Belum boleh move on! Ungkapan paling sesuai Mommy boleh katakan jika diingat kembali #kembaraKBBA9 kali ini. Banyak betul aksi KELAKAR sepanjang kat sini! Sakit perut bila ingat kembali masa ‘game’ malam berdepan unggun api tu. Hahahaha Adoi. Eh korang nak tahu ke apa lagi yang best untuk kembara KBBA9 kali ni? Haa meh nak sambung.
p/s : Gambar menggunakan Huawei Nova 2i (hadiah contest)
3 JAM PERJALANAN KE TANAH AINA FAHAD
Mommy dah kongsi cara ke Tanah Aina Fahad sebelum ini. Perjalanan ke Tanah Aina Fahad sebenarnya lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam sahaja, tapi memandangkan kami masing-masing dah kebulur sebab keluar awal sangat dari rumah, kami singgah untuk sarapan dulu. Subuh lagi Mommy dah kua naik MRT & LRT tau. Gigih iols nak travel punya pasal. Batuk masih ada, tapi pedehal?
Selepas hampir 3 jam, dan bila akhirnya kami sampai ke pintu masuk Tanah Aina Fahad ni, masing-masing dah muka tak sabar. Mommy sendiri pun tak sangka! Allah. Teruja sangat kaedahnya ni. Dah lama sangat teringin jejak Tanah Aina tau. Dapat sampai salah satu resortnya pun dah bersyukur amat!
TENANG DAN DAMAI DAN… GLAMPING!!
Masuk je ke dalam, Mommy terus nampak Glamping!
Apa maksud Glamping? Bahasa mudahnya ialah gabungan konsep camping dan glam. Dan selalunya percutian begini mudah sebab ada kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa. Glam tu sebab macam mewah dan tak perlu masak sendiri macam camping biasa. Hehe.
Bab parking tak perlu risau. Memang luas je nak park kereta di sini. Kalau banyak sangat pun, luar pagar pun ada ruang luas. Datang je ok?
Finally.. dapat juga merasa percutian unik macam ni. Disambut ramah oleh Encik Shiva, pengurus di sini, dan stafnya, kami masing-masing dihulurkan segelas air sirap. Woah. Hebatnya layanan. Itu baru permulaan, guys! Sabar dulu.
Kami dibawa ke glamping masing-masing, dan sungguh Mommy tak sangka, luas betul glamping ni. Boleh muat 4 katil single. Woahhh lagi!
Haaa luas kan? Dah la luas, lengkap 2 kipas kaki, lampu tidur, towel, hanger, tempat letak kasut dan sebotol air siap 4 cawan untuk diminum. Cermin nak mekap pun ada ok! I loike.
Ada coverage tak? So far, semua line ok. Celcom paling kuat. Digi just nice. UMobile tak boleh upload IG. hehe
TV? Oit masuk utan, nak tv buat pe? Hahaha. Kita nak camping cara glam laaaa. So, glamping adalah pengalaman baru Mommy kali ni. Fuh. Syiok! Itu baru sikit. Haha.
Beg dah simpan, mekap dah touchup (sempat!), maka jomlah merayau kejap kawasan sekitar. Dan tiba-tiba diajak makan. Eh. Dah lunch ke? Aduhai perut masih kenyang makan sarapan tadi ni..
KE DEWAN MAKAN.. ADA OPEN HALL BEST!!
Bila tengok kawasan makan, fuh.. Luasnya. Siap ada hall terbuka lagi di sini. Boleh la lepak dan beraktiviti di sini.
TEMPAT MAKAN YANG LUAS DAN SELESA
Jom la lepak makan dulu. Kat tempat makan pun relaxing sangat. Bunyi deruan air memang rasa nak lepak situ je. Tenang sangat-sangat.
Makanan dan minuman pun superb. Alhamdulillah memang sedap sangat. Takde komen. Memang puas hati. Tengahari ada durian, buat Mommy lari dari team. Hahahaha. Apa nak buat, Mommy migrain kang, apa pun tak boleh.
Luas dan selesa. Very relaxing place!
Ini pula pandangan dari atas. Dari tempat makan ni, boleh turun untuk mandi sungai. Perfect kan?
AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT DI TANAH AINA FAHAD
Macam yang Mommy tunjuk tadi, kan ada open hall tu kan? Di situ, macam-macam aktiviti boleh dibuat.
Carrom & Pingpong
Macam Mommy hari tu, sempat la main carrom dengan Ayue & Firr ni. While yang lain, main pingpong. Memang menarik sangat!
Giant Board Games
Dan boleh juga main dam ular & chess gergasi tu. Kalau Daddy ada ni, sah dia nak main chess tu. Hehe.
