Mon. Feb 10th, 2025

SWiPEL Serai Wangi AFY HANIFF – CARA SELAMAT HAPUS SERANGGA!

SWiPEL Serai Wangi AFY HANIFF - CARA SELAMAT HAPUS SERANGGA 17

Semut di sana-sini, lalat pun entah mana datangnya, lipas dalam almari pun ada!! Arghh.. Benci!

Pernah rasa? Atau masih alami masalah tu?

Mommy nak cerita la nih.. Lately, rumah Mommy didatangi ‘tetamu yang tak diundang’ iaitu semut halus! Stress gais! Setiap hari kena lap dan pastikan tiada apa-apa di atas counter top termasuk AIR! Serius! Air pun dia suka hurung. Haih..

Macam-macam petua Mommy baca, letak daun sirih la, aloevera la, kunyit la. Haa.. Rajin sangat la Mommy kau nih.

Lepas tu, ada petua cakap cari Serai Wangi? Haa? Serai tu ke? Ala.. Nak buat macam mana pula lepas tu?

JANGAN PENING-PENING. SWiPEL Serai Wangi AFY HANIFF KAN ADA!!

Lebih mudah!

Rupanya produk Serai Wangi Afy Haniff ini dah lama di pasaran, iaitu sejak 2006 lagi.

Dan pada tahun 2019, produk Serai Wangi Afy Haniff ini dijenamakan semula dengan nama SWiPEL Afy Haniff. Penjenamaan semula ini untuk mengelakkan kekeliruan pegguna dalam mengenal pasti produk Serai Wangi keluaran Afy Haniff.

Jadi, lepas ni kalau korang nampak je nama SWiPEL tu, terus grab sahaja ok?

AFY HANIFF – PRODUK PENCUCI DAN PEMBERSIH MUSLIM NO 1 PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Nama SWiPEL diambil dari singkatan gabungan perkataan Bahasa Inggeris iaitu Serai Wangi Insect Repellant (Serai Wangi Penghalau Serangga) yang merupakan produk utama AFY Haniff.

Inilah 2 produk utama yang Mommy nak cerita hari ini. Tahukah anda, produk SWiPEL ini mampu membunuh 99.9% kuman dan bakteria.

1. SWiPEL INSECT REPELLANT

Macam yang Mommy cerita masalah utama rumah Mommy ini adalah berperang dengan semut. Penat tau. Cari sarang, tak jumpa pula.

Jadi, Mommy gunakan SWiPEL Insect Repellant ini. Cuma SHAKE & SPRAY!

Sudah hampir 2 minggu lebih Mommy cuba SWiPEL ini, memang semut gone! Sambil mencuci, sambil segarkan rumah tau. Tak perlu bilas semula pun.

Selain digunakan di kawasan dapur, ia juga boleh digunakan di ruang hidang makanan. Cuma goncang dan sembur di bahagian permukaan, biarkan beberapa saat kemudian lap kering. Boleh digunakan sebelum atau selepas makan untuk halau serangga.

Sebagai peminat pokok indoor, Mommy gunakan juga SWiPEL untuk halau serangga perosak di pokok tau. Caranya cuma campurkan Serai Wangi dengan air pada nisbah 1:3. Kemudian sembur di bahagian permukaan pokok dan bunga. Guna dua kali seminggu juga.

Pesanan: Mommy gunakan sarung tangan sebab kulit Mommy ni manja. Hii

2. SWiPEL FLOOR CLEANER

Dan satu lagi adalah keberkesanan pencuci lantai pilihan Mommy iaitu dari jenama SWiPEL juga. Pati Serai Wangi ni memang padu juga baunya.

Setakat yang Mommy guna, sambil membersih, boleh elak semut atas lantai dan dalam masa yang sama menyegarkan rumah. Kan jimat dah tu.

Cara nak gunakannya pun mudah. Cuma goncang dan larutkan Pati Serai Wangi ini ke dalam baldi mengikut sukatan yang diperlukan. Korang boleh baca sukatan sesuai di belakang botol ini.

Kalau nak tahu, pati ini juga boleh digunakan sebagai refill Sprayer SWiPEL. Cuma masukkan 225ml Pati SWiPEL ke dalam sprayer bersama 150ml air, done! Siap sebotol Sprayer SWiPEL.

