Thu. Sep 19th, 2024

ADA SURYA APPLE CIDER VINEGAR DENGAN MADU ASLI, DAH TERLUPA AIR MANIS LAIN..

Sebut ACV atau Cuka Epal, memang meremang bulu roma Mommy. Dengan baunya yang cukup kuat, memang setiap kali guna tu, tahan nafas je la. Tapi disebabkan khasiatnya yang sangat banyak, Mommy ignore bab bau tu. Itu dulu.. sekarang, Mommy dah jatuh hati dengan Surya ACV, ramuan cuka epal dengan kelazatan madu tulen. Sedap! Dan tidak busuk sama sekali. Yumm..

Surya ACV Surya Apple Cider Vinegar 2

Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

KHASIAT CUKA EPAL DAN MADU SURYA ACV

Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat.

Sedikit fakta mengenai Cuka Epal dan Madu:

Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi.

Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat.

Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.

Kesimpulannya, khasiat cuka epal dan madu secara am nya adalah termasuk:

  1. Merangsang pemecahan lemak
  2. Melancarkan perjalanan darah
  3. Menguatkan tenaga dalaman
  4. Melawaskan usus besar dan kecil
  5. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
  6. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
  7. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
  8. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan
  9. Melembapkan kulit
  10. Mencegah dan mengawal selulit
  11. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bahagian perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
  12. Meredakan sakit dan sengal sendi
  13. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
  14. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  15. Meningkatkan kesihatan tulang
  16. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
  17. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  18. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Banyak betul ye khasiat cuka epal dan madu ni..

APA PULA KELEBIHAN SURYA ACV?

Surya ACV Surya Apple Cider Vinegar

Selain khasiat yang sama seperti di atas, Surya ACV mempunyai kelebihan iaitu:

  1. Sedap dengan rasa yang diperbaharui
  2. Harga berpatutan
  3. Tiada pengawet, tiada gula tambahan
  4. Membantu melegakan sakit tekak dengan kandungan madu asli – TERBUKTI!
  5. Diakui HALAL
  6. Diakui oleh HACCP
  7. Sesuai di bulan Ramadhan, berbuka dengan Surya ACV dapat meningkatkan tenaga selepas berpuasa sepanjang hari.
  8. Sesuai digunakan untuk menggantikan minuman kordial semasa rumah terbuka pada hari raya nanti.
  9. Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan.

Saranan dari tukang masak terkenal iaitu Chef Wan, Surya ACV boleh digunakan dalam masakan untuk menggantikan asam jawa dan gula dalam masakan ayam masak merah/acar.

CARA MINUM SURYA ACV

Surya ACV ini boleh ditambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda.

Surya ACV Surya Apple Cider Vinegar 1
chefdaddy dah terer agak dah 30ml tu. hari2 minum kan..

Caranya

  • Campurkan 2 sudu besar (30ml) ACV ke dalam air/jus (180ml)
  • Minum selepas makan

Dan jangan lupa simpan di tempat yang dingin dan kering.

Pendapat Mommy

Surya ACV ini memang minuman wajib setiap kali berbuka dan bersahur sekarang. Dan sebolehnya nak amal lagi lepas habis ini. Hari-hari minum, memang cepat la habisnya. Apa yang Mommy perasan, cepat je rasa nak melawas tau. Haha. Lepas tu, baru-baru ni Mommy ada batuk-batuk yang agak lama. 2 minggu juga kot batuk tu.. Bila pertama kali cuba, Mommy belum perasan apa-apa kesan la. Esoknya tu baru perasan, Mommy takde batuk-batuk dah. Wow. Kagum sangat.

KAT MANA NAK BELI?

Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di laman e-commerce Lazada & Shopee. Dan juga di semua Watsons outlet dan beberapa farmasi terpilih.

SURYA APPLE CIDER VINEGAR
#rasasayangrasasemanismadu #suryaacv

MAKLUMAT LANJUT

Ikuti perkembangan mereka di bawah untuk mendapat informasi yang terkini.

  • Facebook Official Fanpage – @Surya.Malaysia
  • Instagram – @Surya.Malaysia

Di samping memasak makanan untuk berbuka & bersahur, jangan lupa menu minuman yang berkhasiat seperti Surya ACV ni ye. Selamat menjalankan ibadah berpuasa dan selamat hari raya.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

34 thoughts on “ADA SURYA APPLE CIDER VINEGAR DENGAN MADU ASLI, DAH TERLUPA AIR MANIS LAIN..”
  1. dalam sehari, brape kali boleh minum ni…takut ketagih plak…….ada effect tak kalau minum byk kali dlm sehari?

  2. ORANG YANG ADA KENCING MANIS (DIABETES),….BOLEH TAK MINUM SURYA APPLE CIDER VINEGAR?

    SEBAB IA DITAMBAH MADU.

    1. hi.. saya dah tanya pihak Surya.. sepatutnya tiada masalah utk pesakit diabetes. Sebab kandungan gula madu asli tidak setinggi gula batu, etc. tapi mereka cadangkan puan check dgn doktor terlebih dahulu, dan kurangkan sukatan ACV..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!