Wed. Feb 5th, 2025

IKHTIAR MOMMY UNTUK TIDURKAN ANAK DENGAN TENANG : YOUNG LIVING

Young Living Essential Oils | Sejak berhenti susu badan, boleh kata setiap malam Ariq jadi tantrum masa nak tidur. Sebelum tu ok je. Time nak tidur, bertukar. Amuk-amuk. Nangis-nangis. Sampai tertidur sendiri.

Antara cara lain untuk tidurkan anak yang Mommy buat ialah

  • Kurangkan bermain secara aktif atau terlalu gembira
  • Ajak baca buku cerita di dalam bilik sambil minum susu
  • Tukarkan lampin yang baru/bersih
  • Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih
  • Gelapkan bilik
  • Bilik kena senyap sunyi atau ada white noise pun ok kalau tak boleh sunyi-sunyi
  • Ambil minyak angin dan urut dengan lembut di bahagian belakang dan perut
  • Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin.
  • Bersabar

Mommy dah macam Zombie selama seminggu lebih ni. Jam 2-3 pagi meraung menangis macam takde ubat dah.

Putus asa?

Hampir. Tapi, dapat apa kalau putus asa pun?

Kesannya, Ariq kena marah.

Mommy pun akan jadi stress. Daddy pun tertekan. Hannah saksi perkara-perkara yang stress. Macam mana ni???

YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS

Mommy dah lama dengar kebaikan Young Living ni. Tapi, barang bagus, mestilah harga pun bagus juga. Mommy nak sangat-sangat cari penyelesaian untuk masalah Ariq ni. Mommy nak dia tenang untuk tidur. Serius! Akhirnya pada 26 November 2015 yg lalu, Mommy berjaya dapatkan premium starter kit Young Living.

Harganya ini. Mommy pilih set B3.

P/s : Update 2017 – Harga dah lain tauu..

Ini antara kandungan di dalamnya.

Jadi.. malamnya terus bertindak memasang diffuser. Mommy pilih lavender dan urut2 tulang belakang, tapak kaki dan bahu Ariq dan Hannah. Moga tidur lenalah kalian.

Ada lampu yang menyinari kegelapan malam. Di samping wap ‘kesihatan’ yang keluar. Lampu akan auto off selepas 2-3 jam diffuse atau air habis.

Nantikan feedback Mommy.

UPDATE

26 November (Malam) – pasang diffuser yang dititiskan Lavender, badan HDAE diurut dengan 2 titis lavender di bahagian tulang belakang, tapak kaki & bahu. Mudah terlena tanpa cranky. Terjaga jam 6 pagi, minta susu dan zzz semula.
27 November (Malam) – pasang diffuser yang dititiskan Lavender. Sama seperti 26 November.
28 November (Malam) – pasang diffuser yang dititiskan Lavender, tambah Stress Away EO, Ariq tetap tenang tidur. Mommy migrain.
29 November (Siang) – Mommy migrain 1 hari. Mungkin die -off.
29 November (Malam) – pasang diffuser yang dititiskan Lavender & Stress Away. Urut dengan Lavender. Alhamdulillah macam ok juga.

30 November (Malam) – ke rumah kakak Mommy. Jadi tak bawa diffuser. Cuma urut badan HDAE dengan Lavender. Tidur ok. Tapi jam 430 pagi terjaga dan menangis2. Sapu lagi Lavender. Tidur semula jam 5 pagi. Mujurlah.

1 Disember (Malam tadi) – pasang diffuser macam biasa. Namun jam 430 cranky macam sebelum beli Young Living ni. Sabar lagi. Terus urut. Pasang diffuser lagi sekali sebab air dah habis yang malam tadi. Jam 6 baru tertidur semula. Penat. Nampak gaya, kena sentiasa pasang.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “IKHTIAR MOMMY UNTUK TIDURKAN ANAK DENGAN TENANG : YOUNG LIVING”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!