Tue. Jul 15th, 2025

AEON MALL SUPERMAN 2025 : 1,007 PESERTA CIPTA REKOD MALAYSIAN BOOK OF RECORDS

Mommy nak mulakan entri kali ni dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada AEON Mall Bukit Indah, Johor kerana berjaya mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records (MBOR). Pada 12 Julai 2025 lalu, AEON Mall telah dibanjiri dengan 1,007 peserta berpakaian Superman, menjadikan ia sebagai “MOST PARTICIPANTS WEARING SUPERMAN COSTUME IN A GATHERING” dalam sejarah Malaysia!

Suasana waktu tu memang gempak habis, penuh warna biru-merah, jubah berkibar, kanak-kanak dan dewasa semua sporting bergaya ala Superman.

Rasa macam berada dalam dunia komik! Satu pengalaman luar biasa yang bukan saja menghiburkan, tapi juga membanggakan.

SUPERMAN POP-UP STORE ROADSHOW

Pengalaman Superman tak habis kat situ je. Sepanjang bulan Julai & Ogos ni, AEON Mall ada 1st-ever Superman Pop-Up Store Roadshow yang penuh dengan aktiviti, jualan eksklusif dan tempat bergambar cantik!

Lokasi & Tarikh:

* AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan (Selangor): 1 – 13 Julai
* AEON Mall Nilai (Negeri Sembilan) & Kulaijaya (Johor): 15 – 27 Julai
* AEON Mall Bukit Mertajam (Penang): 29 Julai – 10 Ogos
* AEON Mall Taman Maluri (KL) & Tebrau City (Johor): 29 Julai – 17 Ogos

Mommy suggest bawa anak-anak sebab banyak spot menarik nak bergambar dengan tema Superman!

SUPERMAN PARADE – HEROES ON THE MOVE!

Kalau korang ke mall pada tarikh-tarikh terpilih ni, jangan terlepas Superman Parade — ada flash mob, muzik live dan aktiviti meriah seisi keluarga!

Lokasi & Tarikh Parade:

* AEON Mall Bukit Indah – 12 Julai
* AEON Mall Kulaijaya – 19 Julai
* AEON Mall Cheras Selatan – 27 Julai
* AEON Mall Tebrau City – 2 Ogos
* AEON Mall Taman Maluri – 17 Ogos

SHOP & REDEEM – BELI & TEBUS BARANGAN EKSKLUSIF!

Nak hadiah limited edition Superman? Belanja dan tebus segera!

Superman Blind Box Flask

* RM800 (Bukan Ahli AEON)
* RM400 (Ahli AEON)

*Tidak termasuk di: AEON Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang & Melaka Shopping Center.*

Superman Pet Cape

* RM600 (Bukan Ahli AEON)
* RM400 (Ahli AEON)

*Gabungan TIGA resit dari penyewa AEON Mall termasuk AEON Retail, dalam hari yang sama.

KIRA & MENANG – THE SUPERMAN CHALLENGE

Nak cabaran simple tapi best? Join Superman Challenge — kira logo Superman dalam AEON Mall dan rebut hadiah!

Hadiah:

* Barangan Eksklusif Superman
* Nilai keseluruhan hadiah: RM5,000
* 10 pemenang bertuah akan diumumkan!

AKTIVITI LAIN YANG WAJIB SINGGAH

• Superman Photo Zones

• Ruang Aktiviti Kanak-Kanak

• Peraduan Khas di Media Sosial bersama Samsung:

Beli mana-mana TV Samsung di AEON MALL. Muat naik gaya Superman terbaik anda dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup. Menangi Samsung Music Frames bernilai RM1,999 untuk 6 pemenang bertuah.

Mommy sangat impressed dengan usaha AEON Mall membawa pengalaman Superman yang penuh semangat dan menyeronokkan untuk semua. Dari mencipta rekod MBOR, ke aktiviti menarik, semuanya tersusun dan penuh vibes heroic.

Jangan lupa bawa anak-anak & rakan-rakan ke AEON Mall terdekat untuk rasai sendiri kemeriahan ni!

Maklumat lanjut:
www.aeonmallmy.com
Instagram: @aeonmallmalaysia

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!