Shopping barang dapur dengan Honestbee Malaysia sangat mudah | Dari dulu, Mommy memang teringin nak cuba shopping barang dapur secara online je. Tapi entah kenapa tak cuba-cuba. Selepas tengok beberapa kawan blogger yang dah cuba satu website ni, perasaan ingin cuba Mommy membuak-buak pula.
HONESTBEE MALAYSIA
HONESTBEEMY – SHOPPING JADI LEBIH MUDAH
Haa gitu. Ye la. Dah jadi surirumah kan. Nak cari solusi mudah je dalam buat apa-apa perkara pun. Antaranya, shopping barang dapur. Seboleh-bolehnya nak suruh orang masak kan sekali. Eh over. Hahah. Ok.. bab shopping barang dapur ni, Mommy nak, seboleh-bolehnya yang boleh hantar sampai depan pintu rumah gitu. Jadi Mommy pilih Honestbee Malaysia sebagai tempat shopping barang dapur.

HonestbeeMy ni bukan calang-calang online grocery website tau. Berpusat di Singapore, HonestbeeMy telah berkembang maju dengan melebarkan sayapnya di 7 buah negara lain iaitu di Filipina, Hong Kong, Indonesia, Taiwan, Thailand, Jepun dan juga di Malaysia.
HONESTBEEMY ADA PELBAGAI PILIHAN GROCERIES
Nah.. ada pelbagai kategori kedai yang kita boleh pilih dalam website ni. Antaranya supermarkets (Ben’s Independent Grocer), Raya Hamper Delights, Ramadhan with BEE, B.I.G Ramadhan Fair, kedai bunga pun ada, kedai kek & GNC. Mommy pilih untuk shopping dengan B.I.G Ramadhan Fair sebab banyak juga diskaun yang Mommy dapat. Hihi..

HONESTBEEMY WEBSITE MESRA PENGGUNA
Jujur Mommy cakap, website nya sangat mesra pengguna. Mudah sungguh Mommy shopping, dan kalau nak add on unit barang pun, cuma klik sahaja di gambar yang kita baru add to cart.

Dan setiap store pun ada memuatkan beberapa kategori produk untuk memudahkan kita shopping. Pada Mommy, memang mudah sangat lah shopping di Honestbeemy ni.
HONESTBEEMY FLEKSIBEL DARI SEGI MASA PENGHANTARAN
Kita berhak memilih masa untuk penghantaran. Macam Mommy pilih pagi disebabkan Daddy agak sibuk pada waktu petang. Ini contoh pilihan masa yang ada.

ADA PILIHAN CASH-ON-DELIVERY (COD)
Selain bayaran melalui debit atau kad kredit, pilihan secara COD juga disediakan untuk kemudahan pelanggan. Macam Mommy la.. memilih COD untuk shopping kali ini. Hehehe..

KEHABISAN STOK?
Ok nak info ni, andai barang yang korang pesan kehabisan stok, wakil Honestbee akan cuba hubungi kita untuk maklumkan perkara tersebut dan terus mencadangkan item lain sebagai ganti.

Bila kita setuju, mereka akan teruskan shopping untuk kita.
KAWASAN PENGHANTARAN MASIH TERHAD
Buat masa sekarang, servis Honestbee masih terhad kepada beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang ni. Mommy ada cuba letak alamat rumah Mommy, tapi tak termasuk dalam kawasan penghantaran. Jadi Mommy gunakan office husband sebagai tempat delivery. Korang pun boleh check dulu kawasan rumah korang terlibat ke tak, otherwise leh cuba pejabat pula ke. Cuba semak dahulu ye..

Atau kalau korang ada kemusykilan lagi, boleh je baca FAQ HonestbeeMy ini. Oh ini mungkin habit Mommy kot, suka baca FAQ dalam apa-apa website pun. Nak kasi lebih faham kaedahnya. Hehe..
Ok ini antara hasil yang Mommy shopping di Honestbee, sampai jam 2 pagi tau uols. Punya shopping. Inilah kelebihan online shopping, tak perlu keluar dari rumah pun. Jimat masa, jimat duit dan jimat tenaga. Kan Kan? Let them shopping for us. Gittewww..

Terima kasih buat runner yang efisien.
Ini pula baru sebahagian barang yang Daddy bawa balik dari ofis tadi. Sian dia, merempit dengan barang banyak. Hehe.

BERITA BAIK
Ok, untuk semua pembaca Mommy yang nak shopping di Honestbeemy, korang boleh guna voucher HBSPECIAL untuk dapatkan diskaun RM20 (dengan pembelian minima RM100). Voucher ini layak untuk first time user dan sah untuk sekali pembelian sahaja, sehingga 30 Jun 2017 ini. Tertakluk kepada terma & syarat. Ok la kan? Sape nak kasi free macam ni je kan? RM20 tu banyak tu..
SHOPPING TIME!!
Ok korang dah boleh mula shopping di HonestBee.my sekarang. Untuk maklumat lanjut, korang juga boleh follow Facebook Honestbeemy, Instagram @honestbeemy dan juga boleh muat turun Mobile Apps Honestbee di GooglePlay / AppStore.
 
                                    