Memandangkan mereka ini sekolah berlainan, jadi, tarikh sukan pun berlainan. Hannah Damia kali ni join balapan sekolah (acari lari), manakala Ariq Emir join sukaneka (PPKI).
Sukaneka Ariq dibuat hari Jumaat 3 Mei 2019. Kejohanan sukan sekolah Hannah pula pada hari Sabtu 4 Mei 2019.
Mommy simpan kenangan Hari Sukan kali pertama di sekolah rendah buat Ariq Emir dalam blog ini. Juga kenangan buat Hannah yang menang tempat ke 3 acara larian 4 x 100m.
SUKANEKA ARIQ EMIR

Tahniah untuk team adik yang jadi JUARA untuk sukaneka kali ini. Heeee.. Walaupun Mommy tahu, adik teruja, cuma tak boleh nak cerita kat Mommy apa yang berlaku. It’s ok dik. Mommy faham.
KEJOHANAN SUKAN 2019 HANNAH DAMIA
Larian 100 meter
Larian 4 x 100 meter

Boleh tonton video Hannah lari di IG Mommy (@myapilot) https://www.instagram.com/p/BxBt9rOhsxn/
Dan finally, untuk acara larian 4 x 100 ini, team Ixora (merah) mendapat tempat ketiga.. Tahniah kakak..


Mommy dah migrain dah masa ni. Bayangkan berada di sekolah dari 730 pagi sampai lah jam 1 petang, tunggu nak ambil pingat semua, kemudian baru nak pergi beli nasi. Hadoi. Daddy pula takde sebab camping di Sungai Lembing. Jadi, Mommy lah yang ada di sekolah hari ini.
Tahniah kakak dan adik. Kenangan 2019.
semangat kesukanan betul dua beradik ni…Tahniah kakak dan ariq.
Saya follow sini!♡
[Jemput blogwalking blog saya] 🙂
Seronok kan pi sports day anak2 ni, julia suka menyorak haha menang ke tak belakang kira janji kita ada menyokong diorang kan she.
btul. support kena ada. hehehe