BELI KELENGKAPAN SEKOLAH DI HARI-HARI – BAJU SEKOLAH MENENGAH UNTUK HANNAH | Cari baju sekolah menengah? Ya.. Mommy la tu! Setiap tahun, Mommy akan pilih untuk shopping di Hari-Hari dalam menyediakan kelengkapan sekolah. Tahun ini, Hannah akan masuk sekolah menengah, dan Ariq pula darjah 5. Cepat betul masa berlalu.
BACA : Kembali ke Sekolah 2022
CHECKLIST KELENGKAPAN SEKOLAH
Sebelum tu Mommy nak kongsi checklist kelengkapan sekolah yang patut anda beli untuk anak-anak. Ada yang anda boleh dapatkan di Hari-Hari dan ada yang boleh dibeli di sekolah masing-masing. Kalau ada tambahan lagi, boleh dibeli kemudian.
1. PAKAIAN SEKOLAH / UNIFORM SEKOLAH
Mommy siapkan 2 pasang sahaja setiap seorang disebabkan anak-anak Mommy cepat betul tinggi. Risau semua baju senteng. Ye, anak-anak cepat membesar tau. Jadi, jangan terlalu banyak beli untuk uniform sekolah. 3 pasang pun just nice. Tidak lah terkejar nak membasuh.
Kadang-kadang jadual sekolah ada pendidikan jasmani. Tak perlu pakai pakaian sekolah. Sempat la nak membasuh kan?
Brand pilihan : Jony & Jeny dan No Problem sebab Mommy suka kain jenis licin dan biru nila. Senang nak iron dan tidak cepat nampak kusam. Seluar sekolah pun Jony & Jeny.
2. TUDUNG DAN ANAK TUDUNG
Senang bila datang ke Hari-Hari sebab inilah. Semuanya di bawah satu bumbung. Tudung pun mudah dicari di sini. Cuma tudung sekolah menengah berlainan dari sekolah rendah. Mommy perlu pilih jenis dua lapis. Cuma kali ini Mommy belum beli lagi. Tunggu dekat-dekat nak sekolah, mungkin ada banyak choice saiz.
Untuk anak tudung, Mommy prefer jenis snow cap sebab senang pakai dan terletak. Mujurlah anak-anak Mommy belum level rigid lagi dalam pemilihan barang sekolah ini. Redha je Mommy pilih jenis apa pun. Hehehe.. Tapi jangan risau la, Mommy mesti pilih yang terbaik buat anak-anak Mommy.
3. KASUT SEKOLAH DAN STOKIN
Mommy beli sorang sepasang dahulu sebab risau betul kaki cepat panjang. Ariq pun dah paras bahu Mommy. Hannah pun kemain tingginya. Risau kaki panjang cepat pula. Kriteria utama ialah ringan. Jangan lupa tulis nama anak di atas tapak bahagian dalam dan juga bahagian tapak luar.
4. BAJU DAN SELUAR SUKAN
Kadang-kadang seluar sukan habis stok cepat di koperasi sekolah. Jadi, boleh lah beli sehelai dahulu seluar track di Hari-Hari sebagai persediaan jika perlu.
5. ALAT TULIS
Bab ni, kalau anak tahap 1, memang wajib buat stok. Sekarang ni, anak-anak Mommy dah pandai jaga barang, jadi tak perlu lah nak sediakan banyak sangat.
Semua ada di sini, jadi anda boleh je beli dari senarai berikut :
- pensil
- pemadam
- pembaris
- pengasah pensil
- pensil warna
- gam
- gunting
- pembalut buku tulis & buku teks
6. BEG SEKOLAH
Ada pelbagai jenis beg yang anda boleh pilih di sini. Beg plain, beg bercorak, beg kartun dan macam-macam lagi. TETAPI untuk sekolah menengah, Mommy biarkan Hannah sendiri tentukan pilihan dia. Itu pun dah rambang mata. Akhirnya dia tak beli juga sebab tak dapat decide. Mujurlah Hari-hari dekat jer. Nanti datang semula.
Baca : Beza Pra Sekolah, Tabika, Kemas
7. BUKU TULIS
Buku tulis biasanya Mommy beli di sekolah sebab ada cop sekolah.
8. BOTOL AIR & LUNCH BOX
Anak-anak Mommy memang dibekalkan dengan sebotol air setiap hari. Jadi, botol air ni, Mommy sarankan, anda beli je yang murah-murah dulu. Bila anak dah pandai jaga, then ok la kalau nak beli yang branded. Percayalah, dalam setahun, 3-4 kali juga kena beli baru. Haha. Mujur lah dah 2 tahun ni, masing-masing dah pandai jaga barang.
Selain botol air, lunch box pun ada pelbagai pilihan. Sesuai untuk anak-anak yang suka bawa bekal, ibu-ibu yang suka anak-anak makan makanan dari rumah. Murah-murah jer.
9. BEG DUIT
Bagi anak perempuan, biasanya mereka suka wallet atau beg duit fancy-fancy ni. Budak lelaki pun tak kurang hebat. Anda biarkan mereka pilih jenis-jenis kartun kegemaran mereka. For sure dorang suka.
10. BAJU MELAYU & SONGKOK
Untuk sekolah agama, semuanya lengkap dijual 1 set di sini. Mudah untuk anda pilih mengikut brand yang ada.
11. INNER WEAR
Untuk sekolah menengah, Mommy dimaklumkan yang inner wear seperti singlet adalah wajib. Panties bra semua tu pun ada di Hari-Hari dengan harga mampu milik.
12. COP DAN STICKER
Antara keperluan lain yang perlu ada adalah cop dan sticker. Macam Mommy memang sediakan kedua-duanya sekali sebab memudahkan kerja. Mommy biasanya akan tempah sticker untuk dilekatkan di semua peralatan sekolah anak. Contohnya untuk dilekatkan di buku tulis, kotak pensil, alat tulis, pakaian dan sebagainya. Cuma tahun ini Mommy dah ada label maker, jadi tak perlu lagi untuk tempah sticker.
13. KOS YURAN
Dalam berbelanja, jangan lupa masukkan kos yuran dalam senarai semak kelengkapan sekolah anak tau. Sekolah kebangsaan biasanya perlu bayar untuk buku sekolah dan PIBG sahaja. Yuran untuk sekolah agama dan sekolah menengah pun perlu dimasukkan dalam bajet anda.
PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH KEMBALI LAGI
Mommy memang pilih Hari-Hari sebab memudahkan Mommy kerana semua barang ada di bawah satu bumbung. Harganya pula murah dan mampu milik.
Untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit akan mendapat kalendar 2023 secara percuma.
Jadi, yang nak beli kelengkapan sekolah, Marilah Pergi Hari-Hari!
Rujuk 95 cawangan Hari-Hari seluruh Malaysia di sini : www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
memang suka beli kat sini. senang semua pilihan ada kan. tak pening kepala dah
betul.. sng dan cepat jadinya
Lengkap semua barang dekat Hari2 yek… Esok nak g shopping barang anak juga lah…