Thu. Jan 16th, 2025

DEKORASI SIMPLE RUMAH APARTMENT #rumahYBShehan

Mommy nak buat entri semata-mata nak tunjuk ini latest dekorasi #rumahybshehan pun tak boleh. Ada saja yang Mommy ubah sana-sini. Bila dah kemas 1 part, tempat lain pula serabut semula. Hahaha. Malas dah nak snap lepas tu.

Ada yang macam tu tak?

Jadi, gambar-gambar di bawah ini mungkin ada yang disnap sebelum kejadian ubah sana sini. Mommy nak simpan buat kenangan je dulu untuk sepanjang tahun 2020.

ACHIEVEMENT UNLOCK 2020

1. Buat kitchen cabinet (baca sini : Dapur Tema Putih)

2. Deco 1 rumah especially ruang tamu iaitu dengan beli perabot

Hampir 3 tahun Mommy bersabar untuk beli barang hiasan rumah. Zaman sewa menyewa dulu, memang guna ala kadar sahaja. Since dah ada rumah sendiri, mesti lah teringin nak hias kan?

Dan anak Mommy yang si kecik tu pula Autism. Suka sangat melompat. Jadi, ini salah satu sebab kenapa Mommy tak beli sofa lagi. Sehinggalah Mommy rasa yang anak-anak Mommy dah boleh behave dan tak kacau barang-barang dalam rumah, baru kami decide untuk beli.

HIASAN MULA-MULA MASUK RUMAH 2017

Antara hiasan dan dekorasi simple masa mula-mula masuk rumah ini, adalah dengan pembelian barang-barang penting sahaja seperti meja makan, katil, dan barangan toilet.

Ahhh. Mommy memang pentingkan toilet dari segalanya. Haha. Cermin pun sanggup beli besar-besar letak dalam toilet. Nak ada perasaan hotel kisahnya. Ekeke.

Untuk gambar yang lain, korang boleh baca entri sepenuhnya di sini : SLOW-SLOW DECO RUMAH IMPIAN

BALKONI RUMAH

Mommy pernah buat entri tentang hiasan deko di balkoni Mommy. Mommy kan suka pokok-pokok, cuma yang terbaru, Mommy letak hiasan di lantainya pula.

Untuk stori tips deko balkoni rumah, korang boleh baca entri sepenuhnya di sini :

  • CARI IDEA DEKO BALKONI KECIL APARTMENT
  • IDEA DEKO BALKONI KECIL

DECO SANA-SINI TAHUN 2020

Mommy sebenarnya plan nak buat dapur tu awal tahun 2020. Dok survey-survey, tapi buat benda lain dulu iaitu shopping perabut rumah. Antara yang dibeli adalah sofa, rak tv, tv baru juga sebab yang lama rosak, katil anak-anak, almari simpan bantal toto, dan barang-barang hiasan lain.

Dan tak lupa, gadget paling berguna buat Mommy iaitu ROBOT VACUUM/MOP – Xiaomi Mijia 1C. Sangat best!

Soon selesai beli perabot semua, tetiba Malaysia kena total lockdown. Fuh. PKP masa tu memang menduga betul. Tepu tapi nasib baik juga ada aktiviti yang Mommy buat. Antaranya snap produk #photobyybshehan dan masak-memasak. Tapi sekali je buat Dalgona Coffee yang viral tu. Itu pun Daddy yang buat. Hahah. Kenangan #PKP2020.

Untuk kenangan di blog ini, Mommy letak dulu gambar deko sana sini sepanjang 2020 ini. Pastinya akan berubah sentiasa. Hahaha.

RUANG TAMU

Kejap sana, kejap sini. Ya itulah. Tak pernah nak puas. Ada sahaja yang nak ubah. Ini pun rasa perlu tambah lagi ni. Nak ada corner pokok kat tepi sofa pula. Nak ke Ikea, tak tahu bila.

RUANG SELFIE

Kemain kan? Nak juga letak padahal takde lah selfie pun. Ingat nak letak kerusi kat kawasan ini. Haih. Deko pun tak pandai, Mommy nih! Haha.

RUANG KERJA (WFH)

Mommy masih freelance dengan company lama dan perlu juga update blog. Inilah mata pencarian Mommy. Nak tema Hello Kitty, takut lari konsep sangat pula dengan kawasan lain. Jadi, Mommy hanya ‘pinky’ kan kawasan ini sahaja.

PROJEK TANDAS

Memandangkan Mommy ada 2 tandas, jadi kena la ambil berat both kan? Cuma sekarang ni bila dah pasang water heater, anak-anak pun asyik datang mandi toilet Mommy Daddy jer. Hayooo..

FAQ

  1. Barang-barang dalam rumah Mommy ni mostly from Ikea & Kaison.
  2. Keluasan rumah adalah 1050sf.
  3. Rumah Mommy tingkat 18. Banyak habuk juga kadang tu. Sebab tu Mommy kena ada D Model (Air Purifier Cuckoo). Mommy jual, Mommy guna tau. Kalau nak juga, DM ok? Atau klik sini @ybshehan.cuckoo.
  4. Mommy sentiasa on robot vaccum & mop (2 in 1) tu setiap hari sebab elak kaki berpasir dan annoyed dengan rambut gugur merata.
  5. Pembelian barangan adalah sedikit demi sedikit.

So far ini sahaja kot yang Mommy nak simpan. Next project adalah bilik tidur, bilik anak, bilik pakaian, rak kasut. Eh banyak pula. Oh.. duit, di mana kau duit!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

12 thoughts on “DEKORASI SIMPLE RUMAH APARTMENT #rumahYBShehan”
  1. Jelesnya tengok rumah akak. Cantik sangat! Kemas nau². Cx pon tak rajin macam akak. Hahhah terbaik kak. Menjadi inspirasiku. Hehhe

    1. x rajin gak. tp robot vakum tu bantu akk buat jadi rajin. sbb apa? xleh longgok brg kat lantai. so kena lah angkat & simpan. last2 kemas la semuanya. hahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!