Tue. Dec 3rd, 2024

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! | BENGKEL FOTOFON KBBA9 BERSAMA SONY – MATIC – COSMODERM

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (7)

Dah lama Mommy teringin belajar skill mengambil gambar menggunakan mode manual, dengan smartphone yang ada. Kalau dulu, Mommy gunakan Samsung Note 5, kini Mommy guna Huawei Nova 2i. Kedua-dua smartphone ini, memang ada pro mode (manual mode), di mana kita boleh tetapkan berapa ISO, Aperture dan Shutter Speed. Pendek kata, macam guna kamera dslr tapi versi smartphone.

Ada orang cakap, kena beli kamera baru hasil gambar lebih bagus daripada smartphone. Tak nafi memang banyak bezanya jika kita guna, tapi jika digabungkan di suatu tempat sebagai pameran, agak-agak korang boleh bezakan tak antara hasil bidikan kamera dslr ataupun smartphone? Sekarang dah 2018 guys, smartphone kita canggih giler dah. Ko sedia duit je, nak berapa kamera kat smartphone tu. Dual? Triple? Haaa Amek.. Jadi, bukan masalah perlu ada kamera seperti dslr atau smartphone, tetapi ILMU FOTOGRAFI itu yang paling penting.

Semua ni Mommy sedar apabila Encik Rahman Roslan (@rahmanism) terangkan di dalam Bengkel Fotofon Kelab Blogger Ben Ashaari di Matic sabtu lepas (10 Feb 2018). Banyak sangat ilmu yang dapat walau masa hanya cuma separuh hari. Mommy harap, akan ada lagi kelas seperti ini dan lebih masa diperuntukkan. Tak puas!!

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

BASIC PHOTOGRAPHY

En Rahman tetap tekankan ilmu basic photography patut diambil tahu oleh setiap orang jika ingin hasilkan gambar yang ‘punya makna’. 3 perkara asas wajib tahu tersebut ialah :

  1. ISO
  2. APERTURE
  3. SHUTTER

Basic guys! Basic! Kalau tak tahu yang ni, kelaut lah jawabnya. Jangan disebut manual padanya. Haha.. Kamera sekarang dah makin canggih, contohnya mirrorless. Baru setting iso, shutter & aperture mode, dah boleh nampak cerah atau gelap dalam skrin kamera tu. Mudah sangat dah. Sama juga dengan smartphone kita, dah mudah walaupun guna pro photo (manual mode).

JOM GUNA MANUAL MODE DI SMARTPHONE

Ok.. Mommy kongsi tips guna manual mode di smartphone. Macam Mommy guna android phone, so ada setting ISO, Aperture, Shutter, White Balance semua tu.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (34)

ISO

ISO ialah tahap kepekaan kamera kepada cahaya yang ada, dan biasanya diukur dalam nombor. ISO dalam bahasa mudahnya adalah, semakin banyak nombornya, semakin sensitif terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (3)

Contoh mudah: Letakkan paling rendah nombor ISO untuk tempat yang cerah (Outdoor) contoh kalau smartphone Mommy ni, paling rendah 50.  Ada phone, setting paling rendah ialah 100. Kesesuaian cahaya tu, korang adjust sendiri la lepas tu kalau tak sesuai dengan iso begitu..

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (3)

Untuk Indoor, En Rahman ada sarankan yang selalunya dia akan letak minima 400 sebagai permulaan.

Contoh penggunaan ISO dengan betul :

  • ISO 100 – Cahaya sangat terang – outdoor
  • ISO 200 – Cahaya terang – outdoor
  • ISO 400 – Cahaya kurang – indoor/outdoor
  • ISO 800 – Cahaya sangat kurang – indoor
  • ISO (1600-3200) – Malam atau tempat yang kurang cahaya

APERTURE (EV)

Setting EV ni sebenarnya boleh dikatakan mengganti setting Aperture, Shutter & ISO secara manual. EV atau Exposure Value berguna untuk menyesuaikan keadaan sebenarnya. Jadi, korang dapat menyesuaikan warna untuk mendapatkan hasil gambar yang memuaskan seperti yang diharapkan.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI BERSAMA SONY - MATIC - COSMODERM

Paham ke tidak? Ok senang cerita macam ni. Ada smartphone yang ada mode manual dan tertulis EV, dan ada smartphone yang tiada mode manual tapi ada juga EV. Walau tak wujud mode manual tu, ini disebabkan smartphone tersebut dah auto build in. Ok bagi yang ada mode manual, kita boleh tengok jika adjust/ubah EV, aperture & shutter speed akan auto berubah sekali. Unless korang setting ISO & S tu kepada nombor tertentu siap2, bukan auto, so korang boleh nampak perubahan Shutter tu lepas EV di’kacau’. Tunggu apa lagi, test la fon tu!

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (7)
Kat fon ada EV, bukan f untuk Aperture.

Korang kena buat eksperimen sendiri juga nak kasi faham.. Atau bergurulah seperti Mommy. Cari Bengkel Fotofon. Untung betul KBBA9 tau.. Rezeki sangat!

SHUTTER SPEED

Shutter Speed membawa maksud kelajuan blade yang akan tertutup ketika gambar diambil. Dengan ini, kamera boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter speed pada kamera.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (2)

Contoh di sini, kalau korang guna shutter speed yang laju (fast shutter speed), gambar korang akan jadi lebih ‘sharp’. Tapi kalau korang menggunakan shutter speed yang perlahan (slow shutter speed), gambar korang akan kelihatan lebih blur.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (17)
Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat, 1/10 saat, dan 20 saat. Lagi besar nombornya, lagi laju.