Kalau yang ada haiwan peliharaan tu, pati ini juga boleh digunakan. Cuma campurkan sedikit Pati Serai Wangi ke dalam syampu haiwan peliharaan, ratakan syampu pada haiwan dan bilas. Boleh gunakan dua kali sebulan untuk hilangkan kutu.

Serbagunakan?

KENAPA ISTIMEWA SANGAT SWiPEL SERAI WANGI KELUARAN AFY HANIFF INI?

SWiPEL Serai Wangi Insect Repellent yang kini dengan formula baharu, selain membunuh 99.9% kuman dan bakteria, ia juga mempunyai beberapa kelebihan iaitu :

  • Mengandungi pati Serai Wangi yang merupakan bahan aktif citronellol berfungsi menghalau serangga secara semulajadi
  • Mengandungi agen pembuihan yang bertindak untuk membersih
  • Bau segar, anti kulat & anti bakteria, antiseptik, aromaterapi dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
  • Penggunaan 2 dalam 1 iaitu menghalau serangga dan membersih
  • Mengandungi pati serai wangi yang bertindak menghalau serangga secara semulajadi
  • Selamat digunakan pada perabot, dapur, fabrik, tilam, kereta, tumbuhan & haiwan
  • Bebas DEET (N,N-Diethyl-meta-toluamide) yang tinggi toksik dan membahayakan pengguna dan alam sekitar
  • Terdapat dalam botol saiz kecil dan lebih mudah dikendalikan
  • Halal & Muslim Brand – 100% Bumiputera
  • Harga mampu milik

Dan mereka turut mempunyai koleksi produk yang lain antaranya :

SWiPEL HANGING INSECT REPELLANT

Bahan yang digunakan dalam produk ini adalah Serai Wangi Essential Oil. Mommy gunakan di dapur dengan cara menggantungkannya secara terbalik. Wangi sambil mengelak serangga untuk dekat dengan kawasan ini.

Ia juga boleh digunakan di kawasan makan, perkhemahan, penyimpanan dan juga kereta. Tapi kalau yang tak tahan dengan wangian dalam kereta, Mommy galakkan korang letak kat dapur atau storage sahaja.

SWiPEL SERAI WANGI & PANDAN REPELLANT CANDLE

Biasanya kalau kita makan kat kedai, korang perasan tak ada orang pasang lilin dalam cawan tu? Itu untuk halau lalat. Potong stim kan kalau tengah makan, lalat datang.

Nah SWiPEL pun ada Serai Wangi & Pandan Repellant Candle. Cara guna pun mudah jer. Cuma nyalakan lilin sekurang-kurangnya 10 minit sebelum gunakan ia di ruang yang dikehendaki.

Jika di kawasan luar rumah pula, letakkan lilin ini di kawasan yang kurang angin. Selain lalat, ia juga berkesan untuk halau langau, nyamuk, lalat buah dan agas. Selamat mencuba!

SWiPEL ANTI-RAT AND ANTI-COCKROACH CUBE WITH STRONG HERBS AROMA

Jujur Mommy totally in love with this cube! Mommy sangat-sangat suka sampai Mommy letak kat semua almari dan kabinet yang ada dalam rumah ini.

Nasib baik dia tulis untuk kawasan tertutup jer. Huu.

Mommy juga letak cube ini di rak kasut. Jadi, bila buka je rak kasut, bau wangi terus menerpa. Best!

Untuk tikus tu, minta simpang lah dari CikT masuk rumah kan? Tapi, Mommy tetap letak di dalam bilik yang terlindung dari cahaya dan penuh kotak. Boleh elak dari guna ubat gegat yang busuk dan beracun kan?

****

Jadi, Mommy dah kongsi cara selamat untuk hapus serangga sambil segarkan rumah kita. Korang macam mana?

Produk ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya terdekat dan juga secara ONLINE. Dijamin poket tak koyak dengan produk serbaguna ini!

Korang juga boleh dapatkan info lebih lanjut tentang produk AFY Haniff di sini :

Selamat mencuba!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

13 thoughts on “SWiPEL Serai Wangi AFY HANIFF – CARA SELAMAT HAPUS SERANGGA!”
  1. yanie pun pakai serai wangi ni.. skrg senang nak sebut sbb dah ada nama baru swipel.. lagi satu yanie suka bau dia.. trasa cam bau time berpantang gtu..hihi yanie suka tengok gambar she.. cantik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!