Thu. Oct 2nd, 2025

Sepanjang Mommy mengembara di luar negara, hanya di Kashmir dan Thailand sahaja Mommy kurang perasaan was-was ketika memilih makanan.

Di Korea, New Zealand dan Jepun? Arghh.. perasaan was-was tu kuat sangat. Sampaikan sanggup ‘berpuasa’ daripada makan sesuka hati.

Mommy membayangkan.. kalaulah HALAL berkembang pesat di semua negara, terutamanya negara yang menjadi pusat pelancongan, dah tentu kita tak perlu fikir sangat nak kena bawa makanan ke kan?

Terbaru, ketika Mommy melancong ke Jepun baru-baru ini, Mommy rasa beruntung sangat apabila 3 hotel yang Mommy inap, menyediakan Halal Menu di Halal Corner. Perkakas seperti pinggan, cawan dan sudu juga dititikberatkan.

PRODUK HALAL KE JEPUN - MALAYSIA HALAL EXPO 2019

Sebagai seorang picky eater macam Mommy, bila dapat pergi Jepun, dapat pula makan makanan Halal, memang Mommy bersyukur sangat-sangat.

PRODUK HALAL KE JEPUN - MALAYSIA HALAL EXPO 2019 (1)

Ketika Mommy menginap ketiga-tiga hotel yang Muslim Friendly ni, Mommy kagum sangat. Sebuah negara maju dan bukanlah negara Islam menitikberatkan pengunjung Muslim.

Jadi, tak hairanlah Jepun memang negara yang tidak jemu untuk dikunjungi lagi..

PRODUK HALAL KE JEPUN - MALAYSIA HALAL EXPO 2019 (2)
Ye.. siap ada tanda Halal lagi tauuu..

Perihal makanan, sejujurnya, sepanjang Mommy bersiar-siar di Jepun, Mommy takut untuk membeli apa-apa makanan dengan sewenang-wenangnya.

Walaupun ada kata orang, kedai ini halal, kedai ini ok, sebenarnya pemahaman mereka mengenai HALAL tidak sama seperti kita. Pemahaman HALAL, selain tiada alkohol dan tiada daging babi masih perlu dikembangkan.

PRODUK HALAL KE JEPUN - MALAYSIA HALAL EXPO 2019 (2)

PERKHIDMATAN DAN PRODUK HALAL YANG BERPOTENSI SUSULAN PENGANJURAN TOKYO 2020 OLYMPIC

Susulan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020, permintaan produk Halal di Jepun dijangka meningkat semasa kejohanan sukan itu kerana Jepun menjangkakan penyertaan ramai atlit dan pengunjung beragama Islam.

Oleh yang demikian, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan usahasama agensinya SME Corp Malaysia bakal menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019 bagi mempromosi perkhidmatan dan produk Halal PKS tempatan.

Malaysia Halal Expo 2019 akan melibatkan PKS dari 6 sektor yang menawarkan perkhidmatan dan produk Halal tempatan seperti:

  1. Bahan/ Kandungan produk
  2. Makanan dan Minuman yang Diproses
  3. Kosmetik
  4. Penjagaan Peribadi/ Farmaseutikal
  5. Logistik; dan
  6. Bioteknologi

Pameran tersebut akan diadakan di Hall 1-4, Kuala Lumpur Convention Centre (KL Convention Centre) pada 24 – 26 Januari 2019.

PENDAPAT MOMMY

Pendapat Mommy, syarikat produk halal Malaysia perlu merebut peluang dan memanfaatkan Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai papan loncatan untuk menembusi segmen pasaran HALAL di Jepun.

Info lanjut boleh layari :

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!