Teringat balik bila semua kawan-kawan kena attack dengan pacat, Mommy rasa lega sangat bila tak kena. Alaaa.. Bukan tak pernah kena langsung. Mommy ni anak petani kot. Sah-sah la pacat lintah semua tu dah lali. Kecik-kecik suka betul ikut abah ke sawah. Cuma bila dah besar je tak jumpa sebab tak masuk hutan atau sawah dah.
Umur dewasa ni, seingat Mommy, Mommy pernah kena pacat masa hiking Bukit Terasek, Taman Negara tahun lepas. Itu pun sedar masa nak mandi. Ternampak ada kesan darah kat pusat. Haha. Kemain kau pacat. Merayap sampai perut. Patut la Mommy buncit tiba-tiba je lepas tu. Kau buat pe dengan perut haku???
Dan minggu lepas, sekali lagi Mommy join aktiviti mendaki. Oh tidak lah pendakian teruk sangat. Ia cuma jungle trekking yang tahapnya pertengahan lasak. Wajib berperang dengan pacat katanya. Itu yang Mommy lalui ketika percutian di Tanah Aina Fahad baru-baru ini.
Kalau renjer hutan bersedia dengan kotak ubat-ubatan, Mommy pun lengkapkan diri dengan senjata paling power untuk Mommy. Ini dia TTO Magic Body Lotion Cosmoderm. Wajib ni. Wajib. Ingat tau!!
Ini memang penting untuk berperang dengan serangga dan haiwan gedik seperti pacat. Asyik nak merayap je kerja dia. Hahaha..
Bila Mommy sapu ni seluruh badan, memang dapat elak la apa-apa serangga merayap kat Mommy. Kalau orang lain berbelas ekor berjaya panjat kat kaki masing-masing, Mommy masih selamat. Ada la juga beberapa ekor yang hampir nak masuk ke kasut Mommy, tapi memandangkan Mommy dok depan sekali, Mommy selalu selamat. Staff Tanah Aina Fahad cepat-cepat buangkan. Heeee.
Kenapa korang wajib ada TTO MAGIC BODY LOTION COSMODERM ni?
Setiap kali travel, Mommy nasihatkan korang bawa TTO MAGIC BODY LOTION COSMODERM ni bersama.
Boleh dibeli di kedai seperti Aeon Wellness / Watson atau nak lebih mudah, beli je di laman web www.cosmoderm.com.my. Harganya pun murah. Sebab tu Mommy suka produk Cosmoderm ni.
KELEBIHAN TTO Magic Body Lotion ni sebenarnya banyak. Bukan sekadar elak serangga tu je tau. Mommy boleh katakan ia adalah lotion multipurpose. Pelbagai kegunaan. Serius. Mommy pernah terkena minyak dan air panas, cepat-cepat Mommy sapu TTO Magic Body Lotion ni di kawasan sakit tu. Tak sempat kulit Mommy menggelembung tau.
Antara kelebihan lain ialah :
- Penyelesaian cepat dan berkesan untuk bau badan, jerawat badan dan selar matahari
- Menyamankan kulit terengsa dan tidak selesa
- Meredakan selar matahari tanpa pengelupasan
- Membantu kurangkan ruam, jangkitan kulat dan kuman
- Penghalau nyamuk, serangga, pepijat katil dan redakan gigitan serangga
- Anti-bau badan dengan deodoran asli
Betul ni korang. Sahabat Mommy iaitu MK3 pernah bagitau Mommy yang dia hanya gunakan TTO Magic Body Lotion ni sebagai deodoran. Unik kan?
Mommy juga pernah gunakan Magic Lotion ni masa anak Mommy kena chicken pox. Alhamdulillah. Tak meninggalkan kesan parut. Sebab tu Mommy cakap ia memang krim serbaguna. Untung sangat.
CARA PENGGUNAAN TTO MAGIC BODY LOTION COSMODERM
Tak susah. Cuma ratakan pada kulit kering selepas mandi. Tidak perlu diurut.
Puas hati!
Betul betul, i guna sbg deodoran. Sbb tu i harum mewangi sepanjang hari hahahhaa
Losyen pelbagai guna. Sy pakaikan untuk Qhalif yang kadang badan rajin tumbuh ruam kecil. Bagus juga
berguna sangat TTO Magic Body Lotion ni..
Setuju… Magic lotion Cosmoderm bagus berkesan. Kak Nina selalu pakai bila nak keluar pegi Taman. Kekadang keluar waktu malam pun sapu terutama kat anak-anak. Nyamuk di mana-mana …. Risau denggi!
Setuju… Magic lotion Cosmoderm bagus berkesan. Kak Nina selalu pakai bila nak keluar pegi Taman. Kekadang keluar waktu malam pun sapu terutama kat anak-anak. Nyamuk di mana-mana …. Risau denggi!
Belum pernah cuba lagi. Tapi akan cuba lepas ni.
Kalau pergi tempat yang macam ni memang kena beringat. Syukur lah ada penyelamat yea
Bagusnya TTO Magic Body Lotion Cosmoderm ni ya. Tak terfikir pulak boleh menghindarkan digigit pacat. Lepas ni kalau masuk hutan wajib bawa sekali. Terima kasih YB atas info yang sangat bermanfaat ni.
Nasib ada cosmodermmm
lama dah tak beli…asyik lupa je…lepas ni nak online terus…tq She ingatkan !!
banyak betul kegunaan TTO ni..bagus!
Thorbaik cosmoderm .. pacat pun takut
Memang best Magic Lotion ni, banyak kegunaan. Wajib bawak ke mana saja dan wajib ada kat rumah.
magic lotion ni memng kene bawak ke mana sahaja..berguna sungguh