesuai sangat untuk pakai harian.

8. Shiseido Revitalessence Skin Glow Foundation (code 320 Pine)
Ni foundation yang Mommy rasa jatuh cinta pandang pertama. Bila sapu, terus nampak kulit sihat, glowing dan sekata. Coverage dia natural tapi boleh build up. Mommy pakai satu layer je pun dah cukup. Rasa dia selesa sangat, macam tak pakai foundation pun ada! Gabung dengan Ultimune Power Infusing Serum untuk gloss skin effect.

9. Shiseido TechnoSatin Gel Lipstick (code 409 Harmonic Drive)
Lipstick ni memang cun. Warna 409 Harmonic Drive tu jenis natural tapi ada statement sikit. Dia satin finish – jadi bibir nampak penuh dan lembap. Mommy makan pun warna masih ada. Best gila tekstur dia, tak kering langsung. Warna dia soft pink yang sesuai sangat untuk daily look.

Mr Alan tunjuk cara apply makeup yang sesuai dengan bentuk muka dan jenis kulit. Mommy sendiri memang banyak belajar teknik baru. Tak sangka boleh nampak natural tapi still glowing gitu!

Dan akhir majlis, pemenang Glam Beauty diumumkan. Pemenangnya adalah Ayue. Hadiah dia awesome. Bertuah betul.

AEON GLAM BEAUTIQUE ADA BEAUTY REWARDS
Sempena event ni (13–15 Jun), AEON bagi:
- RM30 AEON Voucher bila belanja RM350 di Glam Beautique atau beauty department
- Peluang join workshop macam Mommy buat ni
So kalau korang nak shopping skincare & makeup sambil dapat rewards, ini waktu paling sesuai!

Mommy sangat recommend korang singgah Glam Beautique, especially kalau tengah cari produk yang sesuai untuk kulit. Bukan je boleh try dulu, tapi dapat konsultasi sekali. Mommy suka bila rasa yakin dengan produk sebelum beli.
“Kita semua layak rasa cantik – bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.”

JOM PERGI GLAM BEAUTIQUE
- AEON Mid Valley | AEON Bukit Tinggi | AEON IOI City Mall
- Website : www.aeonretail.com.my/glam-beautique
- Follow @aeonretailmalaysia di FB, IG, TikTok & X
Kalau korang nak Mommy buat review penuh pasal mana-mana produk tadi, komen je okay! Mommy suka berkongsi bila benda tu betul-betul bagi hasil.
Sampai sini dulu sharing Mommy. Harap bermanfaat & menginspirasikan!