Fri. Jan 17th, 2025

ARIQ EMIR PERTAMA KALI JOIN ROMBONGAN PPKI SEKOLAH

Nak lepaskan anak untuk rombongan kali pertama, sebenarnya tiada masalah bagi Mommy. Sebab apa? Sebab Mommy dari kecil pun tiada halangan untuk join mana-mana rombongan.

Seawal darjah 3 pun dah dilepaskan untuk join dari Kedah ke KL. Apalah sangat kan nak lepaskan anak sendiri pula.

Cuma, rombongan ini berbeza. Pertama, rombongan ini melibatkan Ariq yang baru darjah 1. Ok Mommy ok part tu. Takpe. Kedua, rombongan ini melibatkan kelas PPKI iaitu kelas khas. Haaa.. Bukan normal student tau. Semua anak-anak special. Yang pelbagai kategori. But, percaya tak, Mommy ok juga!

Awal-awal lagi Mommy dah bayar yuran PIBG termasuk yuran rombongan. Memang excited nak tunggu tarikh 30 April 2019. Pengalaman pertama buat Ariq, tanpa Mommy Daddy, atau kakak di sisi. Dia pernah jer pergi rombongan ke Zoo Negara, tapi itu ketika di tadika Little Caliph bersama kakak.

Kali ini, Ariq kena totally independent. Mommy bosan kena tinggal kat rumah tau.. Ok start dah drama Mommy hang tu!

Untuk kenangan, Mommy simpan gambar Ariq dalam blog Mommy. Ada selit juga la gambar kawan-kawannya.

Mohon izin ya post sekali.

Tengok tu. Siap cikgu tolong suap makan. Ye la.. kalau harap dia nak makan sorang-sorang, tanpa proper meja dan sudu bagai, memang tak la. Bercinta la jawabnya. Hahah. Jasamu dikenang wahai guru.

Selesai 3 tempat yang mereka pergi, Menara Taming Sari, River Cruise & naik Duck Tour, sempat la jamah KFC dulu sebelum balik. Haha.. Again, Mommy dah boleh agak, KFC tu, memang HARUS la dia nak makan. Aduhai anak. Nanti Mommy train lagi ya.

Jadi around 6 petang mereka pun bertolak pulang. Ariq? Sah-sah la keletihan. Orang lain macam-macam aksi tidur kat seat bas. Ariq? Dia tawan 2 seat untuk dia sorang. Aduhai. Hahahaha.. Sah tak sedar apa dah tu..

Dan finally, adik pun dikira berjaya lah berdikari dalam rombongan ini. Next rombongan, akan ke kilang roti pula kot. Yang pasti, Mommy akan benarkan pergi. Letakkan kepercayaan buat guru, TERMASUK anak kita! Allah kan ada. Inshaa Allah.

Terima kasih buat semua cikgu dan PPM yang menjaga semua anak-anak PPKI ini. Terima kasih Allah kerana melindungi mereka sepanjang perjalanan mereka. Alhamdulillah.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

5 thoughts on “ARIQ EMIR PERTAMA KALI JOIN ROMBONGAN PPKI SEKOLAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!