Ok cara Mommy control mode manual fone Mommy, lepas apply tips di atas, adalah mengikut turutan seperti berikut :

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (7)

TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR

Ok kalau dah pandai setting manual mode, En Rahman terus mengajar teknik mengambil gambar pula. Antara point penting yang diketengahkan ialah :

WHAT’S IN THE FRAME?

Dalam sesuatu gambar tu, perkara penting yang wajib seorang photographer ‘fikir’ antaranya ialah :

  • Light
  • Frame
  • Rule of Third
  • Foreground
  • Reflection
  • Perspective Line

Takkan nak biarkan ilmu macam tu jer. Balik kena praktis la. Antara sedar atau tidak, ilmu-ilmu tersebut memang ada Mommy belajar even dari UIA lagi. Mommy ada ambil skill Photography sebagai salah satu subjek di sana. 2 tahun weh belajar. Tapi biasalah. Bila dah lama-lama tu, sikit-sikit je la ingat. Hahahaha.. DSLR pun dah selamat tersimpan rapi. Sekarang ni ada semula kamera haaa. Rugi plak tak asah skill fotografi kan?

Tapi daripada ilmu yang En Rahman ajar seperti Framing, Reflection, Perspective Line, Motion semua tu, Mommy balik studi semula. Rugi kalau dipersiakan. Tapi ilmu yang paling tersemat di otak pelajar bengkel ialah mengenai perspective line. Hii. Balik rumah, masing-masing test ilmu line ni.

Gambar-gambar di bawah ini, Mommy snap sebelum ke bengkel lagi.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (36)

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (36)

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Boleh praktis lagi nanti.. Boleh tengok ig @myapilot & @cikputihyb.

OUTDOOR SHOOTING

Peserta bengkel berpeluang untuk mengambil gambar produk penaja iaitu Cosmoderm di luar kelas. Macam-macam aksi masing-masing. Pada mulanya Mommy ingat snap je semua sponsors yang ada. Haha.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (33)
credit pic : kbba9

Dan gambar yang Mommy pertaruhkan dalam #contestfotofoncosmoderm seperti di bawah..

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!!  BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!!  BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!!  BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!!  BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!!  BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Dan setiap gambar ada kebaikan dan kelemahan di mata ‘photographer berpengalaman’. Haaa. Selama ni syok sendiri je kan? Marilah kita belajar lagi ilmu ‘what’s in the frame’. Gittewww..

SPONSORS

SONY

Tenaga pengajar untuk Bengkel Fotofon kami adalah Encik Rahman Roslan dari Sony Mobile. Beliau merupakan jurugambar berpengalaman lebih dari 12 tahun dan kali ni KBBA9 berpeluang gali ilmu dari beliau. Korang boleh follow Instagram @rahmanism dan juga blog beliau www.rahmanroslan.com.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (74)

Mommy suka cara sempoi beliau ketika mengajar. Memang santai habis. Dalam santai, kami dapat segala ilmu yang cuba disampaikan. Pelajar pun selesa untuk bertanya apa jua soalan yang kami tidak faham.. Terima kasih Sony!

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!!  BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

SEJUK MACAM KAT OVERSEA

Bertempat di Matic, Kuala Lumpur, Mommy sangat-sangat puas hati. Tempat yang selesa dan sejuk ibarat duduk di oversea. Masing-masing pakai sweater tau. Hehe.. Terima kasih Matic.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (8)

Cantik kawasan luar.

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (74)

KENYANG PERUT SUKA HATI

Last but not least, terima kasih buat penaja makanan kami yang buat kami lebih bersemangat belajar. Ye lah.. tak sempat lapar tau. Dari sarapan, morning break, minuman, dessert sehinggalah makan tengahari. Ya Allah. Kenyang sangat-sangat! Dah la sedap. Ikhlas ni. Mommy paling suka sarapan bihun goreng. 2x tambah. Haha. Weh.. tu perkara biasa la kalau sedap. Takkan nak makan sikit?

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (45)
Tajaan @RestoranNelayanGombak
BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (66)
Tajaan @BrillPremiumCoffee
BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (46)
Tajaan @IraBakeri
BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (46)
Tajaan @Tasty_Bake
BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (46)
Tajaan @KhaisyaDelite
BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (50)
Tajaan @CafeCeritaKambing

Terima kasih buat Sony, Lembaga Zakat Malaysia & Cosmoderm untuk goodies yang diterima. Wakil dari syarikat masing-masing turut dijemput menyertai bengkel ini..

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (59)
Tahniah buat AJK Bengkel Fotofon

Lepas ni, aim Mommy fokus belajar menggunakan mirrorless camera pula.. Apalah gunanya kalau ada tapi tersimpan rapi. Bak kata seseorang.. kalau nak guna auto, baik guna kamera digital biasa. Haha.. Pedih tak?

BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! BENGKEL FOTOFON KELAB BLOGGER BEN ASHAARI BERSAMA SONY - MATIC - COSMODERM 2

Moga akan ada lagi kelas seperti ini nanti.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

23 thoughts on “BELAJAR MANUAL MODE GUNA SMARTPHONE!! | BENGKEL FOTOFON KBBA9 BERSAMA SONY – MATIC – COSMODERM”
  1. best tu..ina punn nak juga join kalo ada lagi.Tapi nak yg kat kuantan lah.btw..,memang bagus kelas macam ni.Ina pun baru tau ni.Terimakasih sngat,berkongsi ilmu.

    1. sama je. cuma xde iso & shutter. build in rasanya. leh guna apps camera+ kalau tak salah.. but, nak pic cantik kena ip7 ke atas kot. huhu. auto dah elok..

  2. Suka perkongsian ttg ISO…memang kalau tau taktik ilmu guna fotofon gambar setanding mcm kamera dslr…cuma kena menuntut ilmu lg dalam…syabas team kbba9!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!