Guided Jungle Trekking
Selain aktiviti ini, ada guided jungle trekking untuk kami semua pada waktu petang. Haa inilah aktiviti yang Mommy tak sabar sangat-sangat. Rasa nya dah lama tak panjat-panjat ni. Jangan risau, ada guide dari pihak staf yang arif mengenai jungle trekking. Mereka juga bersedia sehabis baik untuk menghadapi perang antara pacat dan manusia kejap lagi. Kotak ubat dibawa bersama mereka jika kita hadapi apa-apa masalah.
Well Mommy dah bersedia sehabis baik. Pertama, wajib lah sapu magic Body Lotion dari rumah lagi. Sampai di sana, sapu lagi seluruh anggota badan. Stokin ditarik ke atas untuk menutup bahagian kaki seluar. Risau betul sebab Mommy dah ada pengalaman pacat naik sampai pusat. Baju pun dijaga rapi oleh Mommy. Hahah.
Stamina Mommy kali ini dah meningkat. Berehat sekejap sahaja, tapi dah boleh teruskan perjalanan yang ambil masa hampir 2 jam secara totalnya. Peppermint Young Living Essential Oil sebagai teman masa tu. Hidu untuk ada energy semula. Haha.
Ayat di minda Mommy masa tu, kejap je lagi. Akhirnya jadi juga orang pertama untuk sampai di point terakhir, ngam-ngan 1 jam 30 minit. Heee. Mommy tak lalui pengalaman manis macam orang lain iaitu digigit pacat sampai berbelas ekor. Tak sempat pun pacat tu naik. Abang jungle siap toreh cepat-cepat kalau nampak kat kasut Mommy. Hahaha. Seram wey kalau kena. Itu takde hujan tau. Kalau hujan, lagi berganda pacatnya. Tetiba rindu NZ, kat sana takde makhluk macam pacat segala ni.
MANDI SUNGAI..
Selepas tamat trekking 2 jam, kami perlu melintas sungai untuk ke glamping kami. Tapi, boleh la mandi dulu sebelum naik. Sejuk.
Mommy sebenarnya fobia sikit dengan air ni. Seram sejuk kalau nak turun. Mampu setakat kaki ok la. Tapi bila diasak berkali-kali suh turun ke tengah, Mommy cuba juga la. Sampai 1 part, Mommy panik bila kaki ditolak air kuat. Taknak turun pulak kaki ni. Kak Min dah dekat masa tu, terus Mommy peluk je dia kuat-kuat. Sampai rasa kaki kat batu. Haha. Kelakar ingat balik. Tapi panik ni bukan benda main-main. Mujur peluk kak min, kalau orang lain yang dekat masa tu ialah laki? Jenuh. Hahahaha.
MANDI KOLAM KECIL
Kalau taknak mandi sungai, atau tak puas mandi sungai, boleh juga mandi kolam kecil ni. Sesuai untuk kanak-kanak dan wajiblah diawasi ibu bapa ye. Orang dewasa macam dorang ni pun mandi je. Takde masalah. Haha.
AKTIVITI LAIN
Antara aktiviti lain yang boleh dibuat dan dirancang bersama pihak Tanah Aina Fahad ialah teambuilding, kitchen master iaitu peluang untuk memasak di sana, dan juga permainan paintball secara real di hutan. Wow kan???? Semua tu boleh request di booking@tanahaina.com.
JAMBATAN GANTUNG SUPER LAWA WAKTU MALAM
Selepas dinner, kami ke jambatan gantung yang dihiasi dengan lampu hijau. Dan masa ni Mommy nak uji handphone Huawei Nova 2i yang Mommy dapat hadiah baru-baru ini. Boleh lawan Note 5 atau tidak. Hehe.
Ternyata, boleh. Memang helok sangat.
Cantik kan? Ini pandangan waktu malam. Jambatan gantung ni 2 orang je boleh naik dalam 1-1 masa. Kat hujung sana tu ada tempat lepak juga. Tak pergi pun la. Hehe.
Ini pula pandangan dari atas jambatan yang sama pada waktu siang.
Dari atas ni, boleh tengok air sungai yang deras. Tetiba rindu Huka Falls, New Zealand. Bezanya, batu tak sebanyak ini. Tak sempat nampak batu pun. Sebab air yang deras dan berwarna biru.
CAMPFIRE & GAME YANG KELAKAR!
Saat yang paling kelakar sepanjang 2 hari di sini ialah pada waktu malam kami berkumpul di campfire.
Unggun api dibina untuk kami lepak. Kerusi pun siap disusun. Terbaik betul En Shiva dan staff Tanah Aina Fahad ni.
Kami bahagikan kumpulan kepada 4 orang untuk 1 team. Dan kami mulakan game sambung menyambung ayat daripada huruf terakhir. Dan lepas tu sambung game teka nama pekerjaan, nama movie. Debar campur kelakar dengan gaya masing-masing untuk dapat jawapan. Memang sakit perut setiap kali nak teka. Ada yang keras statik bila nak gayakan hint tapi takde idea. Memang gelak tak henti. Haha. Itu yang Mommy tak boleh nak move on sampai hari ni. Hahahaha adoi. #mudahterhibur.
