Apa lagi antara alasan lelaki mengambil tahu perihal fesyen? Salah satunya ialah supaya mereka sentiasa nampak berpenampilan kemas dan mengikut peredaran zaman serta tidak menjadi bahan ejekan andai salah memilih fesyen. Itu antara alasan-alasan yang selalu digunakan.
Dan sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend popular online shopping Malaysia melanda seluruh negara. Ianya bermula dengan kemunculan banyak website online shopping Malaysia di internet yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Golongan lelaki turut dilanda demam online shopping ini. Contoh terdekat ialah Encik Daddy. Hihi. Tapi sudah tentu Mommy bertindak sebagai pemantau.
TIPS FESYEN LELAKI YANG PERLU ANDA TAHU!
Di sini, Mommy nak kongsikan beberapa tips fesyen mudah untuk lelaki yang pastinya akan selesa dipandang.
1. Pilih pakaian yang ‘fit‘ dan sesuai dengan bentuk badan – Perkara utama yang akan menampakkan lelaki alert perihal berfesyen dengan melihat cara mereka memilih baju. Masalah yang timbul ialah kebanyakan lelaki gemar memilih pakaian yang lebih besar daripada bentuk badan. Jadi, tips yang sepatutnya diamalkan ialah memilih baju yang seolah-olah memeluk badan tapi bukan terjerut. Fit bukan bermakna ketat!
2. Biarkan ianya ringkas – Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai ringkas pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna.
3. Santai tetapi tidak membosankan – Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.
4. Tidak shopping berseorangan – Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak kawan seorang pun jadilah. Cari kawan yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata kawan lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.
5. Pemakaian pastikan sepadan – Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin sambil berfikir “nampak pelik tak apa yang anda pakai?”. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana.
Itu antara tips yang patut dititikberatkan oleh kaum lelaki ketika membeli belah dan bergaya. Mommy harap, kalian berjaya. Jom sambung online shopping, encik Daddy??
Nanti la nk ajak cik abe shopping jgk..uppsss…haha
Betul..lelaki kemas lagi selesa memandang..opsss
selalunya bg yg x cerewet memang memudahkan online shopping ni.
hensemnya model2. eh.hehehe
kan.. yang x hensem rasa nampak hensem. ehehehe
lelaki nampak lagi hensem kalau pakaian yang santai dan bersahaja. tapi fesyen ni bergantung pada individu lelaki tu juga kan. 😀
Betul-betul.. yang penting simple, kemas dan sesuai dengan aktiviti.. 😉
Pokchik kena baca tips no.3 tu.. hehehehe.. dia punya taste fashion memang boring2.. nak wat camne Pokchik la katakan.. :p
ecece.. sila2
aah. btul tu. kalau cerewet, nak belek2 kain, pegang2 raba2 dulu.. huhuhu
haha. itu yang dilihat dulu. ekeke
hehehe.. kena tlg dia. tunjuk2 fesyen.. hehe
btul. n masa dorg g kerja smart2 pun best. x suka yg selekeh..
Smart model tuu… Hehee
Gud info….perkongsian menarik…kemas n sesuai dgn aktiviti dan keadaan sgt penting. Jgn lupa ciri2 fizikal…
Terima kasih atas komen tuan..
Thank you for sharing men’s fashion guide it really helpful to me to be fashionable.