Antara item penting yang wajib masuk dalam travel checklist setiap kali Mommy travel adalah set penjagaan diri seperti losyen, pelembap dan ubatan seperti minyak angin.
Dan sekali lagi, Cosmoderm berjaya pikat hati Mommy untuk bawa produk ini ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Set ini memudahkan kita sebagai pengguna kerana ianya adalah satu set lengkap, comel, murah dan yang paling penting natural, HALAL dan selamat.
Mommy pilih Travel Set Limited Edition Cosmoderm ini untuk perjalanan Mommy kali ini.
Apa yang ada dalam TRAVEL SET LIMITED EDITION COSMODERM ni ya?
1. VITAMIN E CREAM 3,000 I.U
- Penyelamat kulit daripada kering, diperkaya dengan minyak Vitamin E, Minyak Rosehip dan Minyak Zaitun
- Melindungi kulit dan menghalang kekeringan melampau yang boleh menyebabkan kulit mengelupas
- Membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam
Pengalaman Mommy
Mommy amalkan setiap pagi dan malam sepanjang 7 hari Mommy di Jepun untuk selamatkan kulit Mommy dari kering.
Dengan saiznya yang kecil, Mommy sentiasa pastikan ia ada dalam backpack Mommy. Sapu je kalau rasa kulit Mommy dah mula kering. Easy!
2. TEA TREE OIL MAGIC BODY LOTION
- Meredakan iritasi atau kegatalan kulit secara efektif, mempunyai kandungan Minyak Tea Tree, Chamomile dan Lidah Buaya
- Membantu meredakan iritasi dan selar matahari pada kulit, serta mengelakkan kulit melecet
- Penghalau nyamuk, serangga dan pepijat katil
Pengalaman Mommy
Kulit Mommy agak sensitif terutamanya di bahagian kaki. Memang tergaru-garu kalau lepas pakai longjohn tu. Tak tahan betul. Untuk elak gatal-gatal kulit, Mommy akan sapu seluruh badan dan kaki dengan TTO Magic Body Lotion ni. Biasanya Mommy guna setiap pagi dan malam sebelum tidur.
Percaya atau tidak, ia juga boleh digunakan sebagai deodoran natural. Haaa..
3. TEA TREE OIL SHOWER GEL
- Kesegaran menakjubkan untuk lawan bau badan dan jerawat badan
- Membersih kulit dengan lembut tanpa rasa kering atau melekit
- Lembut, tanpa iritasi dan anti-bakteria
- Kulit rasa nyaman dan bersih
- Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa
Pengalaman Mommy
Pergi ke negara orang, kadang-kadang rasa tak yakin dengan toiletries mereka. Sebab tu Mommy bawa Travel Set Limited Edition Cosmoderm ini. Barulah yakin sikit nak mandi buih. Hehehe. Best tau shower gel ni. Tambahan pula kalau korang stay hotel yang ada bath tub. Cuba letak dalam bath tub tu. Superb!! Berbuih-buih haaa…
KELEBIHAN TRAVEL SET LIMITED EDITION COSMODERM
Antara kelebihan set travel ini:
- Disahkan Halal
- Bebas haruman
- Bebas Paraben
- Ringan dan senang dibawa
- Efektif dan pelbagai fungsi
Item lain yang wajib bawa : Elak sakit kaki dengan Deep Heat Lotion Cosmoderm
Mommy sarankan kalian dapatkan Set Travel Cosmoderm ini jika nak bercuti. Pek ini ada dijual di laman web www.cosmoderm.com.my dan farmasi terpilih.
“INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM!”
Selamat bercuti.
terbaik betul tengok set cosmoderm ni.Macam kit keshatan lah lebih kurang.Memang dah kena beli juga ni kit ni.Mudah..
berbaloi ni simpan 1.. beg pon comel,mudah di bawa,jimat space lah
Eh. Cosmoderm ade travel set? Nanti bole promote kat kawan yang nak try hari tu.
senang ada travel set ni. senang nak bawak ke mana-mana dan Jimat space luggage