PENGINAPAN DI TANAH AINA FAHAD
Selain glamping, ada lagi jenis penginapan yang lain tau. Haa. Bukan semua khemah semata-mata. Sesuai sangat untuk datang bersama pasangan, keluarga, secara kumpulan, untuk team building dan untuk percutian singkat sekadar untuk tenangkan fikiran. Mommy memang recommend tempat ni. Ini jenis-jenis penginapan yang disediakan.
SINGLE TENT
Tent yang kami duduk tu jenis single tent. Ada 22 tents disediakan yang memuatkan maksimum 5 orang.
KING TENT
Ha sini boleh datang untuk berbulan madu. Hehe. Ada 3 unit King Tent disediakan.
Kawasan luar pun cantik. Siap boleh main buaian.
Kalau tempah area King ni, memang dekat sangat nak turun sungai tau. Ada tempat rehat lagi bawah tu.
QUEEN TENT
Untuk Queen Tent, ada 6 unit tersedia. Ini dalam glamping ye. Korang jangan risau bab keselesaan. Semua unit memang selesa.
TERRACE ROOMS (AMBRA, BELIMBING, CIKU)
Untuk terrace rooms ini, ia terletak bahagian depan Tanah Aina Fahad ni. Sebelah kanan pintu masuk. Bilik memang luas dan cantik. Toilet pun cantik. Eh tak habis-habis puji toilet kan? Haha. Sebab bagi Mommy, kalau toilet pun cantik, maksudnya tempat lain pasti lagi dititikberatkan.
Memang luas..
Untuk bilik jenis ini, ada 3 unit disediakan.
TERRACE ROOMS (DURIAN)
Double decker. Datang ramai-ramai boleh la pilih bilik ni.
Cantik dan kemas.
TANDAS PUN CANTIK
Alahai, tandas pun cantik. Serius Mommy kagum sungguh dengan Tanah Aina Fahad yang mementingkan kecantikan, di samping keselesaan penginap sini. Ada banyak tandas yang lengkap dengan shower, cermin mekap, keperluan sabun, syampu, conditioner yang super wangi macam spa. Lengkap kasut terompah ok.
Bahagian dalam.
Untuk harga bilik dan pakej yang disediakan, semuanya di laman web www.tanahaina.com/fahad.
Huwaaa. rindunya nak pergi lagi 2 hari tak puas! Serius!!! Mommy sangat berpuas hati dengan percutian ini tau. Terima kasih Firr yang sudi hantar akak sampai ke rumah. Terima kasih buat Cosmoderm dan Jus Asam Kunyit Madu atas produk yang best tu. Terima kasih terutamanya buat Ben Ashaari dan team #kembaraKBBA9 dan juga Tanah Aina Resorts. Harap ada peluang untuk jejak lagi Tanah Aina, terutamanya Tanah Aina Resorts yang lain.
Korang juga boleh follow Instagram @tanah_aina untuk gambar-gambar yang menarik di sana. Terima kasih sudi baca. Muah ciked.
Seriously rindu..tapi kan..lawa gile camera huawei ni haha..
bestnyaaaa…jelousssss..hhuuu
Eh .. toilet glampinh tu mcmana erk?
Kan ada tnjuk tu..
Tengok toilet tu rasa ok nak pi gak, kalau toilet kotoq aii tamau pi. Jenis yg tak leh buat ‘bisnes’ kalau toilet tak proper hahaha
Tui. Sbb tu sy puas hati sgt2
Baru tau maksud glamping..hehe..
Btw tandas cantik dan bersih menggambarkan resort tu dah!
Bestnya Tanah Aina Fahad ni. Suasananya sangat mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota metropolitan. Memang seronok untuk merehatkan badan dan minda.
Jom repeat tahun depan.. Hehehhe
memang menarik sangat sangat .. terpegun gak tengok keindahan alam . Hope ada peluang nak ke sana nanti..
uihhh. bestnyaaaaaa . seronok tengok gambar
Bestnya, tempat cantik dan aktiviti pun menarik. Nanti nak pergi jugaklah.
Bestnya! Jealous tengok gambar cecantik gituuuuu!
giler cantik dan best tempat dia..tunggu anak besar le boleh bawak pergi sini..tempat tidur pun nampak selesa..macam-macam aktiviti boleh buat ni
Bestnyaa! Btw nak tanya, ada tempat utk iron tudung tak kat situ :/
ada plug dlm tu. sbb pasang kipas. tp sy jrg travel guna tudung yg jns kna iron. huhu. buang masa
Okay thank you! Good to know that 🙂