Thu. Sep 19th, 2024

BILA GIGI KEKAL SEPATUTNYA TUMBUH?

BILA GIGI KEKAL SEPATUTNYA TUMBUH?

Gigi Kekal Lewat Tumbuh

Bila pertumbuhan gigi dianggap lewat ?

– Biasanya gigi kacip kekal di rahang atas tumbuh ketika kanak-kanak berumur 7 – 8 tahun.

– Pertumbuhan gigi dianggap lewat apabila gigi itu masih belum tumbuh bila kanak-kanak telah mencapai umur 8½ – 9 tahun ke atas.

Kenapa berlaku kelewatan pertumbuhan gigi?

Pertumbuhan gigi lewat mungkin ada kaitan dengan:

– Gigi supernumerari (gigi yang lebih)
– Pembentukan gigi yang tidak normal
– Bentuk gigi kekal atas yang tidak normal
– Ruang rahang tidak mencukupi
– Penyakit tisu lembut atau tulang gigi setempat

Kelewatan pertumbuhan gigi jarang disebabkan oleh penyakit lain kecuali penyakit yang mengganggu pertumbuhan dan perkembangan tulang seperti:

– Rickets
– Hypothyroidism
– Fibrous dysplasia
– Down’s syndrome

Apa yang perlu anda lakukan bila gigi lewat tumbuh?

– Bawa anak anda berjumpa doktor pergigian jika gigi kacip kekal masih belum tumbuh setelah mencapai umur 8½ – 9 tahun.
– Jangan tangguhkan pemeriksaan pergigian kerana keadaan mungkin menjadi rumit.

Jadual pertumbuhan gigi

Gigi susu

Gigi kekal

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI SUSU ( DESIDUS ) & MASA TANGGAL

Jenis gigiMasa pertumbuhanMasa tanggal
Atas:
Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua

 

7 bulan
9 bulan
18 bulan
14 bulan
24 bulan

 

6 tahun
7 – 8 tahun
12 – 14 tahun
11 – 12 tahun
12 – 14 tahun

Bawah:

Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua

 

6 bulan
7 bulan
16 bulan
12 bulan
20 bulan

 

6 tahun
7 tahun
9 – 10 tahun
10 – 12 tahun
11 – 12 tahun

Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan di atas, dikira normal.

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI KEKAL

Jenis gigiMasa pertumbuhan
Atas:

Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Kecil Pertama
Geraham Kecil Kedua
Geraham Pertama
Geraham Kedua
Geraham Ketiga

 

7 – 8 tahun
8 – 9 tahun
11 – 12 tahun
10 – 11 tahun
10 – 12 tahun
6 – 7 tahun
11 – 13 tahun
17 – 21 tahun

Bawah:

Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Kecil Pertama
Geraham Kecil Kedua
Geraham Pertama
Geraham Kedua
Geraham Ketiga

 

6 – 7 tahun
7 – 8 tahun
9 – 10 tahun
10 – 12 tahun
11 – 12 tahun
6 – 7 tahun
11 – 13 tahun
17 – 21 tahun

Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan diatas, dikira normal.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!